America's Next Top Model

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
America's Next Top Model
Antmlogo2.jpg
Format Televisyen realiti
Pencipta Tyra Banks
Juri Tyra Banks
J. Alexander (5 - kini)
Nigel Barker (2 - kini)
Paulina Porizkova (10 - 12)
Twiggy (5 - 9)
Janice Dickinson (1 - 4)
Kimora Lee Simmons (1)
Nolé Marin (3 - 4)
Eric Nicholson (2)
Beau Quillian (1)
Pencerita suara latar Tyra Banks
Komposer lagu tema David Thomas & Les Pierce
Negara asal Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Bilangan musim 17
Bilangan episod 215
Penerbitan
Tempoh siaran 42 min (60 min termasuk iklan)
Penyiaran
Saluran asal UPN (2003–2006)
The CW (2006–kini)
Format gambar 480i (SDTV)
Siaran asal 20 Mei 2003 – kini
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

America's Next Top Model (sering digelar Top Model sebagai ringkasan atau ANTM) merupakan siri pertandingan realiti yang dihoskan oleh bekas peragawati Victoria's Secret Tyra Banks. Musim pertama (first "cycle") mula dipertontonkan kepada umum pada Mei 2003 dan merupakan antara program popular UPN. Pada tahun 2006, siri ini diserahkan kepada The CW dan terus mengungguli carta sebagai antara rancangan paling popular. Lagu tema yang menghiasi pembukaan setiap episod merupakan lagu yang dinyanyikan oleh Tyra Banks sendiri dan diterbitkan oleh Rodney "Darkchild" Jerkins. Tyra merupakan penerbit bersama selain Ken Mok dan Anthony Dominici.[1]

Format[sunting | sunting sumber]

Setiap musim America’s Next Top Model mempunyai 9 – 13 episod dan bermula dengan 10 – 14 peserta. Di setiap episode, seorang peserta akan disingkirkan, sungguhpun terdapat beberapa keadaan di mana dua penyingkiran serentak atau tiada penyingkiran dilakukan hasil daripada perbincangan para juri. Perubahan imej dijalankan kepada peserta di awal musim (kebiasannya selepas dua penyingkiran utama), dan lawatan ke destinasi antarabangsa kebiasaannya dijadualkan sewaktu dua per tiga siaran keseluruhan musim (kebiasannya sewaktu lima atau enam peserta yang masih bertahan).

Setiap episod Top Model meliputi acara-acara yang dilaksankan dalam jangkamasa seminggu (namun, ketika di luar negara, satu episod memakan masa selama tiga hingga empat hari, menjumlahkan tempoh dua minggu di luar negara), dan memaparkan cabaran fesyen, sesi penggambaran atau komersil, sesi kritikan untuk setiap peserta dan persembahan mereka oleh barisan juri diketuai Tyra Banks, serta penyingkiran seorang perserta. Sehingga Musim 15, barisan panel terkini termasuklah jurugambar fesyen Nigel Barker dan editor fesyen, André Leon Talley. Juri-juri yang terdahulu termasuklah jurulatih pentas peragaan J. Alexander, ikon fesyen Twiggy, model Janice Dickinson dan Paulina Porizkova, penggaya festen Nolé Marin, pereka Kimora Lee Simmons dan editor fesyen Beau Quillian dan Eric Nicholson. Pengarah sesi penggambaran Jay Manuel, walaupun bukan juri tetap, ditonjolkan dalam setiap episod. Kebiasannya, juri jemputan akan turut menyertai panel setiap minggu. Setap episod selalunya dikaitkan dengan sebuah tema dalam dunia peragaan, seperti berhadapan dengan media sewaktu temu bual, menjual produk-produk komersil, muncul dalam pentas peragaan atau bertemu dengan pereka fesyen.

