Mohd Sharim Md Zain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mohd Sharim bin Md Zain

محمد شريم بن مد زين
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Chini
Memegang jawatan
29 Disember 2022
Dalam jawatan
4 Julai 2020 – 14 Oktober 2022
Didahului olehAbu Bakar Harun
Majoriti12,650 (2020)
Butiran peribadi
Lahir (1979-03-13) 13 Mac 1979 (umur 45)
Chini, Pekan, Pahang
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
UMNO
PasanganNorhiliyana Abd Hamid
Anak-anak5
PendidikanSPM
Alma materSekolah Menengah Kebangsaan Chini
PekerjaanAhli politik
ProfesionUsahawan

Mohd Sharim bin Md Zain (Jawi: محمد شريم بن مد زين; lahir 13 Mac 1979) ialah ahli politik Malaysia dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, Pekan, Pahang.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai UMNO dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pendahulunya, Abu Bakar Harun yang merupakan ADUN Chini.[1]

Beliau kini memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Pekan dan juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Felda Chini 3.

Pilihan raya kecil Chini 2020[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Julai 2020, Mohd Sharim bertanding untuk merebut jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada pilihan raya kecil Chini berikutan kematian penyandangnya Dato' Sri Hj Abu Bakar Harun dari UMNO. Allahyarham telah menjadi ADUN Chini sejak 2004.[2]

Pada 18 Jun, Barisan Nasional memutuskan untuk mencalonkan Mohd Sharim, yang merupakan generasi kedua FELDA Chini sebagai calon untuk pilihan raya kecil itu.[3]Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Wilayah Kuantan dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan.

https://www.facebook.com/sharimmdzain2020

Beliau mememangi pilihan raya kecil itu dengan undian sebanyak 13,872 menewaskan dua calon bebas iaitu Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, bekas Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Pekan (1,222) dan Mohd Shukri Mohd Ramli aktivis sosial (137) dengan majoriti besar 12,650.[4]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Pahang[5][6]
Tahun Kawasan Undi Peratus Lawan Undi Peratus Jumlah undi Majoriti Peratusan keluar mengundi
2020 N23 Chini, P085 Pekan Mohd Sharim Md Zain (UMNO) 13,872 91.08% Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (BEBAS) 1,222 8.02% 15,270 12,650 73.87%
Mohd Shukri Mohd Ramli (BEBAS) 137 0.90%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abdul Razak Raaf (18 Jun 2020). "Pengerusi Majlis Belia FELDA Kuantan calon BN PRK DUN Chini". Berita Harian. Dicapai pada 18 Jun 2020.
  2. ^ "ADUN Chini meninggal dunia" (dalam bahasa Inggeris). Sinar Harian. 15 Mei 2020. Dicapai pada 15 Mei 2020.
  3. ^ Arfa Yunus (18 Jun 2020). "BN rests hope on Felda settler to retain Chini" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 18 Jun 2020.
  4. ^ "BN's Sharim vs 2 independents in Chini by-election" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 20 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-08. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  5. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pengundi.
  6. ^ "The Star Online GE14". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah pengundi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]