Prasasti Seni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Prasasti Seni
Album studio oleh Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada 12 April 2004 [1][2]
Dirakam pada 2003-2004
Genre Pop
Masa 54:38
Syarikat Suria Records
Penerbit
  • Tan Su Loke (eksekutif)
  • Edwin Tan (penolong eksekutif)
  • Aidit Alfian
  • Zuriani
  • Iman Wan
  • Andy Flop Poppy
  • Ajai
  • Yasin
  • Mohar
  • Along Exists
  • Helen Yap
  • Pongky Jikustik
  • Aubrey Suwito
Kronologi Siti Nurhaliza
E.M.A.S
(2003)
Prasasti Seni
(2004)
Transkripsi
(2006)
Single daripada album Prasasti Seni
  1. "Seindah Biasa"
    Dikeluarkan pada: 5 Januari 2004
  2. "Dialah di Hati"
    Dikeluarkan pada: 29 April 2004
  3. "Lagu Rindu"
    Dikeluarkan pada: 1 Julai 2004
  4. "Pendirianku"
    Dikeluarkan pada: 25 Julai 2004

Prasasti Seni[3] merupakan album ke sepuluh Siti Nurhaliza. Album ini telah dilancarkan pada 12 April 2004, dan majlis ini mendapat liputan secara langsung oleh Sitizone.com. Album ini merupakan nafas segar buat kerjaya Siti kerana ini merupakan kali pertama cover album dibuat di luar studio. Penggambaran untuk kulit album ini dijalankan di Janda Baik, Pahang. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit.[1]

Yang menarik tentang album ini ialah Siti turut memuatkan sebuah cakera padat berbentuk hati yang memuatkan video klip "Pejam Matamu" dan mesej dari Siti Nurhaliza sendiri. Antara single yang berjaya menggegarkan industri muzik ialah "Dialah di Hati", "Seindah Biasa" dan "Lagu Rindu" yang pertama kali diperdengarkan di Anugerah Planet Muzik di Singapura.

Lagu "Dialah Di Hati" merupakan titik permulaan dimensi baru dalam karier Siti Nurhaliza, kerana mempunyai susunan muzik segar serta alunan vokal yang berubah dari nada rendah ke nada tinggi, dan juga penulisan lirik yang baik. "Dialah Di Hati" turut dicalonkan dalam kategori Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik.

Penciptaan[sunting | sunting sumber]

Prasasti Seni adalah album yang melengkapkan perjalanan seni Siti Nurhaliza selama hampir satu dekad. Prasasti dalam bahasa Sanskrit bermaksud batu bersurat atau tanda yang mencatat sejarah kewujudan.[3] Dalam temuramah bersama Utusan Malaysia, Siti berkata judul Prasasti Seni dipilih sebagai lambang kewujudannya dalam bidang seni dan lagu-lagu beliau merupakan tanda atau catatan mengenai kewujudan itu.[3]

Untuk album ini, beliau bekerjasama dengan Iman Wan, Andy Flop Poppy, Yasin, Mohar, Along Exists, dan Pongky Jikustik dengan Tan Su Loke sebagai Penerbit Eksekutif dan Edwin Tan sebagai penolong eksekutif. Album ini juga memperlihatkan keberanian Siti untuk membuat anjakan paradigma apabila memilih banyak nama baru untuk bekerjasama. Empat komposer yang pertama kali berkerjasama dengan Siti melalui album ini ialah Yassin, Andy, Iman Wan dan G-Nola.[3]

Dirakamkan pada pertengahan 2003 sehingga awal 2004, album Prasasti Seni memuatkan 13 lagu dengan dua daripadanya ialah interlud, lari dari kebiasaan album terdahulu yang memuatkan 10 lagu, mengetengahkan genre muzik R&B dan balada selain muzik pop. Sebagai contoh, lagu "Pendirianku" yang bergenre pop hip hop yang menampilkan nyanyian rap oleh Siti dan lagu "Lagu Rindu" yang bergenre muzik dunia. Dalam album ini, Siti menulis lirik untuk empat lagu – "Cinta Tak Berganti", "Cahaya Seribu Liku", "Pejam Matamu" dan "Kembalikan Indah" yang ditulis bersama oleh Roslen Fadzil atau Slen.[3]

Rasa syukur dipanjat atas segala usaha dan perit jerih dan berdoa agar semuanya mendapat berkat. Suatu penghasilan bukan mengambil masa yang singkat. Satu rasa yang cukup luar biasa pabila dalam lelah dan penat, diri tak pernah merasa tenat. Setiap melodi begitu melekat, setiap puitis lirik dibuat penuh hikmat agar resah dapat terubat. Keceriaan juga tidak pernah beralih tempat. Gambaran rasa yang sungguh hebat atas segala kerja kuat dan hati yang sepakat. Salam keikhlasan, Siti Nurhaliza.[4]

— Siti Nurhaliza membaca interpretasinya dalam Introduksi Siti.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Lirik Gubahan Masa
1. "Introduksi Siti"       0:38
2. "Dialah di Hati"   Habsah Hassan Aidit Alfian 4:22
3. "Pendirianku"   M. Zulkifli Zuriani 3:59
4. "Cinta Tak Berganti"   Siti Nurhaliza Iman Wan 4:46
5. "Cahaya Seribu Liku"   Siti Nurhaliza, Tanty Andy Flop Poppy 4:22
6. "Hanya Dirimu"   Hani MJ Ajai 4:34
7. "Lagu Rindu"   Yasin Yasin 4:33
8. "Sakti"   Loloq Mohar 6:26
9. "Pejam Matamu"   Siti Nurhaliza G Nola 4:52
10. "Kembalikan Indah"   Siti Nurhaliza, Slen Helen Yap 5:01
11. "Ku Menungu"   Habsah Hassan Aidit Alfian 5:00
12. "Seindah Biasa"   Ponky Jikustik Ponky Jikustik 4:48
13. "Pasti Seni : Siti"       1:17
Bonus VCD
No. Tajuk Penulis Penerbit Masa
1. "Intro: Siti"        
2. "Pejam Matamu"   Siti Nurhaliza G Nola 4:52

