Senarai konsert jelajah Siti Nurhaliza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Siti Nurhaliza di konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends pada 2016.

Siti Nurhaliza merupakan penyanyi wanita Malaysia. Beliau telah mengadakan sebanyak 16 konsert utama di Malaysia. Konsert solo pertamanya, Konsert Live Siti Nurhaliza diadakan pada 30 Oktober 1999 di Stadium Putra, Bukit Jalil.[1] Beliau sekali lagi menggegarkan Stadium Putra menerusi konsert solo keduanya Konsert Mega Siti Nurhaliza pada 30 Jun 2001.[2] Pada Mei dan Jun 2002, beliau mengadakan konsert penghargaan untuk Allahyarham Sudirman Arshad sempena ulangtahun ke-10 kematiannya, Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir di Istana Budaya.[3]

Beliau juga menjayakan konsert di Singapura, Indonesia, dan England. Pada 2005, beliau terbang ke London, England untuk menjayakan konsertnya Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London yang berlangsung pada 1 April 2005 di Royal Albert Hall.[4] Pada 2009, konsert jelajah keduanya, SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza diadakan selama tiga hari pada Jun 2009 bagi mempromosikan album ke-13 beliau, Lentera Timur yang dilancarkan setahun sebelumnya, sekaligus menjadi konsert teater pertama yang dijayakan oleh Siti.[5]

Pada 2014, Datuk Siti mengadakan konsert amalnya, Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is pada 7 dan 8 Februari yang bertujuan bagi mengumpul dana untuk Yayasan Nurjiwa bagi membantu mereka yang memerlukan.[6][7][8][9] Mencari cabaran selanjutnya, konsert unplugged beliau yang diadakan pada 7 April 2015 menandakan penglibatan beliau dalam industri muzik Malaysia selama 20 tahun sejak memenangi Bintang HMI pada 1995.[10][11][12] Konsert ini mendapat maklumbalas positif dari pengulas yang rata-ratanya memuji persembahan vokal beliau.[13]

