6 Julai
Penampilan
(Dilencongkan daripada 6 Juli)
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
6 Julai merupakan hari ke-187 (hari ke-188 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 178 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Malawi (1964) dan di Comoros (1975)
- Hari Taraf Negara di Lithuania (1253).
- Hari Jan Hus di Republik Czech.
- Hari Kemerdekaan di Slovenia 1991.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1535 - Penentang Reformasi Protestan Thomas More dipancung kerana enggan menerima Henry VIII sebagai Ketua Tertinggi Gereja England.
- 1609 - Bohemia mendapat kebebasan beragama.
- 1785 - Dolar (gambar) dipilih sebulat suara sebagai unit mata wang Amerika Syarikat. Ini merupakan kali pertama sebuah negara menggunakan sistem mata wang perpuluhan.
- 1809 - Angkatan Perancis Napoleon menewaskan tentera Austria Archduke Charles dalam Pertempuran Wagram, konfrontasi muktamad Perang Gabungan Kelima.
- 1885 - Louis Pasteur dan Émile Roux berjaya menguji vaksinnya untuk penyakit anjing gila pada Joseph Meister.
- 1887 - Raja Kalākaua dari Kerajaan Hawaii dipaksa untuk menandatangani Perlembagaan Bayonet yang memberikan lebih banyak kuasa kepada Amerika Syarikat di Hawaii serta merampas hak-hak masyarakat kerajaan tersebut.
- 1892 - Pekerja keluli yang mogok bertempur dengan 300 orang ejen Pinkerton semasa Mogok Rumah Ladang (Homestead Strike), menyebabkan 10 orang maut dan berdozen lagi cedera.
- 1942 - Keluarga Anne Frank menyembunyikan diri di dalam "Ruang Tambahan Rahsia" yang terletak di atas pejabat ayahnya di sebuah gudang di Amsterdam.
- 1957 - Althea Gibson menjadi pemain tenis hitam pertama memenangi Kejohanan Wimbledon.
- 1957 - John Lennon dan Paul McCartney daripada The Beatles bertemu buat pertama kali.
- 1966 - Hastings Banda menjadi presiden pertama Malawi, tepat dua tahun selepas kemerdekaannya daripada United Kingdom.
- 1988 - Satu letupan dan kebakaran yang menyusul memusnahkan pelantar minyak Occidental Petroleum Piper Alpha di Laut Utara, membunuh 168 orang.
- 1991 - Perang Sepuluh Hari tamat, hasil kemenangan untuk Slovenia, manakala Yugoslavia tewas.
- 2008 - Perhimpunan anjuran Sekretariat Gabungan Memprotes Harga Minyak (PROTES) diadakan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, Selangor, Malaysia.
- 2011 - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengumumkan yang Pyeongchang, Korea Selatan, akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.
- 2013 - Qari Indonesia dan qariah Maghribi menjadi johan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 1434H.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1781 – Stamford Raffles, ahli politik Inggeris dan penakluk Singapura (meninggal 1826)
- 1785 – William Hooker, botanis dan cendekiawan Inggeris (meninggal 1865)
- 1789 – María Isabella dari Sepanyol (mangkat 1846)
- 1796 – Nikolai I dari Russia (mangkat 1855)[1]
- 1902 - Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin, Menteri Besar Kedah ke-3 (meninggal 1967)
- 1914 – Joe Shuster, pengilustrasi Kanada dan pencipta bersama watak Superman (meninggal 1992)
- 1914 – Rempo Urip, pengarah filem Indonesia
- 1920 – Owen Chamberlain, ahli fizik Amerika Syarikat dan pemenang Hadiah Nobel (meninggal 2006)
- 1921 - Nancy Reagan, pelakon dan aktivis Amerika Syarikat (meninggal 2016)[2]
- 1926 - Wojciech Jaruzelski, jeneral tentera dan Presiden Poland pertama (meninggal 2014)
- 1946 - George W. Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-43
- 1946 - Sylvester Stallone, pelakon dan pengarah filem Amerika Syarikat
- 1951 - Geoffrey Rush, pelakon Australia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1415 – Jan Hus, agamawan dan filsuf Czech (lahir 1369)[3]
- 1553 – Edward VI, Raja England dan Ireland (lahir 1537)
- 1904 – Abai Qunanbaiuly, penyajak Kazakh (lahir 1845)
- 1962 – William Faulkner, penulis Amerika Syarikat dan pemenang Hadiah Nobel (lahir 1897)
- 1971 - Louis Armstrong, seorang ahli muzik Amerika Syarikat (lahir 1901)
- 2009 – Robert McNamara, peniaga dan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (lahir 1916)
- 2018 – Shoko Asahara, pengasas kultus sesat Aum Shinrikyo (lahir 1955)[4]
- 2019 - João Gilberto, pemuzik Brazil (lahir 1931)[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ The British Imperial Calendar, on General Register of the United Kingdom of Great Britain and Ireland, and Its Colonies. Arthur Varenham. 1853. m/s. 93.
- ^ "Nancy Reagan > Her Life & Times". Ronald Reagan Presidential Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada October 24, 2006. Dicapai pada September 22, 2007.
- ^ Schaff, David Schley, John Huss: his life, teachings and death, after five hundred years, (Charles Scribner's Sons, 1915), p. 257
- ^ "Aum Shinrikyo: Japan executes cult leader Shoko Asahara". BBC News. July 6, 2018.
- ^ João Gilberto: Brazilian 'father of bossa nova' dies aged 88