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Prasasti Seni. Pernah terjadi dalam sebuah kisah tentang diri yang berdiri di atas nama seni. Tentang hati yang separuh daripadanya sudah sebati dan tentang rasa kecintaannya terlalu tinggi. Prasasti Seni. Satu nama yang pernah menemani, mengisi sepenuh ruang hati. Meninggalkan jauh hari-hari Siti.[5]

— Siti Nurhaliza menyampaikan interlud dalam Prasasti Seni: Siti.

Album Prasasti Seni dikeluarkan pada 12 April 2004 dan terjual sebanyak 50, 000.[1][2] unit pada hari pertama pelancarannya. Hasilnya, jualan album ini lebih memberangsangkan berbanding album Aksara oleh Misha Omar. Sehingga lewat 2004, album ini terjual melebihi 100, 000 [1] unit di Malaysia dan 700, 000 unit di Indonesia.[6]

Lagu Seindah Biasa, Dialah di Hati dan Lagu Rindu telah dikeluarkan sebagai single, di samping itu, video muzik untuk ketiga-tiga lagu ini juga dikeluarkan. Album Prasasti Seni berjaya memasuki Carta RIM pada minggu keenam di kedudukan pertama carta. Seindah Biasa, Dialah di Hati dan Lagu Rindu berjaya menguasai carta muzik tempatan termasuk Carta Era dan Carta Muzik FM, lagu lain termasuk Pendirianku dan Pejam Matamu mendapat siaran meluas di stesen radio.

Siti memperdendangkan Lagu Rindu semasa acara kemuncak Anugerah Planet Muzik di Singapura dan persembahan beliau memukau para hadirin. Semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004 pada Ogos, Siti menyanyikan lapan lagu dalam album Prasasti Seni.

Karya seni album[sunting | sunting sumber]

Fotografi dan karya seni bagi kulit album ini direkabentuk oleh Rauna Jud dan dirakamkan di sebuah kawasan rizab perhutanan di Janda Baik, Pahang dengan Siti menggayakan busana berwarna putih.[7] Kulit album Prasasti Seni dicalonkan bagi kategori Kulit Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005.

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2004

Pejam Matamu

- - - -

Dialah di Hati

1 1 - 2

Lagu Rindu

1 1 - -

Pendirianku

- 16 - -

Seindah Biasa

1 1 - -

Cinta Tak Berganti

- 17 - -

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Era[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2004[8] "Dialah Di Hati" Muzik Video Pilihan Terbaik Dicalonkan
Lagu Pop Pilihan Terbaik Dicalonkan
Penyanyi Wanita Pilihan Terbaik Dicalonkan
2005 "Lagu Rindu" Lagu Etnik/Global Pilihan Terbaik Dicalonkan
"Seindah Biasa" Muzik Video Pilihan Terbaik Dicalonkan
Lagu Pop Pilihan Terbaik Dicalonkan

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2005[9][10] Prasasti Seni Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Menang
Kulit Album Terbaik Dicalonkan
Album Pop Terbaik Dicalonkan
"Dialah di Hati" Gubahan Terbaik Di Dalam Lagi Dicalonkan
Lagu Terbaik Dicalonkan
"Seindah Biasa" Gubahan Terbaik Di Dalam Lagu Menang

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2005[11] "Dialah di Hati" Lagu Terbaik Dicalonkan
"Lagu Rindu" Lagu Paling Popular Menang

Hits 1[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Anugerah Keputusan
2004[12] "Lagu Rindu" Lagu Terbaik
Tempat Kedua
Persembahan Terbaik Menang
Lagu Paling Popular Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Industri filem, muzik tempatan merosot". Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. 28 Disember 2007. Dicapai pada 2010-12-18. 
  2. ^ a b Prasasti Seni oleh Siti Nurhaliza di iTunes Malaysia
  3. ^ a b c d e Tengku Khalidah Tengku Bidin (14 April 2004). "Prasasti Seni - Melengkapkan Perjalanan Seni Siti Nurhaliza". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2010-12-18. 
  4. ^ Siti Nurhaliza - Prasasti Seni ( Introduksi )
  5. ^ Siti Nurhaliza - Prasasti Seni ( Penutup )
  6. ^ "Andika Peter Pan minat Siti". Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. 15 Mei 2006. Dicapai pada 2010-12-18. 
  7. ^ Prasasti Seni (liner notes). Siti Nurhaliza. Suria Records. 2003. SRCD 04-23579. 
  8. ^ "Senarai kategori Anugerah Era 2004". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 25 September 2004. Dicapai pada 2010-08-22. 
  9. ^ "AIM12 utamakan kualiti". Berita Harian. Digital Collections DC5: Cross Search. 28 Mac 2005. Dicapai pada 2010-08-11. 
  10. ^ "Ning bags coveted music awards". New Straits Times. Digital Collections DC5: Cross Search. 1 Mei 2005. Dicapai pada 2010-08-11. 
  11. ^ Abd. Aziz Itar (22 Februari 2005). "APM 2005 - Artis kita setakat popular saja". Utusan Malaysia Online. Dicapai pada 2010-09-02. 
  12. ^ "Sejarah - Musim 1". Hits1.com.my. Dicapai pada 2010-08-25. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]