Konsert terkenal[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Tempoh Persembahan
1999 Konsert Live Siti Nurhaliza 30 Oktober 1999 1
Konsert Live Siti Nurhaliza merupakan konsert solo pertamanya yang diadakan pada 30 Oktober 1999 di Stadium Putra Bukit Jalil. Siti mempersembahkan 26 buah lagu, termasuk tribute buat Sudirman Haji Arshad. Konsert yang memakan masa dua jam ini mendapat tajaan dari Pepsi, berikutan Siti merupakan jurucakap untuk Pepsi ketika itu.
2001 Konsert Mega Siti Nurhaliza 30 Jun 2001 1
Konsert Mega Siti Nurhaliza merupakan merupakan konsert berskala besar Siti yang pertama. Ia diadakan enam bulan selepas beliau melancarkan album studio ketujuhnya, Safa.  Bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Siti mempersembahkan 32 buah lagu. Konsert ini mendapat liputan media, dan mendapat kritikan positif dari pelbagai pihak. Jualan tiket juga dikatakan amat laku, sekaligus membuktikan bahawa konsert Siti merupakan antara konsert yang paling berjaya di Malaysia.
2002 Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir 30 Mei 2002 - 2 Jun 2002 4
Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir diadakan selama lima hari berturut-turut di Istana Budaya dan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Koir Kebangsaan Malaysia. Ia juga merupakan konsert Siti yang pertama yang diadakan di Istana Budaya dan konsert penghargaan pertama beliau bagi memberi penghormatan kepada Penghibur No. 1 Asia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
2004 Siti Nurhaliza Live In Concert 2004 20 Jun - 21 Ogos 2004 
Siti Nurhaliza Live In Concert 2004 merupakan konsert jelajah Siti yang pertama. Beliau telah menjelajah 15 buah lokasi di seluruh Malaysia, dan setiap lokasi merupakan satu kejayaan besar. Siti Nurhaliza Fantasia Tour merupakan siri jelajah konsert bersama bintang-bintang Akademi Fantasia 1 & 2.[14]
2005 Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London 1 April 2005 1
Pada 1 April 2005, Siti Nurhaliza terbang ke London, England untuk membuat persembahan di pentas antarabangsa di Royal Albert Hall. Repertoire bagi konsert ini telah digubah sepenuhnya oleh Roslan Aziz dan diterjemahkan di dalam rentak jazz, bersesuaian dengan lenggok suara Siti dan dihoskan oleh Mahadzir Lokman, dan dihadiri oleh tokoh-tokoh negara.[15]
2009 SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza 26 - 28 Jun 2009 3
SATU merupakan konsert jelajah Siti yang kedua dan konsert teater pertama bagi mempromosikan album studio ke-13 beliau, Lentera Timur dan sempena Hari Bapa pada 21 Jun.
2013 Siti Nurhaliza in Symphony 5 - 7 Julai 2013 3
Diadakan selama tiga malam berturut-turut pada Julai 2013 di Dewan Filharmonik Petronas, Siti Nurhaliza in Symphony merupakan konsert solo pertama yang akan disokong sepenuhnya oleh 80 pemuzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO). Konsert itu menandakan penglibatan beliau di industri muzik Malaysia selama hampir 18 tahun dengan lebih daripada 20 album, di mana kebanyakan lagu-lagu yang telah dipersembahkan telah diambil dari album solo dan beberapa lagu beliau sebagai penghargaan kepada penyanyi dan artis Malaysia yang telah memberikan inspirasi kepada beliau.[16][17][18][19][20]
2013 Konsert Lentera Timur 20 - 24 September 2013 5
Diadakan selama empat malam bukan berturut-turut pada September 2013 di Istana Budaya, Konsert Lentera Timur merupakan konsert pertama yang mana lagu dalam yang dipersembahkan sebahagian besarnya didorong oleh genre muzik Melayu dan rakyat tradisional. Terdapat banyak lagu-lagu telah diambil atau diperolehi dari empat album tradisional solo beliau: Cindai (1997), Sahmura (2000), Sanggar Mustika (2002) dan Lentera Timur (2008). Sepanjang konsert selama empat malam, beliau menyampikan lebih daripada 30 lagu dan disokong oleh 40 pemuzik dari Orkestra Tradisional Malaysia (OTM). Muzik sokongan termasuk percantuman bunyi dari alat muzik tradisional yang berbeza, termasuk rentetan dan perkusi yang sinonim dengan budaya berbilang bangsa di Malaysia - RebanaErhuSitar dan Sapeh.[21][22][23]
2014 Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is 7 - 8 Februari 2014 2
Datuk Siti Nurhaliza telah mengumumkan secara rasmi mengenai konsert amalnya pada satu sidang media yang diadakan pada 6 Januari 2014 jam 3 petang di ibu pejabat SimplySiti.[24] Konsert ini diadakan pada 7 dan 8 Februari 2014 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada jam 8 malam. Yayasan Nurjiwa merupakan penganjur utama konsert ini dengan kolaborasi padu bersama Siti Nurhaliza Productions dan juga SimplySiti, dengan Aubrey Suwito sebagai pengarah konsert.[25]
2015 Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 7 April 2015 1
Pada 7 April 2015, konsert unplugged Siti mempersembahkan hampir tiga puluh lagu dan lebih daripada dua puluh lagu digubah dan disusun kepada sepuluh medley. Konsert itu juga menjadi platform bagi Siti untuk menyanyikan setiap lagu dari album ke-16 beliau, Fragmen yang dilancarkan pada 29 Jun 2014.
2015 Konsert Satu Suara, Vol. 2 7 - 8 Februari 2015 2
Menerusi Konsert Satu Suara Vol. 2, Siti Nurhaliza diiringi oleh penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang, dan penyanyi Singapura Datuk Ramli Sarip.[26] Konsert itu merupakan kesinambungan daripada projek konsert beliau, Konsert Satu Suara yang diadakan pada 2010. Tidak seperti kesinambungan konsert itu sebelum ini di mana beliau dan syarikatnya berkhidmat sebagai artis jemputan dan penganjur.[27]
2016 Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert 2 April 2016 1
Ditaja oleh Celcom dan Yonder Music, Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert telah diadakan pada 2 April 2016 di Stadium Negara, Bukit Jalil dan beliau disokong dan diiringi oleh lima penyanyi Malaysia dan tiga penyanyi Indonesia.[28][29][30] Konsert ini mempunyai tiga segmen utama. Segmen pertama menyaksikan beliau mempersembahkan lagu-lagu beliau sebagai "unplugged" manakala yang kedua menampilkan live band dan ketiga ialah persembahan orkestra.[31][31][32]
2019 Dato' Seri Siti Nurhaliza On Tour 21 Februari 2019