Sebuah episod kebiasannya bermula dengan para peserta menerima latihan dengan aspek yang berkaitan dengan tema pada minggu tersebut. Contohnya, para peserta mungkin menjalani latihan cara jalan pentas peragaan, lakonan ubahsuai, atau menggunakan solekan untuk pelbagai peristiwa. Cabaran yang berkaitan kemudiannya dijalankan, contohnya menjalani pentas peragaan atau temubual olok-olok , dan pemenang akan dipilih oleh seorang juri. Peserta yang menang akan menerima ganjaran berbentuk pakaian, keluar malam, ataupun keistimewaan untuk sesi penggambaran, dan dia dibenarkan untuk berkongsi ganjaran tersebut dengan beberapa peserta yang dipilihnya. Pada Musim 1, 3, 4, 5,10 dan 12, 13, 14, dan 15 minggu pertama tidak menonjolkan sebarang cabaran, seperti pada minggu ketiga Musim 1. Pada Musim 5, 7, 11 & 12, terdapat beberapa episod yang menampilkan beberapa cabaran. Pada Musim 8, 9, 10 hingga 15 terdapat cabaran berkumpulan. Pada Musim 8, 14 & 15, hanya peserta terbaik dari setiap kumplan menerima ganjaran; Pada Musim 9 setiap peserta menerima ganjaran dan seorang akan dipilih secara cabutan rawak untuk memenangi satu ganjaran istimewa; Musim 9 juga mempunyai dua pemenang untuk satu cabaran.

Segmen seterusnya ialah sesi penggambaran dan setiap persembahan peserta akan menggambarkan kritikan yang bakal mereka terima untuk minggu tersebut. Setiap musim menampilkan sesi penggambaran seperti pakaian dalam, foto kecantikan, foto bogel atau separa bogel, bergaya dengan model lelaki, dan bergaya dengan haiwan. Kebiasannya, satu sesi penggambaran per musim akan digantikan dengan komersil (kecuali Musim 2, 5 dan 9 di mana terdapat kedua-dua komersil dan sesi penggambaran, dan Musim 4 dan 14 sebaliknya tidak menampilkan sebarang komersil). Pada Musim 2 dan 9, sebuah sesi penggambaran telah digantikan dengan video muzik untuk Tyra Banks dan Enrique Iglesias.

Segmen terakhir untuk setiap episod ialah sesi penilaian. Ketika penilaian, setiap peserta akan diberikan cabaran dalam sesuatu aspek seperti bergaya, menjual produk dan sebagainya yang dikenali dengan cabaran sebelum penilaian. Sesi ini tidak diteruskan sejak Musim 8. Setiap gambar yang dihasilkan para peserta (atau komersil mereka) kemudiannya ditunjukkan dan dinilai oleh panel juri. Setelah kesemua gambar telah dinilai, mereka diarah untuk meninggalkan panel untuk juri membuat pertimbangan. Proses penyingkiran dijalankan penuh istiadat, sebelum Tyra mendedahkan gambar para peserta yang tidak disingkirkan satu demi satu, dalam urutan kecemerlangan, setiap masa berkata "Congratulations. You are still in the running towards becoming America’s Next Top Model". Dua peserta terakhir yang belum menerima gambar mereka ditempatkan "di kedudukan dua terbawah", dan Tyra mengkritik setiap satu sebelum mendedahkan salah seorang daripada mereka yang akan selamat dari penyingkiran. Namun, terdapat beberapa pengecualian seperti pada Musim 4 di mana terdapat dua penyingkiran serentak, Musim 5 tiada penyingkiran, dan pada Musim 9, peserta yang tersingkir diselamatkan oleh seorang peserta yang ingin menarik diri, sewaktu Tyra mendedahkan bahawa dia mara ke peringkat seterusnya. Pada Musim 13 & 14, kedudukan dua terbawah diganti dengan kedudukan tiga terbawah apabila dua penyingkiran berlaku serentak, semasa memilih dua finalis terakhir.

