Roslan Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

YBhg Dato Roslan Ahmad adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau (N27), Melaka. Di peringkat akar umbi, Roslan merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin.[1]

Latarbelakang keluarga[sunting | sunting sumber]

Roslan merupakan anak kepada Datuk Haji Ahmad Haji Ithnin, anak saudara kepada Datuk Seri Haji Abu Zahar bin Haji Ithnin, dan sepupu kepada Khaidhirah binti Abu Zahar, Zalina binti Abu Zahar Roslaini binti Abu Zahar Marina binti Abu Zahar Zuraini binti Abu Zahar Mohd Aidi Iskandar bin Abu Zahar, seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, yang setelah persempadanan semula kawasan pilihan raya dinamakan DUN Merlimau.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Roslan yang berkelulusan diploma dalam bidang pengurusan perniagaan dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) dan bertugas sebagai Pengurus di Bahagian Pembangunan Bisnes dan Sosio-Ekonomi di Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd (PMHSB), anak syarikat kerajaan negeri Melaka.

Politik[sunting | sunting sumber]

Di peringkat akar umbi, Roslan merupakan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin.

Pada [[Pilihan Raya Kecil Merlimau 2011|Pilihan Raya Kecil Merlimau yang lalu, Roslan yang juga memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah.

Tugas sebagai ADUN[sunting | sunting sumber]

Pada 10.15 pagi 7 Mac 2011, beliau mengenakan kot warna kelabu dan bersongkok mengangkat sumpah sebagai ADUN di hadapan Speaker DUN, Datuk Othman Muhammad dan disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang turut merasmikan Persidangan Penggal Keempat DUN ke-12 di Seri Negeri, Ayer Keroh. Pelantikan itu mencipta sejarah dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri kerana paling cepat melakukan upacara mengangkat sumpah pelantikan seseorang ADUN iaitu tidak sampai 11 jam selepas diumum menjadi ADUN Merlimau yang baru.[2]

Pada 10 Mac 2011, menurut ketua menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata bahawa projek menaik taraf hentian teksi di Pekan Merlimau di sini yang menelan belanja RM200,000 akan menjadi tugas pertama dipantau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang baru, Roslan Ahmad sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai ADUN melalui peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]