Wikipedia:Gambar pilihan/2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wikipedia:GP arkib atas

Minggu 1 2014[sunting sumber]

Candi Borobudur

Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro , Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Borobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.

Gunawan Kartapranata


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 2 2014[sunting sumber]

Setem Peraian 1 Abad Muhammadiyah yang menampilkan gambar Ahmad Dahlan

Kyai Haji Ahmad Dahlan lahir di Yogyakarta pada 1 Ogos 1868 dan meninggal dunia di Jogyakarta pada 23 Februari 1923. KH Ahmad Dahlan adalah putera keempat dari tujuh adik-beradik dari keluarga KH Abu Bakar. Nama semasa kecil KH Ahmad Dahlan adalah Muhammad Darwisy. Pada umur 15 tahun, beliau pergi menunaikan haji dan tinggal di Mekah selama lima tahun. Pada masa ini, Ahmad Dahlan mulai berinteraksi dengan pemikiran-pemikiran pembaharuan dalam Islam, seperti Muhammad Abduh, Al-Afghani, Rasyid Ridha dan Ibnu Taimiyah. Ketika pulang ke kampungnya tahun 1888, beliau menukar nama menjadi Ahmad Dahlan.

Kredit gambar: Cekli829


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 3 2014[sunting sumber]

Perbungaan bunga matahari dilihat dari dekat

Bunga matahari merupakan sejenis bunga dari keluarga Asteraceae. Ia berasal dari benua Amerika dan mempunyai kuntuman bunga yang besar. Selain itu, batang bunga matahari mampu tumbuh sehingga 3 meter (9.8 ka) panjang.

Kredit gambar: böhringer friedrich


Minggu 4 2014[sunting sumber]

Halaman Muzium Louvre

Pemandangan halaman Muzium Louvre (Musée du Louvre) yang merupakan salah satu muziumkesenian yang paling dilawati dan terkenal di dunia. Di tengah halaman tersebut kelihatan piramid gelas yang menjadi pintu masuk utama ke muzium tersebut.

Kredit gambar: Benh Lieu Song


Minggu 5 2014[sunting sumber]

Panorama Champ de Mars

Champ de Mars merupakan sebuah ruang hijau awam yang terletak di Daerah 7, Paris. Ia secara tepatnya berada di antara Menara Eiffel dan École Militaire. Kawasan ini dinamakan sempena Campus Martius yang terletak di Rom, Itali.

Kredit gambar: Diliff, disunting oleh Fir0002


Minggu 6 2014[sunting sumber]

Biara Petra di Jordan

Petra (Yunani: Πέτρα, Pétra; Arab: البتراء, Al-Batrā) merupakan sebuah kota arkeologi dan bersejarah yang terletak di Ma'an, Jordan. Ia dikenali melalui gaya seni bina potongan batu dan sistem saluran airnya. Kota ini telah dipilih oleh pihak UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1985.

Kredit gambar: Poco a poco

Minggu 7 2014[sunting sumber]

Panggung Opera Zürich

Panggung Opera Zürich (Jerman: Opernhaus Zürich) merupakan sebuah panggung opera yang terletak di Zürich, Switzerland. Ia telah menjadi rumah kepada Opera Zurich sejak 1891. Selain opera, persembahan balet juga diadakan di panggung tersebut. Ia juga mempunyai kapasiti sehingga 1,100 orang.

Kredit gambar: Roland zh


Minggu 8 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 9 2014[sunting sumber]

Buah kiwi jenis 'Hayward'

Buah kiwi ialah sejenis buah-buahan beri yang boleh dimakan dalam genus Actinidia. Bentuk buah ini bujur seperti telur ayam. Ia mempunyai kulit berbulu dan berwarna perang-kehijauan pudar manakala isinya berwarna keemasan atau hijau terang. Kini, ia menjadi tanaman komersial di beberapa buah negara seperti Itali, New Zealand dan Chile.