Format rancangan adalah sedikit berbeza ketika tiga peserta yang tinggal. Dengan pengecualian Musim 1 dan 2 (apabila CoverGirl masih belum menjadi penaja), dan Musim 3 di mana tidak ada komersil, tiga peserta yang tinggal bertanding di sesi penggambaran terakhir dan komersil untuk CoverGirl, diikuti dengan sesi penilai di mana para juri akan menyingkirkan peserta yang paling lemah. Dua finalis akhir kemudiannya bertanding di pertunjukan fesyen di hadapan para juri dan penonton secara langsung, sebelum persembahan mereka di pertunjukan itu dan juga di sepanjang musim dinilai dan pemenang pertandingan diumumkan. Perubahan berlaku pada Musim 13 & 14, apabila hanya dua finalis yang menjalani penggambaran komersil dan pertunjukan fesyen, setelah dua peserta disingkirkan serentak daripada 4 peserta. Pada Musim 1 & 2, dua finalis dipilih melalui pertemuan mereka dengan pereka fesyen yang ditampilkan.

Semenjak CoverGirl (setelah Musim 3) menjadi penaja, pada setiap episod, kecuali pada episode perdana, episode kedua Musim 4 dan episod imbauan, episod dua terakhir Musim 7 dan episod imbauan, serta episod akhir Musim 6, seorang peserta boleh diundi sebagai CoverGirl of the Week oleh penonton. Namun, pada Musim 11 hingga Musim 13, undian tersebut telah digantikan oleh segmen Top Model in Action, yang memberikan tumpuan pada bekas para peserta dan pencapaian mereka setelah tersingkir daripada rancangan ini. Pada Musim 14, Top Model in Action digantikan dengan Top Model Lounge, yang diacarakan oleh bekas peserta Musim 9, Bianca Golden dan Musim 13, Laura Kirkpatrick. Mereka membincangkan perkara yang berlaku dalam episod Musim 14 setiap minggu.

ANTM dengan The CW[sunting | sunting sumber]

Telah diumumkan pada 24 Januari 2006 bahawa Top Model akan menjadi sebahagian daripada rangkaian baru The CW, hasil penyatuan di antara UPN dengan The WB, apabila musim seterusnya mula disiarkan pada bulan September, setiap hari Rabu. Sebelum pengumuman pencantuman dengan The CW, UPN telah membaharukan kontrak rancangan ANTM sehingga ke musim Sembilan pada 20 Januari 2006[2] dan sesi ujibakat telah dijalankan sepanjang pertengahan 2006.

Untuk meraikan musim yang kesepuluh, ANTM telah menyiarkan rancangan istimewa America's Next Top Mode: Exposed dalam dua episod di rangkaian CW pada hari Rabu, 6 & 13 Februari 2008. Rancangan ini menampilkan pertengkaran di antara peserta, sesi penggambaran yang penuh memori, personaliti, memori-memori yang penuh bermakna, serta pelbagai segmen tentang rancangan tersebut sejak Musim 1 hingga Musim 9 yang menampilkan kepelbagaian pembuka acara setiap musim. Camille McDonald (Musim 2), Toccara Jones (Musim 3), Eva Pigford (pemenang Musim 3), Bre Scullark (Musim 5), Cassandra Whitehead (Musim 5), Joanie Dodds (Musim 6), Jael Strauss (Musim 8), Dionne Walters (Musim 8), Heather Kuzmich (Musim 9), serta Bianca Golden (Musim 9) kesemuanya kembali untuk memberikan ulasan tentang pelbagai kejadian yang berlaku di dalam musim mereka serta musim-musim yang lain.

Musim 13 telah disahkan oleh The CW.[3] Hal ini telah turut dinyatakan di The Tyra Banks Show bahawa musim tersebut bakal menampilkan wanita yang berketinggian 5'7" dan ke bawah sahaja, sekaligus menjadikan musim tersebut sebagai musim yang menampilkan peserta yang berada di bawah piawai ketinggian yang diperlukan untuk pentas peragaan serta model fesyen tinggi.[4] Namun, musim tersebut bukanlah musim pertama yang menampilkan pemenang yang berada di bawah piawaian tersebut kerana pemenang musim 3 Eva Pigford adalah berketinggian 5'6½". Sewaktu pelaksanaan ujibakat di New York City, rusuhan telah berlaku.[5]

The Tyra Banks Show[sunting | sunting sumber]

America’s Next Top Model adalah sangat berkait rapat dengan rancangan bual bicara Tyra Banks: beberapa peserta telah muncul dalam rancangan tersebut, terutamanya Natasha Galkina (Musim 8) yang bekerja sebagai wartawan untuk rancangan itu.[6] Pentas rancangan tersebut juga telah digunakan untuk pertemuan peserta Musim 5.

