Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour
Jelajah Asia oleh Siti Nurhaliza
Lokasi
Tempat
Tarikh mula21 Februari 2019
Tarikh tamat16 Mac 2019
Jumlah persembahan3
Kehadiran
  • 3,000 (Indonesia)
  • 4,500 (Singapura)
  • 10,000 (Malaysia)
BelanjawanRM 10 juta
Kronologi konsert Siti Nurhaliza

Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour ialah konsert jelajah Asia oleh penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza. Konsert ini diadakan pada 21 Februari hingga 16 Mac, 2019 bagi meraikan ulang tahun ke-24 penglibatan Siti di dunia seni suara tanah air.[1] Dengan kos perbelanjaan yang dianggarkan kira-kira bernilai RM10 juta, Siti Nurhaliza On Tour diuar-uarkan sebagai konsert paling termahal dalam sejarah hiburan Malaysia.[2] Siti bercadang untuk memulakan konsertnya di London yang dijadualkan pada bulan April.[3][4]

Konsert ini ialah konsert secara langsung Siti yang pertama dalam tempoh tiga tahun sejak konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends yang diadakan pada 2016.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Konsert ini diumumkan oleh Siti semasa sidang akhbar konsert pada 18 Disember 2018. Beliau mendedahkan bahawa penganjur, Projek Shiraz menerima sebarang penajaan secara terbuka kepada mana-mana pihak untuk konsertnya, yang dijangka melawat empat negara menjelang 2019.[5] Beliau mengulas: "Saya bersyukur kerana pihak penganjur Shiraz Projects, telah mengatur sesi latihan vokal dari yang terbaik. Selalu ada ruang untuk penambahbaikan dalam apa-apa yang anda lakukan, walaupun anda telah melakukannya untuk tempoh yang lama,".[6]

Tarikh jelajah[sunting | sunting sumber]

Tarikh Bandar Negara Lokasi Kehadiran
Asia
21 Februari 2019 Jakarta Indonesia Istora Senayan[7] 3,000[8]
2 Mac 2019 Singapura Singapura Singapore Expo 4,500[9]
16 Mac 2019 Kuala Lumpur Malaysia Arena Axiata 12,000[10]

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Izwan Mohd Isa (2 Mac 2019). "Magis panggung Siti Nurhaliza". Kosmo!. Dicapai 19 Mac 2019. 
  2. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (23 Disember 2018). "Konsert Siti RM10 juta". Harian Metro. Dicapai 18 Mac 2019. 
  3. ^ Joe Lee (18 Mac 2019). "Waiting game for Siti Nurhaliza's London concert". The Malay Mail. Dicapai 19 Mac 2019. 
  4. ^ Syahirah Mokhtazar (18 Mac 2019). "#Showbiz: Siti's concert in Royal Albert Hall still in limbo". New Straits Times. Dicapai 19 Mac 2019. 
  5. ^ "'Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour' bakal gegar empat negara". Utusan Borneo. 20 Disember 2018. Dicapai 19 Mac 2019. 
  6. ^ Syahirah Mokhtazar (1 Februari 2019). "#Showbiz: Siti's going for a regional tour". New Straits Times. Dicapai 18 Mac 2019. 
  7. ^ "Jelajah Siti Nurhaliza on Tour bermula di Jakarta". Astro Awani. 21 Februari 2019. Dicapai 19 Mac 2019. 
  8. ^ Izwan Mohd Isa (22 Februari 2019). "Siti Nurhaliza puas hati konsert di Jakarta". Kosmo!. Dicapai 19 Mac 2019. 
  9. ^ Nurulkhasanah Agost (21 Februari 2019). "Dengan sekitar 4,500 penonton konsert Siti Nurhaliza di Singapura lebih besar daripada di Jakarta". Berita Mediacorp. Dicapai 19 Mac 2019. 
  10. ^ "4,500 penonton penuhi Axiata Arena, bukti Siti Nurhaliza belum hilang bisa". XTRA. 17 March 2019. Dicapai 18 March 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]