Rundingan Damai Haadyai 1989

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chin Peng dan Rashid Maidin semasa Rundingan Damai Hatyaai

Rundingan Damai Haadyai merupakan perjanjian damai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai. Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini mebawa kepada pembubaran dan perletakan senjara PKM.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Perjanjian damai bersejarah ini diadakan di Hotel Le Garden , Haadyai, selatan Thailand. Haadyai terletak berhampiran sempadan Malaysia dan Thailand. Perjanjian itu ditandatangani pada jam 11.30 pagi waktu Malaysia.

Seramai 400 perwakilan, pemerhati dan wartawan dari malaysia, Thailand dan seluruh dunia telah hadir. Hotel itu tidak terkawal ketat di bandar Haadyai, majlis tidak teratur, bising dan kelam-kabut dengan jurugambar dan para wartawan yang tidak lagi menghormati protokol tetapi berdiri membelakangi para tetamu kehormat yang sepatutnya menyaksikan peristiwa itu.

Majlis itu berderai dengan ketawa apabila seorang dua jurugambar jatuh tersungkur kerana pasu bunga yang dipijak oleh mereka untuk membuat sudut penggambaran menarik telah pecah dan memecahkan suasana yang sepatutnya hening dan tenang itu.

Sebab Perjanjian Damai berjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 28 dan 29 Diember 1955 Rundingan Baling telah diadakan antara PKM dengan Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri, Persekutuan Tanah Melayu.

Setelah empat kali kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand berunding dengan PKM akhirnya rundingan kelima berjaya diadakan .

Perjanjian Damai ini berjaya diadakan kerana ;

Perwakilan[sunting | sunting sumber]

PKM diwakili oleh :

Turut hadir ialah :

Isi Kandungan Perjanjian Damai[sunting | sunting sumber]

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

  • PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
  • Parti Komunis Malaya dibubarkan
  • Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
  • Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
  • Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
  • Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.

proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.

Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malayisia perlu mematuhi beberapa syarat seperti:

a. Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani; b. Mengemukakan butir-butir berkaitan dengan permohon; c. Menjalani proses temu duga serta dokumentasi

Kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis untuk pulang ke negara ini. Mereka diberi kebebasan memilih sama ada untuk pulang atau terus tinggal di Selatan Thailand.

Dengan pilihan tersebut, ternyata tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran untuk pulang ke Malaysia, malah ramai yang memilih untuk terus tinggal di Selatan Thailand.[1]

Pelaksanaan Perjanjian Haadyai[sunting | sunting sumber]

Selepas perjanjian tersebut dimeterai :

  • Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.
  • Di hutan Malaysia - Thailand terdapat 694 rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan 2 bekas anggota tentera Jepun.
  • Kerajaan Malaysia membenarkan 380 338 bekas anggota komunis untuk pulang ke Malaysia sepanjang tempoh tawaran sekali sahaja di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM).seramai 431 ahli PKM memohon pulang ke Malaysia. Tetapi 338 diluluskan dan 93 ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah daripada segi status kewarganegaraan.Nama mereka yang dibenarkan pulang tidak akan didedahkan demi keselamatan.[2]
  • Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]