Anugerah Fiercee Awards mempunyai beberapa kategori seperti berikut. Nama yang diterangkan adalah merupakan pemenang setiap kategori.

  • Biggest Makeover Meltdown (disampaikan oleh CariDee English (Musim 7) dan Saleisha Stowers (Musim 9)):
    • Jade Cole (Musim 6)
    • Jaeda Young (Musim 7)
    • Bianca Golden (Musim 9)
  • Craziest Phone Call (disampaikan oleh Jaslene Gonzalez (Musim 8) dan Nicole Linkletter (Musim 5)):
  • Lifetime Achievement (disampaikan oleh Tyra Banks):
    • Toccara Jones (Musim 3)
  • Worst Walks & Wipe Outs ((disampaikan oleh April Wilkner (Musim 2) dan Heather Kuzmich (Musim 9):
    • Norelle Van Herk (Musim 3)
    • Rebecca Epley (Musim 4)
    • Jael Strauss (Musim 8)
  • Most Dramatic Exit ((disampaikan oleh Camille McDonald (Musim 2) dan Diana Zalewski (Musim 8):
    • Jade Cole (Musim 6)
    • Ebony Morgan (Musim 9)
    • Kimberly Rydzewski (Musim 10)
  • Ugliest Cry (disampaikan oleh Jenah Doucette (Musim 9) dan Keenyah Hill (Musim 4)):
    • Shandi Sullivan (Musim 2)
    • Joanie Dodds (Musim 6)
    • Jael Strauss (Musim 8)
  • Biggest Change (disampaikan oleh Tyra Banks):
    • Shandi Sullivan (Musim 2)

Upacara tersebut didahului dengan temubual kapet merah oleh Tocarra Jones, CariDee English, Jaslene Gonzalez, Camille McDonald, Keenyah Hill, Carol Alt, Quiana Grant, Mellisa Baker dan Tyra Banks, diikuti oleh ulasan fesyen oleh Toccara Jones dan Jay Manual. Antara kesukaan Jay adalah Jones dengan McDonald manakala Jones pula menyukai penampilan Gonzalez. Mereka bersetuju bahawa Saleisha Stowers, Norelle Van Herk dan Banks adalah di antara yang tampil dengan pakaian menarik manakala English adalah diantara yang terburuk.

Modelville[sunting | sunting sumber]

Tyra Banks telah mengambil keputusan untuk melancarkan sebuah televisyen realiti, di dalam rancangan beliau The Tyra Banks Show, dinamakan Modelville yang menampilkan Renee Alway, Bianca Golden, Dominique Reighard, Fatima Siad dan Lauren Utter yang bertanding untuk merebut kontrak bernilai $50,000. Dominique menjadi pemenang rancangan tersebut dan menerima kontrak daripada Carol's Daughter.[7][8]

Walmart & America's Next Top Model[sunting | sunting sumber]

Francais America's Next Top Model telah mengeluarkan jenama pakaian dan aksesori berdasarkan rancangan top model. Jenama tersebut dijual kebanyakannya di pasaraya Walmart yang boleh didapati dalam produk kosmetik dan juga beg tangan.[9]

Musim[sunting | sunting sumber]

