Azlan Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Aman Berhormat Dato' Seri
 Azlan Man 
S.P.M.P
Azlan Man

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
7 Mei 2013
Raja Tuanku Syed Sirajuddin
Didahului oleh Md Isa Sabu

Ahli Dewan Undangan Perlis
untuk N11 Pauh
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
7 Mei 2013
Majoriti 1,382 (PRU-13)

Tarikh lahir 2 September 1958 (56 tahun)
Tempat lahir Arau, Perlis
Parti politik UMNO - Barisan Nasional
Pekerjaan Penjawat awam
Agama Islam

Datuk Seri Azlan Man (lahir di Kampung Belat Batu, Arau, 2 September 1958; umur 56 tahun)[1] ialah Menteri Besar Perlis yang terkini sejak Mei 2013. Dalam pilihan raya umum Malaysia 2013 beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis Pauh.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Berkelulusan Sarjana Ekonomi Antarabangsa dari Universiti Denver, A.S., Azlan memulakan tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1983. Beliau pernah menjadi Konsul Malaysia di Toronto, Kanada pada 1985 dan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Luar pada 1992. Beliau juga pernah menjadi Kaunselor Misi Tetap Malaysia ke PBB di Amerika Syarikat pada 1999.

Pada 2003, Azlan kembali ke Malaysia dan menjadi setiausaha bahagian Afrika dan Sahara Selatan di Kementerian Luar dan pada 2011 memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam sehingga bersara untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.[2]

Pada 17 Mei 2014, Menteri Besar Azlan Man mengetuai senarai 243 orang yang menerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-71 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Syed Putra Jamalullail, di Istana Arau. Beliau dianugerahi 'Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis' (SPMP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.[3][4]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi calon buat kali pertama dalam pilihan raya umum Malaysia 2013. Bertanding kerusi N11 Pauh, beliau berjaya menewaskan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis Idris Yaacob dengan majoriti 1,382 undi.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Md Isa Sabu
Menteri Besar Perlis
2013 -
Diikuti oleh:
Penyandang