2 Mac 2019

16 Mac 2019

3
Konsert jelajah yang dianjurkan oleh Shiraz Project merupakan konsert jelajah Siti Nurhaliza yang pertama seumpamanya melibatkan tiga lokasi iaitu lokasi pertama Jakarta, Indonesia iaitu pada 21 Februari 2019 di Istora Senayan, Jakarta; di Singapore Expo, Singapura pada 2 Mac 2019 dan lokasi kemuncak Kuala Lumpur, di Axiata Arena pada 16 Mac 2019. Konsert jelajah ini memakan belanja RM10 juta keseluruhannya[33] dan merupakan konsert termahal sepanjang penganjuran konsert industri hiburan di Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Siti Nurhaliza... pamer kehebatan beraksi di konsert". Utusan Malaysia Online. November 1, 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-18. Dicapai pada 2010-09-13.
  2. ^ Siti Nurhaliza -- Konsert Mega ketiga Jun Diarkibkan 2016-08-21 di Wayback Machine Utusan Malaysia (19 April 2001). Diperoleh pada 7 Julai 2016.
  3. ^ "Siti Nurhaliza -- Konsert kenang Sudirman". Utusan Malaysia. 21 Februari 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 2016-07-07.
  4. ^ Siti all set for London show New Straits Time (14 Januari 2005). Digital Collections DC5: Text Archive. Diperoleh pada 31 Julai 2010.
  5. ^ Siti Azira Abdul Aziz (20 Mei 2009). "Konsert eksklusif 'SATU' Siti Nurhaliza di IB!". The Star (Malaysia). mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-04. Dicapai pada 20 Mei 2015.
  6. ^ "Dato' Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is". Galaksi Media. 2014-01-10. Dicapai pada 2017-02-10.
  7. ^ ""WHERE THE HEART IS" Kerja Amal DATO' SITI NURHALIZA". Galaksi Media. 2014-02-09. Dicapai pada 2017-02-10.
  8. ^ "Siti Nurhaliza impi kisah hidup dalam teater muzikal". Astro Awani. 2014-02-10. Dicapai pada 2017-02-10.
  9. ^ "Dato Siti Nurhaliza - Konsert Amal Ekslusif "Where The Heart Is"". Yanty Lee. 2014-01-07. Dicapai pada 2017-02-11.
  10. ^ Budiey (20 March 2015). "Konsert Unplugged Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya". Budiey.com. Dicapai pada 16 April 2015.
  11. ^ Nurfarhana Mohamed (10 April 2015). "Satu malam, 20 tahun". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 16 April 2015.
  12. ^ Syanty Octavia Amry (9 April 2015). "Konsert unplugged tercapai". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 16 April 2015.
  13. ^ Izzat Mohd Anuar (8 April 2015). "Konsert Unplugged 2015 Bukti Keampuhan Vokal Siti Nurhaliza". MyNewsHub.cc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 18 April 2015.
  14. ^ Khadijah Ibrahim (13 Ogos 2004). "Siti Nurhaliza - Ingin catat sejarah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-29. Dicapai pada 2016-07-10.
  15. ^ "Siti displays true star power in London". The Star Online. Dicapai pada 2005-04-08.
  16. ^ Syazwan Zakariah (2013-07-06). "Suara Siti 'instrumen' terbaik dalam konsert MPO". Astro Awani. Dicapai pada 1 November 2013.
  17. ^ Sultan Muzaffar (2012-07-16). "Siti Nurhaliza Ke Dewan Filharmonik Petronas?". Gua.com.my. Dicapai pada 1 November 2013.
  18. ^ Farihad Shalla Mahmud (2013-07-08). "Siti Unggul di DFP". Berita Harian. Dicapai pada 1 November 2013.
  19. ^ Azhariah Kamin (2013-07-11). "Utterly bewitching". The Star. Dicapai pada 2014-01-07.
  20. ^ Nur Aqidah Azizi (2013-07-12). "Siti hits the high notes". New Straits Times. Dicapai pada 2014-01-07.
  21. ^ Norhidayyu Zainal (22 September 2013). "Konsert Lentera: Siti tetap memukau!". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-07. Dicapai pada 2013-10-01.
  22. ^ Norhadiani Baharom (23 September 2013). "Lentera Timur Cerminan Budaya". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-20. Dicapai pada 2013-10-01.
  23. ^ Roni Hidayat Ridwan (2 September 2013). "Konsert irama tradisional sulung Siti Nurhaliza". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-06. Dicapai pada 2013-10-01.
  24. ^ "KONSERT AMAL DATO' SITI NURHALIZA LIVE IN KLCC KUMPUL DANA BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN". Media Hiburan. 2014-01-07. Dicapai pada 2017-02-10.[pautan mati kekal]
  25. ^ "Legasi Siti, Kehebatan Audrey". KKBox. 2014-03-25. Dicapai pada 2017-02-07.
  26. ^ Dennis Chua (6 Oktober 2015). "Siti Nurhaliza to sing with Papa Rock and Hetty Koes Endang" [Siti Nurhaliza menyanyi bersama Papa Rock dan Hetty Koes Endang]. New Straits Times. Dicapai pada 2015-11-22.
  27. ^ Zaidi Mohamad (5 Oktober 2015). "Siti Nurhaliza gabung tenaga dengan Hetty Koes Endang, Ramli Sarip". Berita Harian. Dicapai pada 22 November 2015.
  28. ^ Budiey Isma (2 Mac 2016). "Konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends di Stadium Negara". Budiey.com. Dicapai pada 2016-03-18.
  29. ^ Shazryn Mohd. Faizal (22 Januari 2016). "Ada kejutan besar menanti peminat Siti Nurhaliza". The Rakyat Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-17. Dicapai pada 2016-03-14.
  30. ^ Kemalia Othman (21 Januari 2016). "Siti Nurhaliza Bikin Konsert Terakhir Sebelum Cuti Panjang". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-26. Dicapai pada 2016-03-14.
  31. ^ a b Bissme S. (6 April 2016). "Siti at her best". The Sun. Dicapai pada 10 April 2016.
  32. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (3 April 2016). "Siti Nurhaliza gave her fans a night to remember". New Straits Times. Dicapai pada 10 April 2016.
  33. ^ "Konsert Siti RM10 juta". Harian Metro. Dicapai 18 Mac 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]