Musim Tarikh disiarkan Lokasi Pemenang Naib Juara Peserta lain mengikut penyingkiran Bilangan Peserta Destinasi Antarabangsa
1 20 May 2003 New York City,
New York (NYC)
Adrianne Curry Shannon Stewart Tessa Carlson, Katie Cleary, Nicole Panattoni, Ebony Haith, Giselle Samson, Kesse Wallace, Robin Manning, Elyse Sewell 10 Perancis
Paris
2 13 Januari 2004 NYC Yoanna House Mercedes Scelba-Shorte Anna Bradfield, Bethany Harrison, Heather Blumberg, Jenascia Chakos, Xiomara Frans, Catie Anderson, Sara Racey-Tabrizi, Camille McDonald, April Wilkner, Shandi Sullivan 12 Itali
Milan
3 22 September 2004 NYC Eva Pigford Yaya DaCosta Magdalena Rivas, Leah Darrow, Julie Titus, Kristi Grommet, Jennipher Frost, Kelle Jacob, Cassie Grisham, Toccara Jones, Nicole Borud, Norelle Van Herk, Ann Markley, Amanda Swafford 14 Jepun
Tokyo
4 2 Mac 2005 Los Angeles,
California (LA)
Naima Mora Kahlen Rondot Brita Petersons, Sarah Dankleman, Brandy Rusher, Noelle Staggers, Lluvy Gomez, Rebecca Epley, Tiffany Richardson, Tatiana Dante, Michelle Deighton, Christina Murphy, Brittany Brower, Keenyah Hill 14 Afrika Selatan
Cape Town
5 21 September 2005 LA Nicole Linkletter Nik Pace Ashley Black, Ebony Taylor, Cassandra Whitehead (Tarik diri), Sarah Rhoades, Diane Hernández, Coryn Woitel, Kyle Kavanagh, Lisa D'Amato, Kim Stolz, Jayla Rubinelli, Bre Scullark 13 United Kingdom
London
6 8 Mac 2006 LA Danielle Evans Joanie Dodds Kathy Hoxit, Wendy Wiltz, Kari Schmidt, Gina Choe, Mollie Sue Steenis-Gondi, Leslie Mancia, Brooke Staricha, Nnenna Agba, Furonda Brasfield, Sara Albert, Jade Cole 13 Thailand
Bangkok
7 20 September 2006 LA CariDee English Melrose Bickerstaff Christian Evans, Megan Morris, Monique Calhoun, Megg Morales, AJ Stewart, Brooke Miller, Anchal Joseph, Jaeda Young, Michelle Babin, Amanda Babin, Eugena Washington 13 Sepanyol
Barcelona
8 28 February 2007 LA Jaslene Gonzalez Natasha Galkina Kathleen DuJour, Samantha Francis, Cassandra Watson, Felicia Provost, Diana Zalewski, Sarah VonderHaar, Whitney Cunningham, Jael Strauss, Brittany Hatch, Dionne Walters, Renee Alway 13 Australia
Sydney
9 19 September 2007 LA Saleisha Stowers Chantal Jones Mila Bouzinova, Kimberly Leemans, Victoria Marshman, Janet Mills, Ebony Morgan (Tarik diri), Sarah Hartshorne, Ambreal Williams, Lisa Jackson, Heather Kuzmich, Bianca Golden, Jenah Doucette 13 Republik Rakyat China
Shanghai & Beijing
10 20 Februari 2008 NYC Whitney Thompson Anya Kop Kimberly Rydzewski (Tarik diri), Atalya Slater, Allison Kuehn, Amis Jenkins, Marvita Washington, Aimee Wright, Claire Unabia, Stacy Ann Fequiere, Lauren Utter, Katarzyna Dolinska, Dominique Reighard, Fatima Siad 14 Itali
Rome
11 3 September 2008 LA McKey Sullivan Samantha Potter ShaRaun Brown, Nikeysha Clarke, Brittany Rubalcaba, Hannah White, Isis King, Clark Gilmer, Lauren Brie Harding, Joslyn Pennywell, Sheena Satana, Elina Ivanova, Marjorie Conrad, Analeigh Tipton 14 Belanda
Amsterdam
12 4 Mac 2009 NYC Teyona Anderson Allison Harvard Isabella Falk, Jessica Santiago, Nijah Harris, Kortnie Coles, Sandra Nyanchoka, Tahlia Brookins, London Levi-Nance, Natalie Pack, Fo Porter, Celia Ammerman, Aminat Ayinde 13 Brazil
São Paulo
13 9 September 2009 LA Nicole Fox Laura Kirkpatrick Lisa Ramos, Rachel Echelberger, Courtney Davies, Lulu Baithwaithe, Bianca Richardson, Ashley Howard, Kara Vincent, Rae Weisz, Brittany Markert, Sundai Love, Erin Wagner, Jennifer An 14 Amerika Syarikat
Hawaii
14 10 Mac 2010 NYC Krista White Raina Hein Gabrielle Kniery, Naduah Rugley, Ren Vokes, Simone Lewis, Tatianna Kern, Brenda Arens, Anslee Payne-Franklin, Alasia Ballard, Jessica Serfaty, Angelea Preston, Alexandra Underwood 13 New Zealand
Auckland
15 8 September 2010 LA Ann Ward Chelsey Hersley Anamaria Mirdita, Terra White, Sara Blackamore, Rhianna Atwood, Lexie Tomchek, Kacey Leggett, Kendal Brown, Esther Petrack, Liz Williams, Chris White, Kayla Ferrel, Jane Randall 14 Itali
Venice &
Milan

