Ahmad Jazlan Yaakub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YBhg Datuk Haji

Ahmad Jazlan Yaakub

PJN; DCSM (Melaka); DJMK (Kelantan)
احمد جزلان يعقوب
Pengerusi FELCRA
Memegang jawatan
14 Mac 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAhmad Zahid Hamidi
Pengerusi
Lembaga Minyak Sawit Malaysia
Dalam jawatan
2 April 2020 – 6 Januari 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Didahului olehTan Sri Dato' Seri Mohd Bakke Salleh
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Machang, Kelantan
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 10 Oktober 2022
Didahului olehSaifuddin Nasution Ismail (PKR - PR)
Digantikan olehWan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Majoriti805 (2013)
2,824 (2018)
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dalam jawatan
28 Julai 2015 – 7 April 2018
Berkhidmat dengan Alexander Nanta Linggi
Perdana Menteri Najib Razak
Didahului olehHasan Malek
Joseph Entulu Belaun
Digantikan olehSivarasa Rasiah
Pengerusi
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
Dalam jawatan
Feb 2015 – Ogos 2015
Perdana Menteri Najib Razak
MenteriDouglas Uggah Embas
Digantikan olehDatuk Mohd Adhan Kechik
Presiden
Kelantan FA
Dalam jawatan
2004–2007
Didahului olehWan Hashim Wan Daud
Digantikan olehAnnuar Musa
Pengurus
Kelantan FA
Dalam jawatan
2006–2008
Didahului olehAzman Ibrahim
Digantikan olehPeter James Butler
Butiran peribadi
LahirAhmad Jazlan bin Yaakub
(1964-08-30) 30 Ogos 1964 (umur 59)
Bachok, Kelantan Darul Naim
Parti politik UMNO
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional Barisan Nasional (BN)
Perikatan Nasional (PN) (2020-2021)
PasanganDatin Hajah Wan Norizan binti Wan Ismail
Datin Hajah Noorul Ain binti Mohmad Nor
Anak-anakNur Diana Ahmad Jazlan
Marisa Afira Ahmad Jazlan
Nur Efani Ahmad Jazlan
Ahmad Azrul Arif Ahmad Jazlan
Ahmad Edry Ariff Ahmad Jazlan
Ahmad Imran Ariff Ahmad Jazlan
PekerjaanAhli Politik
Laman web rasmiwww.jazlanyaakub.com

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub ialah ahli politik di Malaysia, beliau juga merupakan bekas ahli Dewan Rakyat Malaysia yang mewakili kawasan Parlimen Machang di Kelantan dari 2013 hingga 2022. Beliau telah menyandang kerusi Parlimen Machang selama 2 penggal iaitu 2013-2018 dan 2018-2022 mewakili parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Kini, beliau menjadi Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Dalam parti, Ahmad Jazlan merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih). Ahmad Jazlan juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam Kabinet pada tahun 2015 hingga 2018.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ahmad Jazlan dilahirkan pada 30 Ogos 1964 di Jelawat, Bachok, Kelantan. Anak kepada Allahyarham Haji Yaakub bin Muhamad dan Allahyarhamah Hajah Fatimah binti Jusoh dan merupakan anak ke tiga daripada 21 adik-beradik, beliau merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga yang besar.

Keluarga beliau berpindah ke Machang setelah mengikuti bapa beliau yang berkhidmat sebagai pendidik anak bangsa ketika itu, dan mengambil keputusan untuk terus menetap di Machang setelah bersara. Setelah bersara, bapa beliau memulakan perniagaan yang terlibat dengan jual-beli kereta import terbesar di Kelantan, syarikat pemaju, perladangan dan memiliki hartanah yang diberi sewa kepada penduduk setempat di Machang, Bachok dan Kota Bharu seawal tahun 1980 an.