Kredit gambar: Luc Viatour

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 10 2014[sunting sumber]

McDonnell Douglas T-45 Goshawk

McDonnell Douglas T-45 Goshawk merupakan sebuah pesawat jet terbitan daripada BAE Systems Hawk. Ia dikeluarkan oleh McDonnell Douglas dan British Aerospace. Pesawat ini digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai sebuah pesawat latihan yang boleh beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat.

Kredit gambar: Lt. j.g. John A. Ivancic


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 11 2014[sunting sumber]

McDonnell Douglas T-45 Goshawk

McDonnell Douglas T-45 Goshawk merupakan sebuah pesawat jet terbitan daripada BAE Systems Hawk. Ia dikeluarkan oleh McDonnell Douglas dan British Aerospace. Pesawat ini digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai sebuah pesawat latihan yang boleh beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat.

Kredit gambar: Lt. j.g. John A. Ivancic


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 12 2014[sunting sumber]

Arnab Eropah

Arnab Eropah (Oryctolagus cuniculus) merupakan spesies arnab yang berasal dari kawasan barat daya Eropah. Ia telah diperkenalkan di seluruh dunia dan seringkali membawa kesan buruk kepada biokepelbagaian setempat terutamanya di negara Australia kerana kebanjiran arnab jenis ini akibat ketiadaan pemangsa.

Kredit gambar: JJ Harrison


Minggu 13 2014[sunting sumber]

Arnab Eropah

Arnab Eropah (Oryctolagus cuniculus) merupakan spesies arnab yang berasal dari kawasan barat daya Eropah. Ia telah diperkenalkan di seluruh dunia dan seringkali membawa kesan buruk kepada biokepelbagaian setempat terutamanya di negara Australia kerana kebanjiran arnab jenis ini akibat ketiadaan pemangsa.

Kredit gambar: JJ Harrison


Minggu 14 2014[sunting sumber]

Biji kopi panggang

Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disediakan daripada biji kopi panggang. Apabila dipanggang, biji kopi hijau mengembang sehingga sekali ganda saiz asal dan bertukar warna. Jika dipanaskan sedikit sahaja, biji kopi akan mengekalkan "rasa asal" - rasa yang terhasil daripada keadaan tanah dan cuaca di lokasi ia ditanam.

MarkSweep


Minggu 15 2014[sunting sumber]

Fotograf John Herschel

John Herschel ialah seorang ahli matematik, ahli falak, ahli kimia, pencipta dan jurugambar ujikaji berbangsa Inggeris. Beliau telah menamakan tujuh bulan Zuhal dan empat bulan Uranus, mencipta sianotip dan aktinometer serta telah memberi banyak sumbangan dalam bidang botani, sains fotografi dan kajicuaca.

Fotograf: Julia Margaret Cameron; pembaikpulihan: Adam Cuerden


Minggu 16 2014[sunting sumber]

Bahagian dalam sebuah granpiano

Piano ialah sejenis alat muzik yang dimain melalui papan nadanya. Ia menghasilkan bunyi apabila tali kelulinya dimain dengan penukul kain felt. Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi resonansnya. Getaran ini dipindahkan melalui kekuda ke bod suara untuk menguatkan bunyi akustiknya.

Opus33


Minggu 17 2014[sunting sumber]

Bahagian dalam sebuah granpiano

Piano ialah sejenis alat muzik yang dimain melalui papan nadanya. Ia menghasilkan bunyi apabila tali kelulinya dimain dengan penukul kain felt. Penukul itu melantun dengan serta-merta dan membenarkan tali keluli terus bergetar pada frekuensi resonansnya. Getaran ini dipindahkan melalui kekuda ke bod suara untuk menguatkan bunyi akustiknya.

