Shamsulkahar Mohd Deli

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Dato'

Shamsulkahar Mohd Deli

DPNS (Negeri Sembilan)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Jempol
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehSalim Shariff
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Serting
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 1 Julai 2023
Didahului oleh Lilah Yasin
Digantikan oleh Mohd Fairuz Mohd Isa
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Dalam jawatan
2013–2018
PortfolioPendidikan dan Kesihatan
Menteri BesarMohamad Hasan
Kawasan pilihan rayaSerting
Dalam jawatan
2008–2013
PortfolioPelajaran dan Pengajian Tinggi
Menteri BesarMohamad Hasan
Kawasan pilihan rayaSerting
Butiran peribadi
Lahir (1961-08-01) 1 Ogos 1961 (umur 62)
Kampung Ulu Keru, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
PasanganDatin Rashidah Ismail
Anak-anak2
PekerjaanAhli politik

YB Dato' Shamsulkahar bin Mohd Deli ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Pilah.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Shamsulkahar dilahirkan pada 1 Ogos 1961 dan berasal dari Kampung Ulu Keru, Kuala Pilah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir dan SMK Za'aba sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Raja Melewar dalam Diploma Pendidikan. Sebaik menamatkan pengajian di maktab perguruan itu, beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Asian Institute of Management Science University of Newcastle Australia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Shamsulkahar bekerja sebagai seorang guru selama 11 tahun (1985-1996). Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pelajaran (1996-2000), Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Penerangan (2000-2002) dan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2002-2004). Kemudian, beliau dilantik menjadi Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan selama empat tahun bermula 2004 hingga 2008, sebelum bertanding dalam pilihan raya umum 2008.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato' (2010)

Rujukan[sunting | sunting sumber]