Daerah Beluran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Daerah Labuk Sugut)
Daerah Beluran
Pemandangan Pekan Beluran dari Bukit Balai Polis
Pemandangan Pekan Beluran dari Bukit Balai Polis
Bendera Daerah Beluran
Jata Daerah Beluran
Etimologi: Bukit
Nama panggilan: Labuk Sugut
Lokasi Daerah Beluran
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Sandakan
Pusat PentadbiranPekan Beluran
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Beluran
 • Pegawai daerahRoger Appolonius
 • MPRonald Kiandee (PN-PPBM) (Beluran)
Keluasan
 • Jumlah5,782 km2 (2,232 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah77,125
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Daerah KecilDaerah Kecil Paitan
Nombor platSS (1980-2018)
SM (2018-)
SK
Laman sesawangmdbeluran.sabah.gov.my/index.php

Daerah Beluran merupakan sebuah daerah yang terletak di utara Bahagian Sandakan, Sabah, Malaysia. Daerah ini juga merupakan daerah keenam terbesar di Sabah dengan keluasan lebih 5,000 kilometer persegi.[1] Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Beluran dan antara pekan lain termasuklah Pekan Paitan. Daerah Beluran sebelum ini dikenali sebagai Daerah Labuk Sugut.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama Beluran diambil sempena nama sebuah bukit, iaitu dalam bahasa Dusun Labuk, Sungai dan Tidong disebut "Buludan" Pertukaran nama terjadi akibat daripada salah sebutan dan ejaan dalam surat menyurat oleh orang Inggeris yang tidak fasih menyebut perkataan dalam bahasa tempatan menyebabkan nama Buludan bertukar kepada Beluran dan kekal sehingga kini.[1]

Deretan Kedai di Pekan Beluran

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Beluran, dahulunya dikenali sebagai Daerah Labuk-Sugut dan telah wujud sejak awal pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British, menjadikannya antara daerah yang terawal di negeri Sabah. Pejabat Daerah Beluran telah ditubuhkan seawal tahun 1916, namun semua rekod dan data berkenaan telah musnah akibat Perang Dunia Kedua. Klagan merupakan pusat pentadbiran Daerah Labuk Sugut yang pertama, tetapi kerana kawasan tersebut sering dilanda banjir, pemerintah British telah memindahkan pusat pentadbiran ke kaki bukit Beluran.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Beluran terletak di timur Bahagian Sandakan, bersempadan dengan Laut Sulu di timur, Daerah Sandakan di tenggara, Daerah Telupid di barat daya, Daerah Ranau di barat, Daerah Kota Marudu di barat laut dan Daerah Pitas di utara. Bentuk muka bumi daerah ini di bahagian barat merupakan unjuran Banjaran Crocker yang membentuk dataran tinggi dan berbukit manakala di bahagian timur merupakan dataran rendah, sebahagiannya membentuk hutan paya bakau di pesisir pantai dan muara sungai.

Antara sungaiutama yang menelusuri sekitar daerah Beluran termasuklah:-

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Beluran dan Daerah Kecil Paitan terletak dibawah pentadbiran Majlis Daerah Beluran, merangkumi kawasan seluas 5,498 kilometer persegi dan mempunyai dua kawasan utama iaitu Pekan Beluran seluas 3,840 ekar dan Pekan Kecil Paitan dengan keluasan 750 ekar. Daerah Beluran juga merangkumi 10 buah mukim yang terdiri daripada 131 buah kampung.

Berikut merupakan senarai mukim di daerah Beluran;

  • Mukim Tetabuan
  • Mukim Klagan
  • Mukim Kolapis
  • Mukim Sapi
  • Mukim Nangoh
  • Mukim Pamol
  • Mukim Sungai-Sungai
  • Mukim Lingkabau
  • Mukim Tangkarason
  • Mukim Jambongan

Politik[sunting | sunting sumber]

Daerah Beluran merangkumi Parlimen Beluran dalam perwakilan Dewan Rakyat manakala dalam perwakilan Dewan Undangan Negeri Sabah, daerah Beluran merangkumi DUN Labuk dan Sugut.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
200058,393—    
201067,242+15.2%
202077,125+14.7%
Sumber: [2]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Beluran ialah seramai 77,125 orang dengan kepadatan penduduk 15 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[3] Majoriti penduduk di daerah Beluran merupakan Bumiputera termasuklah etnik Orang Sungai, Tidung, Suluk, Bajau, Kadazandusun, Rungus, Dumpas, dan Melayu.[1][4]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 2,362
Bumiputera lain 40,569
Cina 249
India 41
Lain-lain 502
Bukan warganegara - 33,402
Jumlah 77,125

Agama[sunting | sunting sumber]

Di daerah Beluran, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 82 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 16 peratus. Agama Buddha, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[4]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "LATAR BELAKANG DAERAH BELURAN". Majlis Daerah Beluran. Dicapai pada 15 April 2024.
  2. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  3. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  4. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
Masjid Pekan Beluran

Pautan luar[sunting | sunting sumber]