Opus33


Minggu 18 2014[sunting sumber]

Girls' Generation

Girls' Generation ialah sebuah kumpulan muzik perempuan yang dibentuk pada 2007. Populariti mereka bermula dengan single tahun 2009 mereka, "Gee" dan pada 2011, Forbes menyifatkan mereka sebagai penghibur paling berkuasa di Korea. Dari kiri: Kim Tae-yeon, Kim Hyo-yeon, Seohyun, Choi Soo-young, Im Yoo-na, Jessica Jung, Tiffany, Sunny, Kwon Yuri.

LG Corp.


Minggu 19 2014[sunting sumber]

Aurora borealis

Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan latitud tinggi (Artik dan Antartika). Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub". Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis atau cahaya utara manakala fenomena aurora di selatan dipanggil aurora australis atau cahaya selatan.

Joshua Strang, USAF


Minggu 20 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 21 2014[sunting sumber]

Bangunan Parlimen British Columbia

Bangunan Parlimen British Columbia ialah pusat bagi Dewan Undangan British Columbia dan ia terletak di Victoria, British Columbia, Kanada. Dibuka secara rasmi pada 1898, bangunan ini mempunyai fakad sepanjang 500 kaki (150 m), kubah tengah, dua buah astana dan patung Kapten George Vancouver yang dilitupi dengan emas.

Ryan Bushby


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 22 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 23 2014[sunting sumber]

Pertunjukan nafas api

Api ialah proses pengoksidaan pantas suatu bahan melalui proses kimia pembakaran, yang menghasilkan cahaya, haba, dan perbagai hasil tindak balas kimia seperti karbon dioksida dan air. Walaupun bahaya, api juga boleh dibuat pertunjukan.

Luc Viatour


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 24 2014[sunting sumber]

Galaksi NGC 4449

NGC 4449 (juga dikenali sebagai Caldwell 21) merupakan galaksi tak nalar di dalam buruj Anjing Pemburu dan ia terletak kira-kira 12 juta tahun cahaya jauhnya dari Bumi. Kadar pembentukan bintangnya adalah dua kali ganda daripada galaksi satelit Bima Sakti iaitu Awan Magellan Besar.

Fotograf: NASA, ESA, A. Aloisi (STScI/ESA) dan The Hubble Heritage (STScI/AURA)-ESA/Hubble Collaboration


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 25 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 26 2014[sunting sumber]

Seorang tunawisma di Paris

Tunawisma memaksudkan golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal (rumah) yang tetap dan selamat. Golongan ini juga termasuk mereka yang biasa bermalam di tempat perteduhan, pondok sementara atau kediaman ad hoc yang seumpamanya.

Eric Pouhier

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 27 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 28 2014[sunting sumber]

Emping salji dilihat melalui mikroskop

Salji ialah kerpasan dalam bentuk hablur ais cair yang jatuh dari awan, dipanggil emping salji. Ia mempunyai struktur terbuka yang lembut dan gebu, kecuali diletakkan di bawah tekanan luaran.

Agricultural Research Service, USDA


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 29 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 30 2014[sunting sumber]

Fail sudah dipadam

Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Indonesia ialah masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan "Istiqlal" (merdeka).

Gunawan Kartapranata


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 31 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 32 2014[sunting sumber]

Mentol lampu berpijar

Mentol lampu ialah sebuah sumber cahaya buatan. Ia merupakan lampu elektrik yang dibuat daripada kaca dan terdapat dawai filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus elektrik.

KMJ


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 33 2014[sunting sumber]

Mentol lampu terbakar

Mentol lampu ialah sebuah sumber cahaya buatan. Ia merupakan lampu elektrik yang dibuat daripada kaca dan terdapat dawai filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus elektrik.

Stefan Krause


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 34 2014[sunting sumber]

Mentol lampu pecah

Mentol lampu ialah sebuah sumber cahaya buatan. Ia merupakan lampu elektrik yang dibuat daripada kaca dan terdapat dawai filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik dialirkan melaluinya. Filamen biasanya diperbuat daripada bahan tungsten.

