Tahajjud Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai album Siti Nurhaliza. Untuk siri TV yang disiarkan di TV3 dengan judul sama, sila lihat Tahajjud Cinta (siri TV).
Tahajjud Cinta
Album studio oleh Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada9 September 2009
Dirakam padaJanuari-Ogos 2009
GenreKerohanian
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
PenerbitDato' Siti Nurhaliza, Audi Mok, Eddie Marzuki, Tya Subkiato
Kronologi Siti Nurhaliza
Lentera Timur
(2008)
Tahajjud Cinta
(2009)
CTKD
(2009)
Single daripada album Tahajjud Cinta
  1. "Ketika Cinta"
    Dikeluarkan pada: 2008
  2. "Batasku Asaku"
    Dikeluarkan pada: 2008
  3. "Ku Percaya Ada Cinta"
    Dikeluarkan pada: 2009 [1]

Tahajjud Cinta ialah album ke-14 oleh Datuk Siti Nurhaliza dan album pertamanya yang boleh dikategorikan sebagai album kerohanian atau keagamaan. Album yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions ini mula dipasarkan pada 9 September 2009 semasa bulan Ramadhan. Siti Nurhaliza merasakan amat tepat album ini dilancarkan pada bulan Ramadhan yang berkat kerana ia bertepatan dengan konsep atau mesej kerohanian yang disampaikan menerusi album tersebut. Tidak banyak artis yang menampilkan sebuah album yang bermesejkan kerohanian[2] selain album yang dinyanyikan oleh artis atau kumpulan nasyid. Album ini telah terjual melebihi 5,000 unit, di mana jualan album Siti Nurhaliza dilihat menurun berbanding 10,000 unit bagi album yang sebelumnya. Album yang diedarkan oleh Suria Records ini dijual dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 29.90.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang penyanyi, Siti Nurhaliza telahpun muncul dengan album pop dan tradisional sebelum ini dan kini beliau membuat cubaan pertama menghasilkan sebuah album pop yang keseluruhan mesej atau liriknya ke arah kerohanian. Album yang diterbitkan oleh Eddie Marzuki, Audi Mok, Dato’ Siti Nurhaliza dan Tya Subiakto ini memuatkan 8 buah lagu.

Dalam album ini, Siti Nurhaliza menyanyikan kembali lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan iaitu 'Ya Rasulullah' dalam versi yang telah digubah semula kerana merasakan lagu tersebut amat menyentuh perasaannya sewaktu mendendangkan lagu itu dalam teater Sirah Junjungan di Istana Budaya tidak lama dahulu. Lagu 'Ketika Cinta' adalah lagu asal penyanyi dakwah Indonesia, Opick telah dirakamkan semula dengan susunan muzik baru dan lagu itu juga menjadi lagu tema filem Indonesia `Perempuan Berkalung Sorban’. Lagu 'Pintu Rindu' (asal lagu Arab yang telah dibuat lirik bahasa Melayu) dan 'Selawat' juga dimuatkan dalam album ini kerana ia mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi melodi dan mesejnya.[3]

Manakala lagu ciptaan baru yang dihasilkan dalam album ini ialah Asma Ul Husna, Tahajjud Cinta, Ku Percaya Ada Cinta dan Batasku Asaku.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Asma Ul Husna"  Erma FatimaErma Fatima 6:00
2. "Pintu Rindu"  Hairul Anuar HarunHairul Anuar Harun 4:58
3. "Tahajjud Cinta"  Hairul Anuar HarunErma Fatima 5:12
4. "Batasku Asaku"  Attan HardilasDato' Siti Nurhaliza 4:10
5. "Ku Percaya Ada Cinta"  Habsah HassanAudi Mok 4:36
6. "Ya Rasulullah"  Abu Bakar Mohd YatimAbu Bakar Mohd Yatim 4:55
7. "Ketika Cinta"  OpickOpick 4:03
8. "Selawat"     4:43

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2009

Ketika Cinta

- - - -

Ku Percaya Ada Cinta

4 1 1 -

Batasku Asaku

- - - -

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Siti Komen Tentang KD, Tahajjud Cinta". Dicapai 29 September 2009. 
  2. ^ "Tahajjud Cinta". Dicapai 28 September 2009. 
  3. ^ "Tahajjud Cinta Dato' Siti Nurhaliza". Dicapai 28 September 2009. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]