Hadiah Daripada Hati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hadiah Daripada Hati
Album studio oleh Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada 10 Disember, 2007[1]
Genre Pop
Masa 47:52
Syarikat SNP
Penerbit Dato' Siti Nurhaliza
Aubrey Suwito
Audi Mok
Jenny Chin
Greg Henderson
Sharon Paul
Azlan Abu Hassan
Kronologi Siti Nurhaliza
Transkripsi
(2006)
Hadiah Daripada Hati
(2007)
Lentera Timur
(2008)
Single daripada album Hadiah Daripada Hati
  1. "Ku Mahu"
    Dikeluarkan pada: 2007
  2. "Melawan Kesepian"
    Dikeluarkan pada: 2007
  3. "Cintamu"
    Dikeluarkan pada: 2007
  4. "Wanita"
    Dikeluarkan pada: 2008

Hadiah Daripada Hati adalah album studio ke-12 Siti Nurhaliza yang memuatkan 11 buah lagu ciptaan dari komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancarkan pada awal Disember 2007. Hadiah Daripada Hati juga merupakan album studio Siti yang kedua diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album ini telah terjual melebihi 15,000 unit.

Antara yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Audi Mok, Aubrey Suwito, Azlan Abu Hassan, Pongky, Cynthia, Taufik, Fahmi dan Dick Lee. Single pertama adalah Ku Mahu, dan single kedua adalah Melawan Kesepian ciptaan Pongky.[2]

Sesuatu yang gembira mahu Siti khabarkan kepada anda semua adalah mengenai album baru Siti yang sudahpun ada judulnya iaitu "Hadiah Daripada Hati". Album ini sudah 80 peratus siap pembikinannya dan akan dipasarkan awal Disember ini. Doakan segalanya berjalan dengan baik dan album ini dapat menambat hati anda. Siti telah berusaha memberikan yang semampunya daripada Siti dan terpulanglah kepada anda untuk menilainya nanti. Ada gabungan komposer lama dan baru, komposer dalam dan luar negara. Ada pelbagai rentak lagu, ada kelainan yang diperbuat daripada nyanyian dan komposisi dan maksud lirik yang pelbagai. Semoga anda bersedia menerima kehadiran "Hadiah Daripada Hati" dengan hati yang lapang.

—Siti Nurhaliza, www.sitizone.com

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Siti dilaporkan berkata beliau telah mengumpul bahan-bahan baru untuk album barunya, yang sebelum ini didakwa berkonsepkan tradisional, namun dek kerana kekurangan bahan beliau teruskan sahaja dengan menghasilkan lagi album yang berkonsepkan pop. Juga terlapor bahawa Siti sudah memulakan rakaman semenjak bulan Ramadhan.

Siti telah mengesahkan "Ku Mahu" sebagai single pertama. Sebelum pelancaran single pertama, "Hati" telah dikeluarkan pada bulan September 2007 sebagai runut bunyi filem 1957: Hati Malaya. "Mulanya Cinta", runut yang ketiga dari album, muncul dalam pementasan teater P. Ramlee: The Musical yang merupakan satu penghormatan kepada pelakon legenda Tan Sri P. Ramlee. "Melawan Kesepian" dipilih sebagai single kedua. Dan dalam beberapa minggu sebelum Anugerah Industri Muzik ke-15, Siti memilih untuk melancarkan single ketiga, "Cintamu". Lagu ini memenangi Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu, mengalahkan dua lagu-lagu beliau yang lain "Hati" dan "Sekian Lama". Keempat yang dipercayai menjadi single terakhir dari album ini ialah "Wanita".

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Lirik Gubahan Masa
1. "Ku Mahu"   Rina Khan Audi Mok 3:13
2. "Melawan Kesepian"   Pongky Barata Pongky Barata 4:34
3. "Mulanya Cinta"   Adlin Aman Ramly Dick Lee 4:51
4. "Tanpa Kalian"   Taufik, Dato Siti Nurhaliza Taufik 4:31
5. "Biarkan"   Azalea Azlan Abu Hassan 3:50
6. "Kerana Dirimu"   Cynthia Lamusu Cynthia Lamusu 5:28
7. "Hati"   Shuhaimi Baba Sharon Paul 4:19
8. "Wanita"   Shanty Ramadani, Dato Siti Nurhaliza Muhamad Fahmi 4:25
9. "Cintamu"   Ahmad Fedtri Yahya Sharon Paul 4:47
10. "Sutramaya"   Tinta S. Aubrey Suwito 4:01
11. "Sekian Lama"   Azalea Azlan Abu Hassan 3:53

Single[sunting | sunting sumber]

  • Ku Mahu
  • Cintamu"
  • Melawan Kesepian

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik 15

  • Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album(Wanita) - Hadiah Daripada Hati
  • Album Pop Terbaik - Hadiah Daripada Hati
  • Susunan Muzik Terbaik Di Dalam lagu (Bahasa Malaysia) - Cintamu

Anugerah MACP 2008

  • Susunan Muzik Terbaik

Maklumat tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Penerbit eksekutif: Siti Nurhaliza
  • Promosi: Unit Promosi SNP dan Suria Records Sdn.Bhd.
  • Edaran: Suria Records Sdn. Bhd.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Hadiah Daripada Hati...". SitiZone.com - Siti Nurhaliza Official Website. Diperoleh pada December 04.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. http://calmille.free.fr/main/?p=166