Stefan Krause

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 35 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 36 2014[sunting sumber]

Bonsai berbentuk naga

Bonsai ialah suatu seni untuk menghidupkan pokok mini di dalam bekas pasu hiasan. Seni bonsai memerlukan pengamalnya menanam spesies pokok tertentu di dalam pasu kecil, mengawal tumbesarannya serta menggubah bentuk susunan dahan, ranting, daun dan juga banirnya mengikut gaya yang dikehendaki.

Peggy Greb, USDA via FoeNyx


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 37 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 38 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 39 2014[sunting sumber]

Gdańsk pada waktu malam

Gdańsk ialah bandar pelabuhan terbesar di Poland dan ibu kota wilayah Pomorskie. Bandar yang terletak di pinggir selatan Teluk Gdańsk, Laut Baltik ini ialah pusat kawasan metropolitan keempat terbesar negara tersebut. Kawasan metropolitan yang dipanggil Trójmiasto itu dibentuk bersama Gdynia dan Sopot.

Kartika Sari Henry


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 40 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 41 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 42 2014[sunting sumber]

Dhow belayar berdekatan di perairan Zanzibar

Dhow (Bahasa Arab: داو daw‎) ialah nama generik bagi kapal layar tradisional yang mempunyai satu atau lebih tiang layar dengan kain layar lateen. Kapal layar ini digunakan di Laut Merah dan Lautan Hindi.

Muhammad Mahdi Karim


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 43 2014[sunting sumber]

Hama Aceria anthocoptes

Hama atau tungau spesies Aceria anthocoptes ialah suatu spesies hama daripada famili Eriophyidae. Aceria anthocoptes dapat dijumpai pada pohon Cirsium arvense atau tisel Kanada, dan merupakan calon baik sebagai agen kawalan perosak biologi buat tumbuhan invasif ini.

Biopics


Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 44 2014[sunting sumber]

Mercedes MGP W02

Jentera Mercedes MGP W02 yang dipandu oleh Michael Schumacher untuk pasukan Mercedes GP Petronas Formula One Team dalam Grand Prix Malaysia, kejohanan Formula Satu musim 2011.

Morio


Minggu 45 2014[sunting sumber]

Bandar Batu Pahat waktu malam

Batu Pahat (باتو ڤاهت, juga dikenali sebagai Bandar Penggaram atau BP) merupakan bandar yang terdapat di dalam daerah dengan namanya yang sama. Bandar ini terletak di barat negeri Johor serta dikelilingi oleh daerah Muar, Segamat, Pontian dan Kluang.

Azim Melaka


Minggu 46 2014[sunting sumber]

Pintu masuk JB Sentral pada waktu malam

JB Sentral ataupun Johor Bahru Sentral merupakan stesen keretapi KTM Antarabandar yang moden yang menempatkan stesen kereta api utama Johor Bahru, iaitu ibu negeri Johor. Stesen ini juga merupakan stesen paling selatan di Malaysia.

Jpatokal


Minggu 47 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 48 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 49 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 50 2014[sunting sumber]

Istana Bojnice

Istana Bojnice (Slovak: Bojnický zámok) merupakan sebuah istana zaman pertengahan yang terletak di Bojnice, Slovakia. Istana ini telah dibina pada abad ke-12 dan seni binanya bercirikan gaya romantisisme dengan beberapa unsur asal Goth dan zaman Pembaharuan.

Pudelek

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 51 2014[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 52 2014[sunting sumber]

Patung boneka Santa Claus

Santa Claus atau Santa sahaja merupakan satu watak legenda terkenal yamg muncul pada musim perayaan Krismas. Ia digambarkan sebagai lelaki gemuk berjanggut putih yang memakai pakaian serba merah dan membawa beg yang dipenuhi dengan hadiah untuk diberikan pada kanak-kanak.

Rjcastillo


Gambar pilihan sebelum ini:

Wikipedia:GP arkib bawah