Antara Maghrib Dan Isyak
| Antara Maghrib Dan Isyak | |
|---|---|
| Genre |
|
| Ditulis oleh | Mazlan Manan |
| Pengarah | Emi Suffian |
Dibintangi oleh |
|
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 13 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
| Penerbit |
|
| Penyunting |
|
| Tempoh siaran | 39–42 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 |
| Format gambar | |
| Format audio | Stereo |
| Siaran asal | 13 September 2011 – 25 Oktober 2011 |
Antara Maghrib Dan Isyak ialah sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia 2011 arahan Emi Suffian, dibintangi Zalfie Raoul, Fathil Dani, Kazar, Muslee Ramly, Liza Abdullah, Suriati Abu Bakar, Catriona Ross, Aripah Damanhuri, Khaty Fauziah, Norseha, Bell Ngasri, Tam Suhaimi, Watie Sadali dan Ilya Buang.[1] Mengisahkan asam garam kehidupan keluarga berpoligami 4 lelaki dari pelbagai usia, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Senda Pagi TV3 bermula 13 September 2011 hingga 25 Oktober 2011.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Antara Maghrib dan Isyak mengisahkan dilema Yusri berusia 32 tahun yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun berkahwin dengan Anita. Yusri berasa kagum dengan Haji Seman, Ramlie dan Adman yang berpoligami.
Haji Seman (60 tahun) merupakan seorang suami yang sentiasa berusaha untuk berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Hasnah dan Rokiah. Rumah tangga beliau berada dalam keadaan harmoni dan jarang terjadi salah faham serta cemburu di antara kedua-dua isterinya, cuma mereka masih tidak dikurniakan anak setelah lama berkahwin.
Ramlie (50 tahun) pula menguruskan kedua-dua rumah tangganya dengan garang kerana dia tidak mahu memberi muka kepada isteri-isterinya, Salmah dan Suraya. Maka, rumah tangga Ramlie sentiasa tegang ditambah pula dengan sikap cemburu Salmah yang selalu mencari pasal dengan Suraya.
Berlainan pula dengan Adman, dia menangani konflik yang melanda kedua-dua rumah tangganya dengan pelbagai tipu muslihat. Adman sentiasa diburu perasaan bersalah kerana kebaikan isteri tuanya, Mazni. Mazni yang masak dengan perangai Adman yang suka berpeleseran membenarkan Adman berkahwin dengan Amelia apabila Adman memberitahunya secara jujur telah jatuh cinta pada Amelia. Ini menimbulkan rasa kurang senang hati isteri mudanya, Amelia apabila Adman sering berada di rumah Mazni.
Haji Seman sering menjadi tempat Ramlie dan Adman meminta nasihat. Kehebatan Ramlie dan Adman bercerita tentang kehidupan berpoligami telah menarik perhatian Yusri. Dalam diam-diam, Yusri memasang niat untuk berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan isterinya. Bagaimanapun, tindakan Yusri telah menimbulkan pelbagai masalah terutama dalam membahagikan masa untuk isteri mudanya, Nurain. Yusri hanya berkesempatan menemui isteri mudanya di antara waktu Maghrib dengan Isyak dengan memberi alasan untuk berjemaah di masjid.
Manakala Adman dan Ramlie yang bosan dengan kehidupan mereka yang tidak pernah aman, berhasrat untuk menambah lagi bilangan isteri masing-masing. Bagaimanapun hasrat Adman dan Ramlie serta perkahwinan rahsia Yusri terbongkar juga dan menimbulkan keributan dalam keluarga masing-masing. Dalam kekecohan tersebut, mereka terkesima apabila heboh memperkatakan kedua-dua isteri Haji Seman telah meminang seorang balu untuk dijadikan isteri ketiga Haji Seman.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Kazar Saisi sebagai Ramlie
- Liza Abdullah sebagai Salmah (Isteri pertama Ramlie)
- Tam Suhaimi sebagai Tam (Anak Ramlie & Salmah)
- Catriona Ross sebagai Suraya (Isteri kedua Ramlie)
- Liza Abdullah sebagai Salmah (Isteri pertama Ramlie)
- Zalfie Muhamad Nor sebagai Yusri
- Suriati Abu Bakar sebagai Anita (Isteri pertama Yusri)
- Livonia Ricky sebagai Nurain (Isteri kedua Yusri)
- Fathil Dani sebagai Haji Seman
- Aripah Damanhuri sebagai Hasnah (Isteri pertama Haji Seman)
- Khaty Fauziah sebagai Rokiah (Isteri kedua Haji Seman)
- Musly Ramlee sebagai Adman
- Norseha Hameed sebagai Mazni (Isteri pertama Adman)
- Bell Ngasri sebagai Aidil (Anak Adman & Mazni #1)
- Shazrin Shazwan Abdullah sebagai Hasrul (Anak Adman & Mazni #2)
- Watie Sadali sebagai Amelia (Isteri kedua Adman)
- Norseha Hameed sebagai Mazni (Isteri pertama Adman)
- Nur Jannah
- Shasha Al Khred
- Ilya Buang sebagai Salim
- Halimatussadiah
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Drama Komedi Antara Maghrib Dan Isyak". Budiey. 5 September 2011.
- ↑ Antara Maghrib Dan Isyak (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 26 Februari 2019.