Sivakumar A/L Varatharaju
V. Sivakumar AP | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Batu Gajah, Perak | |
Memegang jawatan 2013 | |
Didahului oleh | Fong Po Kuan |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Tronoh | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2013 | |
Didahului oleh | Lee Kon Yin |
Digantikan oleh | Paul Yong Choo Kiong |
Majoriti | 2,571 |
Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 25 April 2008 – 7 Mei 2009 | |
Didahului oleh | Junus Wahid |
Digantikan oleh | R. Ganesan |
Butiran peribadi | |
Lahir | 5 Disember 1970 |
Parti politik | DAP-Pakatan Rakyat |
Ibu | S. Karunakari |
Bapa | N. Varatharaju |
Pekerjaan | Ahli politik, Ahli perniagaan |
Sivakumar A/L Varatharaju merupakan ahli politik DAP dan menjadi ADUN kawasan Tronoh, Negeri Perak, Malaysia. Beliau menjadi orang India pertama menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan juga di Malaysia selepas menggantikan Junus Wahid (2000-2008).
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Sivakumar dilahirkan pada 1971 .Ayahnya M. Varatharaju dan ibunya S. Karunakari.
Sivakumar menyertai politik pada 1997 sebagai setiausaha politik ahli parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran . Pada 2008 beliau menang bertanding di DUN Tronoh, Perak mengalahkan Lee Kim Choy dengan majoriti 2,571.
Sivakumar lulusan Falsafah Perundangan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan .
Speaker DUN Perak[sunting | sunting sumber]
Dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 17 Mac 2008, beliau telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Jawatan Speaker lebih tinggi statusnya daripada pengerusi majlis. Pada 25 Ogos 2008 beliau diundi secara rahsia menjadi Speaker DUN Perak dengan 31 undi mengalahkan Junus Wahid 28 undi.Hee Yit Foong wakil wanita DAP dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.
Beliau dan lain-lain Adun Pakatan Rakyat dihalang masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac 2009 kerana ia dijadualkan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak sebagaimana diperuntukkan menurut perlembangaan Negeri Perak.[1] [2]Bagaimanapun, walaupun tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, persidangan itu diteruskan di bawah pokok dan 3 usul telah diluluskan. Persidangan tersebut kemudiannya diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah.
Dalam Persidangan DUN Perak Mei 2009, Dr Zambry Abdul Kadir telah memecat beliau dari jawatan Speaker. A Ganesan dari MIC dilantik sebagai Speaker yang baru. Sivakumar dibawa keluar dari bangunan itu oleh pihak keselamatan agar perasmian persidangan oleh Raja Nazrin Shah dapat berjalan lancar.