Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
كمنترين تناڬ، تيكنولوڬي، ساءين س، ڤروبهن اقليم دان عالم سكيتر
Coat of arms of Malaysia.png
Kerajaan Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk 1970; 48 tahun yang lalu (1970)
Jenis Kerajaan
Ibu pejabat Blok E4/5, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62668 Putrajaya
Kakitangan MOSTI: 4,771 (2018)
KETTHA: 819 (2018)
Belanjawan tahunan MOSTI: MYR 1,111,005,800 (2018)
KETTHA: MYR 1,808,487,000 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
  • Mohd Azhar Yahaya, Ketua Setiausaha
Tapak web www.kettha.gov.my
www.mosti.gov.my

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (Tulisan Jawi:كمنترين تناڬ، تيكنولوڬي، ساءين س، ڤروبهن اقليم دان عالم سكيتر) ialah kementerian di bawah Kerajaan Malaysia.

Jabatan/Agensi[sunting | sunting sumber]

Peranan[sunting | sunting sumber]

Peranan Kementerian telah berubah daripada sebuah kementerian yang menyediakan perkhidmatan kepada kementerian yang menggubal dasar dan mengawalselia perkhidmatan bagi sektor Tenaga, Air dan Komunikasi.

Dengan ini, teras utama peranan Kementerian adalah memudahkan juga mengawal pertumbuhan industri di dalam sektor-sektor tersebut bagi memastikan perkhidmatan yang diberi kepada pengguna seluruh negara adalah berkualiti tinggi, efisyen dan selamat digunakan dengan harga yang berpatutan. Tugas-tugas kawalselia Kementerian dilaksanakan oleh badan-badan kawalselianya iaitu Suruhanjaya Tenaga juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi pemangkin utama bagi pembangunan yang dinamik dan berdaya tahan dalam industri tenaga, air dan komunikasi Malaysia.

Misi[sunting | sunting sumber]

Membangun serta menggubal dasar yang inovatif dan strategik, merangka rangka kerja kawalselia sendiri serta membentuk satu sistem pengurusan yang berdaya maju, berkesan juga efisyen.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Untuk memastikan wujudnya satu infrastruktur yang bersepadu, efisyen dan berkualiti tinggi bagi industri tenaga, air dan komunikasi.
  • Untuk menyediakan persekitaran yang sesuai bagi pembangunan industri tenaga, air dan komunikasi.
  • Untuk memastikan kemajuan teknologi bagi industri tenaga, air dan komunikasi yang berterusan menerusi penyelidikan dan pembangunan
  • Untuk memastikan servis mahupun penghantaran tenaga, air dan komunikasi di seluruh negara adalah efisyen serta efektif dengan harga yang termampu di samping meningkatkan produktiviti seharian juga kualiti hidup.
  • Untuk memastikan bekalan atau keperluan mahupun peruntukan tenaga, air serta komunikasi sentiasa berterusan dan terjamin.
  • Untuk mewujudkan sistem pengawalseliaan yang dinamik dan progresif bagi menggalakkan pertumbuhan pasaran di samping mengawal kesan yang mungkin timbul daripada industri tenaga, air dan komunikasi kepada masyarakat mahupun persekitaran.
  • Untuk terus-menerus mempertingkatkan sistem sokongan pengurusan korporat.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Dalam merealisasikan visi untuk menjadi pemangkin utama bagi pembangunan Industri Tenaga, Air dan Komunikasi dalam negara yang dinamik dan berdaya tahan, KTAK berikrar untuk membangun dan menggubal dasar yang inovatif dan strategik, yang bermatlamatkan kesejahteraan rakyat, rangka kerja kawalselia kendiri serta membentuk suatu sistem pengurusan yang berkesan, cekap dan berdaya maju. Untuk itu, akan dipastikan wujudnya perkara-perkara berikut:-

  • Suatu infrastruktur yang bersepadu, cekap dan bermutu tinggi bagi industri tenaga, air dan komunikasi;
  • Suatu suasana yang sesuai bagi pembangunan industri tenaga, air dan komunikasi;
  • Kemajuan teknologi bagi industri tenaga, air dan komunikasi yang berterusan menerusi penyelidikan dan pembangunan;
  • Penyediaan perkhidmatan asas tenaga, air dan komunikasi disalurkan secara sama rata dan pada harga yang berpatutan bagi memenuhi keperluan rakyat dan pembangunan negara;
  • Pembekalan tenaga, air dan perkhidmatan komunikasi yang selamat dan boleh dipercayai;
  • Suatu sistem kawalselia yang dinamik dan progresif bagi menggalakkan pembangunan serta mengurus kesan industri tenaga, air dan komunikasi terhadap masyarakat dan persekitarannya; dan
  • Peningkatan berterusan sistem sokongan pengurusan korporat.

Kod Etika[sunting | sunting sumber]

PI4K adalah merupakan panduan prinsip-prinsip, dalam mana semua warga kerja Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) perlu patuhi dan mengambilkira prinsip-prinsip ini dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Prinsip-prinsip ini adalah:

  • Prihatin
  • Ilmu
  • Kualiti
  • Kewibawaan
  • Keutuhan
  • Kesejahteraan

Prihatin[sunting | sunting sumber]

  • Perhubungan baik dan sihat sesama pekerja dalam sesebuah organisasi.
  • Perhubungan organisasi dengan industri di sekeliling.

Ilmu[sunting | sunting sumber]

  • Pembentukan masyarakat ilmu dalam melahirkan tenaga kerja yang mempunyai tahap kerja yang tinggi dan berkualiti.
  • K-KTAK sebagai teras pembangunan sistem maklumat.

Kualiti[sunting | sunting sumber]

  • Mengamalkan budaya kualiti dalam apa jua urusan yang dilakukan.
  • Melalui cara ini, servis dan prestasi KTAK terutamanya yang melibatkan industri terlibat seperti TMB dan TNB akan dapat dipertingkatkan di mata umum.

Kewibawaan[sunting | sunting sumber]

  • Nilai wibawa yang berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar serta polisi yang dibentuk.
  • Pengawalan dan pemantauan yang berkesan kepada industri-industri di bawah KTAK.

Keutuhan[sunting | sunting sumber]

  • Menerapkan nilai amanah di kalangan warga KTAK.
  • Sentiasa mengamal dan mematuhi peraturan / sistem / garis yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Kesejahteraan[sunting | sunting sumber]

  • Pengamalan nilai-nilai murni dan keagamaan dalam kehidupan ke arah masyarakat bermoral dan beriman.
  • Menghayati, memahami dan mempraktikkan konsep kerja berasaskan PI4K dan Tonggak 12.

Akta-akta di bawah kuasa kementerian[sunting | sunting sumber]

(dalam bahasa inggeris)

  • Communications and Multimedia Act 1998 and its subsidiary legislation
  • Malaysian Communications and Multimedia Commission Act 1998
  • Electricity Supply Act 1990 and its subsidiary legislation
  • Energy Commission Act 2001
  • Electricity Supply (Successor Company) Act 1990
  • Postal Services Act 1991and its subsidiary legislation
  • Postal Services (Successor Company) Act 1990
  • Digital Signature Act 1997 and its subsidiary legislation
  • Lembaga Letrik Sabah Act 1983

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]