Para Peserta[sunting | sunting sumber]

Pemenang: Statistik[sunting | sunting sumber]

  • Pemenang paling berusia: Krista White (Musim 14), 24 tahun
  • Pemenang paling muda: Nicole Fox (Musim 13), 18 tahun
  • Pemenang paling tinggi: Ann Ward (Musim 15), 6'2" (188 cm)
  • Pemenang paling pendek: Eva Pigford (Musim 3), 5'6.5" (168 cm)
  • Pemenang paling berat: Whitney Thompson (Musim 10), 159 Ib (72 kg)
  • Pemenang paling ringan: Jaslene Gonzalez (Musim 8), 110 lb (50 kg)
  • Paling kerap memenangi cabaran secara berturut-turut: Naima Mora (Musim 4) Saleisha Stowers (Musim 9), & Krista White (Musim 14) kedua-duanya 2 kali
  • Paling banyak memenangi cabaran: Naima Mora (Musim 4), & Krista White (Musim 14) kedua-duanya 4 kali
  • Paling kerap memperoleh panggilan pertama secara berturut-turut: Ann Ward (Musim 15), 5 kali
  • Paling banyak memperoleh panggilan pertama: Ann Ward (Musim 15), 6 kali
  • Paling kurang memperolah panggilan pertama: Adrianne Curry (Musim 1), Yoanna House (Musim 2), Nicole Linkletter (Musim 5), Danielle Evans (Musim 6) & Whitney Thompson (Musim 10), kesemuanya 1 kali
  • Paling kerap berada di kedudukan dua / tiga terbawah secara berturut-turut: Eva Pigford (Musim 3), Danielle Evans (Musim 6) & Whitney Thompson (Musim 10), kesemuanya 2 kali
  • Paling banyak berada di kedudukan dua / tiga terbawah: Whitney Thompson (Musim 10), 4 kali
  • Tidak pernah berada di kedudukan dua / tiga terbawah: Jaslene Gonzalez (Musim 8), McKey Sullivan (Musim 11), Nicole Fox (Musim 13) & Krista White (Musim 14)
  • Paling kurang memenangi cabaran: Nicole Linkletter (Musim 5), Danielle Evans (Musim 6), & Ann Ward (Musim 15), kesemuanya 0 kali
  • Paling kerap memenangi CoverGirl of the Week secara berturut-turut: Naima Mora (Musim 4), 10 kali
  • Paling banyak memenangi CoverGirl of the Week: Naima Mora (Musim 4), 10 kali
  • Paling kurang memenangi CoverGirl of the Week: Nicole Linkletter (Musim 5) & Saleisha Stowers (Musim 9), kedua-duanya 0 kali

Kesemua Peserta: Statistik[sunting | sunting sumber]