Ahmad Jazlan turut membantu bapa beliau menguruskan perniagaan seawal usia 18 tahun. Sebagai pendedahan awal, beliau sering ditugaskan untuk ke Jepun dan United Kingdom untuk memilih dan membeli kereta terpakai, dan beliau memilih untuk terus menguruskan perniagaan keluarga bagi membantu adik-adik yang masih di bangku persekolahan setelah bapa beliau meninggal dunia. Beliau turut memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ketika itu bagi memastikan adik-adiknya tidak ketinggalan di dalam pelajaran.

Ibu beliau merupakan penyeri rumah bagi keluarga besar Allahyarham Haji Yaakub yang hanya menumpukan sepenuh masa untuk menguruskan hal-hal rumah tangga dan membesarkan anak-anak.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan Datin Hajjah Wan Norizan binti Wan Ismail dan Datin Hajjah Noorul Ain binti Mohmad Nor dengan dikurniakan seramai 6 cahaya mata; 3 perempuan dan 3 lelaki

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ahmad Jazlan yang memiliki Diploma Keusahawanan (Level 4) dan Diploma Lanjutan Pengurusan Perniagaan sebelum meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di University of West Scotland dengan tesis yang bertajuk Strategic Orientation in adopting an open approach to innovation on business performanceː A study on rural development.

Walaupun di peringkat awal beliau tidak meneruskan pengajian demi menjaga adik-adiknya yang masih kecil untuk terus belajar serta menjadi ketua keluarga, beliau amat menitik berat akan hal pendidikan dan percaya hanya pendidikan mampu merubah masa depan seseorang dan akan menjadikan sesebuah negara itu maju. Falsafah hidup beliau antaranya, pendidikan tidak akan terhenti selagi kita bernafas.

Pengalaman Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan beliau, Ahmad Jazlan turut menjawat beberapa jawatan penting di dalam pentadbiran kerajaan, antaranya ː

2020 - 2021 Pengerusi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)[1][2][3]

2015 - 2018 Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)[4]

2015 - 2016 Pengerusi, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)[5]

2013 - 2016 Pengerusi, Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSN)[6]

2004 - 2007 Presiden, Kelantan FA (KAFA)[7]

Penglibatan Sosial / Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)[sunting | sunting sumber]

Ahmad Jazlan amat dekat dengan masyarakat, beliau turut dilantik oleh pertubuhan-pertubuhan untuk beberapa jawatan antaranya adalah ː

2018 - kini Penolong Kanan Pesuruhjaya Kehormat Jabatan Penjara Malaysia

2017 - kini Penolong Pesuruhjaya Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)    

2017 - 2018 Timbalan Menteri Mentor Universiti Malaysia Kelantan (UMK)    

2017 - 2018 Timbalan Menteri Mentor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)              

2016 - kini Penolong Pesuruhjaya Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)      

2016 - kini Pengerusi Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Machang    

2008 - kini Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Machang      

1996 - 2001 Pengerusi Majlis Sukan Daerah Machang                                                

1996 - 2001 Pengerusi Majlis Belia MAYC Daerah Machang

Penglibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Parti UMNO[sunting | sunting sumber]

Beliau mula terlibat di dalam landskap politik Malaysia seawal usia 25 tahun dengan menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan mula mendapat kepercayaan di usia 31 tahun di bahagian Machang. Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang sejak tahun 1995 sehingga kini adalah ː

2018 - kini Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan

2018 - kini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia

2008 - kini Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Machang

2014 - 2018 Timbalan Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan

2004 - 2008 Pemangku Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Machang  

2004 - 2004 Timbalan Ketua Bahagian, UMNO Bahagian Machang                                

1998 - 2001 Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan      

1997 - 1998 Setiausaha Pemuda Negeri, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan

1995 - 2001 Ketua Pemuda Bahagian, UMNO Bahagian Machang

Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Ahmad Jazlan pernah bertanding pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 di DUN Kemuning, Kelantan. Walau bagaimanapun, beliau tewas. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 pula, beliau telah dipilih bertanding di Parlimen Machang dan menang. Ahmad Jazlan mengekalkan kemenangan di Parlimen yang sama pada Pilihan raya umum Malaysia 2018.

