Voice Note

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Voice Note
GenreDrama, misteri
Ditulis olehMarr Mohamed
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod4
Penerbitan
PenerbitHaji Fadzil Teh
Tempoh siaran41 minit
Syarikat penerbitan
Zee Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal29 April 2019 – 2 Mei 2019
Kronologi
MengikutiNur 2
Diikuti olehCari Aku Di Syurga

Voice Note (bahasa Melayu: Nota Suara) merupakan sebuah siri drama misteri thriler Malaysia 2019 arahan oleh Azmi Hatta dengan skrip oleh Marr Mohamed. Dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Shasha Abedul, Amelia Henderson dan Scha Elinnea. Siri ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 25 April hingga 2 Mei 2019 menggantikan Nur 2.[1][2][3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sara merasa sangat teruja pada hari pertama dia mendaftarkan diri sebagai pensyarah di Kolej Srivilla. Namun, sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam kolej itu, bulu romanya merinding. Dia merasakan sesuatu yang ganjil di dalam kolej itu. Dia mula tidak sedap hati.

Pada malamnya, Sara tiba-tiba menerima nota suaeadaripada pengirim misteri. Voice note tersebut berbunyi, “Hi, Madam Sara! Saya Mira. Selamat datang ke Kolej Srivilla. Semoga Madam dapat melindungi diri Madam daripada kejahatan mereka.” Sara terkedu dan kata-kata tersebut membuatkan Sara tidak dapat tidur malam dengan lena.

Keesokannya, Sara cuba mencari siapakah Mira dengan menelefon dan whatsapp nombor Mira tetapi tidak berjaya. Sehinggalah Sara menerima voice note terbaru daripada Mira yang mula bercerita mengenai kisahnya bersama dua orang lagi rakan kolejnya iaitu Ika dan Tasya dan mahu Sara merungkai misteri kematian kedua-dua kawan baiknya itu. Sara akhirnya mendengar kerana ingin tahu ada apa di sebalik kolej itu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Semasa penggambaran drama ini dijalankan, beberapa pelakon diminta melakonkan babak berunsur lucah dan intim. Bagaimanapun, adegan terlalu intim membabitkan Ikmal Amry dan Scha Elinnea dipotong kerana tidak melepasi proses penapisan.[4] Penerbit drama ini, Fadzil meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan pengarahnya, Azmi Hatta mewujudkan adegan lucah dalam drama ini sambil mengatakan Zeel Production tidak pernah mewujudkan adegan lucah untuk melariskan drama: "Sebagai penerbit, saya malu dan tak pernah 'menjual' adegan lucah mahupun seks untuk melariskan drama terbitan syarikat kami,".[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Voice Note My Info Taip (27 April 2019). Dicapai pada 27 April 2019.
  2. ^ Ganti fenomena drama Nur 2, Voice Note didakwa ciplak cerita Hollywood? Oh My Media (29 April 2019). Dicapai pada 23 Jun 2019.
  3. ^ Drama Voice Note lakonan Sharifah Sakinah dan Amelia Henderson InfoBergetar (27 April 2019). Dicapai pada 23 Jun 2019.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (2 Mei 2019). Pelakon Voice Note bimbang kena kecam Harian Metro. Dicapai pada 21 Mei 2019.
  5. ^ Syafil Syazwan Jefri (1 Mei 2019). Adegan lucah dalam Voice Note Harian Metro. Dicapai pada 21 Mei 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]