  • Jumlah peserta: 143
  • Peserta paling berusia: Robin Manning (Musim 1) & Jade Cole (Musim 6), kedua-duanya 26 tahun pada waktu penggambaran
  • Peserta paling muda 18 contestants adalah 18 tahun — umur minimum untuk rancangan ini — sewaktu penggambaran
  • Negeri yang paling kerap diwakili: California, 21 peserta
  • Peserta paling tinggi: Ann Ward (Musim 15), 6'2" (188 cm)
  • Peserta paling pendek: Sundai Love (Musim 13), 5'3" (158 cm)
  • Peserta paling berat: Diana Zalewski (Musim 8), 198 lb (90 kg)
  • Peserta paling ringan: Shandi Sullivan (Musim 2), 106 lb (48 kg)
  • Paling kerap memenangi cabaran secara berturut-turut: Yaya Da Costa (Musim 3), 5 kali
  • Paling banyak memenangi cabaran: Yaya Da Costa (Musim 3), 5 kali
  • Paling banyak menduduki kedudukan dua / tiga terbawah: Ann Markley (Musim 3), Bre Scullark (Musim 5) & Jade Cole (Musim 6), kesemuanya 5 kali
  • Paling kerap menduduki kedudukan dua / tiga terbawah secara berturut-turut: Erin Wagner (Musim 13), 4 kali
  • Paling kerap memperoleh panggilan pertama secara berturut-turut: Ann Ward (Musim 15), 5 kali
  • Paling banyak memperoleh panggilan pertama: Ann Ward (Musim 15), 6 kali
  • Paling kerap memenangi CoverGirl of the Week secara berturut-turut: Naima Mora (Musim 4), 10 kali
  • Paling banyak memenangi CoverGirl of the Week: Naima Mora (Musim 4), 10 kali
  • Tidak pernah berada di kedudukan dua / tiga terbawah: Joanie Dodds (Musim 6), Jaslene Gonzalez (Musim 8), Anya Kop(Musim 10),McKey Sullivan (Musim 11), Nicole Fox (Musim 13) & Krista White (Musim 14)
  • Peserta yang disingkirkan secara berpasangan: Rebecca Epley & Tiffany Richardson (Musim 4), Erin Wagner & Jennifer An (Musim 13), Alexandra Underwood & Angelea Preston (Musim 14) & Kayla Ferell & Jane Randall (Musim 15)
  • Peserta yang terlibat dalam minggu tiada penyingkiran: Jayla Rubinelli & Nicole Linkletter (Musim 5)
  • Peserta yang menarik diri: Cassandra Whitehead (Musim 5), Ebony Morgan (Musim 9), Kimberly Rydzewski (Musim 10) & Amber DePace (Musim 13)
  • Peserta yang disingkirkan di luar panel juri: Magdalena Rivas (Musim 3), Hannah White (Musim 11), Rachel Echelberger (Musim 13) & Terra White (Musim 15)
  • Peserta yang tidak mengambil bahagian dalam sesi penggambaran: Robin Manning & Shannon Stewart (Musim 1), Anna Bradfield (Musim 2), Monique Calhoun (Musim 7) & Fatima Siad (Musim 10)

Versi antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Afghanistan: Afghanistan's Next Top Model[10]

Amerika Tengah: Super Model Centroamérica — Dihoskan oleh Leonora Jimenez [1]

Aruba: Aruba Model Search[11]

Australia: Australia's Next Top Model — disiarkan menerusi FOX8 dan dua musim pertama dihoskan oleh supermodel Australia Erika Heynatz. Musim ketiga bermula pada Mac 2007 dan dihoskan oleh Jodhi Meares. Musim keempat bermula pada April 2008.

Belanda: Holland's Next Top Model — Sedang menyiarkan musim keempat; dihoskan oleh Daphne Deckers.

Belgium: Top Model Belgium 2007 — dihoskan oleh supermodel Belgium Ingrid Seynhaeve.

Caribbean: Caribbean's Next Top Model — Akan disiarkan di CaribVision.[12]

China: China's Next Top Model (CNTM閃亮模坊) — Diterbitkan oleh Shanghai Media Group's Dragon TV dan difilemkan di Shanghai. Musim pertama telah disiarkan pada Januari 2008 di Sichuan Satellite; dihoskan oleh Li Ai.