Dewan Undangan Negeri Kelantan: N35 Kemuning, Kelantan
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
2008 Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO) 7,087 46.38% Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS) 8,003 52.37% 15,090 916 83.69%


Parlimen Malaysia: P029 Machang, Kelantan
Tahun Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
2013 Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO) 25,660 50.79% Dr Wan Zawawi Wan Ismail (PKR) 24,855 49.21% 50,515 805 86.70%
2018 Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO) 26,076 47.40% Dato' Sazmi Miah (BERSATU) 5,695 10.35% 55,023 2,824 82.35%
Zulkifli Mamat (PAS) 23,252 42.25%

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Jazlan telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) pada 6 Januari 2021 atas tanda penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas arahan Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.[8]

Anugerah dan Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan Akhbar[sunting | sunting sumber]

  1. Ucapan Ketua Bahagian Machang Perhimpunan Agung UMNO 2017 [1]
  2. Ahmad Jazlan rela lepas kerusi disandang kepada Pas [2]
  3. Ahmad Jazlan leaves it to party president on Umno reps in Cabinet [3]
  4. Former deputy minister Ahmad Jazlan replaces Bakke as MPOB chairman [4]
  5. UMNO Kelantan terima Tok Pa [5]
  6. UMNO tidak pupus – Ahmad Jazlan [6]
  7. Ahmad Jazlan retains Machang seat, PKR’s election petition dismissed [7]
  8. LKTN sasar 400 hektar tanam benih kenaf di Kedah dan Perlis [8]
  9. Ini adalah tsunami rakyat, kata Ahmad Jazlan [9]
  10. PRK Tanjung Piai mampu beri tekanan politik kepada PH - UMNO Kelantan [10]
  11. #HPU914: Janji kembalikan keharmonian rakyat, kemakmuran negara - Ahmad Jazlan [11]
  12. HPU terjemah perpaduan, bukan ancaman - Datuk Ahmad Jazlan [12] Diarkibkan 2019-09-23 di Wayback Machine
  13. HPU penyatuan Melayu terbesar dalam demografik politik tempatan [13]
  14. Rakyat mula percaya kesan penyatuan UMNO-Pas - Ahmad Jazlan [14]
  15. Kemenangan BN bukti ummah telah bangkit: Ahmad Jazlan [15]
  16. Kemenangan BN terjemahan kebangkitan rakyat [16]
  17. Keharmonian, kestabilan ekonomi hak rakyat [17]
  18. UMNO terus bangkit pejuang bangsa dan agama [18]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ NST Business (9 April 2020). "MPOB appoints Ahmad Jazlan as its chairman". New Straits Times. Dicapai pada 24 April 2020.
  2. ^ Arjuna Chandran Shankar (9 April 2020). "Former deputy minister Ahmad Jazlan replaces Bakke as MPOB chairman". The Edge Markets. Dicapai pada 24 April 2020.
  3. ^ Mohd Zaky Zainuddin (9 April 2020). "Ahmad Jazlan Pengerusi MPOB yang baharu". Berita Harian. Dicapai pada 24 April 2020.
  4. ^ "Rombakan Kabinet: 7 menteri, 9 timbalan menteri baharu dilantik". Astro Awani. 28 Julai 2015. Dicapai pada 24 April 2020.
  5. ^ "Ahmad Jazlan buat lawatan rasmi ke MPOB". BERNAMA. 10 April 2020. Dicapai pada 24 April 2020.
  6. ^ "MSN Kelantan minta ujian doping pada setiap kejohanan". Astro Awani. 27 Ogos 2013. Dicapai pada 24 April 2020.
  7. ^ "Presiden baru azam kembalikan kegemilangan The Red Warriors". Malaysiakini. 11 Julai 2019. Dicapai pada 24 April 2020.
  8. ^ Ahmad Jazlan letak jawatan Pengerusi MPOB