Croatia: Hrvatski Top Model — Dihoskan oleh model and pengacara Tatjana Jurić.

Denmark: Denmark's Next Top Model

Filipina Philippines’ Next Top Model — Disiarkan pada 2007; dihoskan oleh ratu cantik Ruffa Gutierrez-Bektas.

Finland: Suomen huippumalli haussa atau "Searching for Finland's Top Model" — Telah bermula pada 6 April 2008 di Nelonen. Dihoskan oleh Anne Kukkohovi.

Ghana: Top Model Ghana — Versi Afrika pertama.

Honduras: Amiga Top Model — Telah habis menyiarkan musim petama. [2]

Hungary: Hungary's Next Top Model — Telah menghabiskan musim pertama; dihoskan oleh Viktória Vámosi dan kemudiannya oleh Panni Epres.

Israil: The Models — Telah menghabiskan musim ketiga.

Itali: Italia's Next Top Mode — Musim pertama telah disiarkan pada musim luruh 2007 di SKY Vivo. [3]

Jerman: Germany's Next Topmodel — dihoskan oleh Heidi Klum.

Kanada: Canada's Next Top Model — Musim 1 telah disiarkan pada musim panas 2006. Ia telah dihoskan oleh Tricia Helfer. Musim kedua pula telah dihoskan oleh Jay Manuel, yang telah disiarkan pada 30 Mei 2007 dan berakhir pada 18 Julai.

Kazakhstan: Я красивая, or "I'm Beautiful" — Telah habis disiarkan pada Oktober 2005 di Hit TV. Rancangan ini dikaitkan dengan versi ANTM Rusia.[13]

Mexico: Mexico's Next Top Model[14]

Perancis: France's Next Top Model — Musim pertama telah disiarkan; dihoskan oleh Odille Sarron. Musim kedua telah dihoskan oleh Adriana Karembeu.

Nigeria: Nigeria's Next Top Model — Versi ANTM Afrika yang kedua, selepas Ghana. [15]

Norway: Norway's Next Top Model — sebahagian daripada Scandinavia's Next Top Model; menguruskan pertandingan versi tersendiri pada 2006 dan 2007.

Russia: Russia's Next Top Model — Disiarkan di CTC, dihoskan oleh Fyodor Bondarchuk (Федор Бондарчук) dan telah menghabiskan tiga musim.

Skandinavia: Scandinavia's Next Top Model — melibatkan peserta daripada Norway, Denmark dan Sweden. Dibawakan oleh TV3 (Viasat) dan dihoskan oleh Kathrine Sørland, Anne P, dan Mini Anden (Musim 1 & 2) dan Malin Persson (Musim 3). Telah menghabiskan tiga musim.

Slovakia: Slovakia's Next Top Supermodel or "H'lada sa Supermodelka" — Musim pertama telah disiarkan pada Januari sehingga Mach 2007.

Spain: Supermodelo— Musim pertama telah disiarkan di Channel Cuatro; Dua musim pertama, Supermodelo 2006 dan Supermodelo 2007, telah habis disiarkan.

Sweden: Sweden's Next Top Supermodel — Sebahagian daripada Scandinavia's Next Top Model; telah menghabiskan musim persendirian; dihoskan oleh Vendela Kirsebom.

Switzerland: Switzerland's Next Supermodel — Telah habis menyiarkan musim pertama; dihoskan oleh Nadja Schildknecht.

Taiwan: Taiwan Supermodel No. 1

Thailand: Thailand's Next Top Model — Telah habis menyiarkan musim pertama; dihoskan oleh Sonia Couling.

Turkey: Turkey's Next Top Model — digelar "Top Model Turkiye's", telah menghabiskan satu musin, dihoskan oleh Deniz Akkaya.

United Kingdom: Britain's Next Top Model — telah menyelesaikan tiga musim; dahulunya dihoskan oleh Lisa Butcher, tetapi sejak musim kedua, rancangan ini dihoskan oleh Lisa Snowdon. Musim keempat sedang disiarkan di LIVING TV.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]