E.M.A.S

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
E.M.A.S
Album studio oleh Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada3 Mac 2003[1]
Dirakam padaJulai 2002 – Januari 2003
GenrePop
Masa44:43
SyarikatSuria Records
Penerbit
Kronologi Siti Nurhaliza
Sanggar Mustika
(2002)
E.M.A.S
(2003)
Prasasti Seni
(2004)
Single daripada album E.M.A.S
  1. "Bukan Cinta Biasa"
    Dikeluarkan pada: 11 Januari 2003
  2. "Ku Milikmu"
    Dikeluarkan pada: 26 Mac 2003
  3. "Airmata Ibu"
    Dikeluarkan pada: 10 Jun 2003
  4. "Debaran Cinta"
    Dikeluarkan pada: 7 Ogos 2003

E.M.A.S atau Edaran Muzik Aspirasi Semasa merupakan album studio kesembilan Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 3 Mac 2003. E.M.A.S terhasil diatas pengamatan Siti mengenai peredaran arus muzik tanah air. Album ini telah terjual melebihi 200,000 unit. E.M.A.S juga sering dikaitkan dengan TM Net kerana Siti telah bekerjasama dengan TMnet sebagai duta produk, dan TMnet terlibat dalam pembikinan beberapa buah video klip di dalam E.M.A.S, termasuk "Ku Milikmu", "Debaran Cinta", "Bukan Cinta Biasa" dan "Sebenar Cinta". Lagu "Untuk Selamanya" terpilih sebagai lagu tema untuk filem Laila Isabella.[2]

Rakaman[sunting | sunting sumber]

E.M.A.S merupakan album keempat Siti Nurhaliza di mana beliau tidak menggunakan khidmat Adnan Abu Hassan sebagai penerbit album dan komposer, selepas Cindai, Sahmura dan Sanggar Mustika (ini juga berlaku kepada Prasasti Seni). Untuk album ini, beliau bekerjasama dengan Aubrey Suwito, Aidit Alfian, dan Julfekar, serta penerbit rakaman Indonesia, Dewiq, dengan Tan Su Loke bertindak sebagai Penerbit Eksekutif album. Album ini juga merupakan album kedua Siti yang menggunakan khidmat Aubrey sebagai penerbit album.

Rakaman album ini dijalankan pada Julai 2002 (empat bulan selepas Siti melancarkan album Sanggar Mustika) dan siap sepenuhnya pada Februari 2003. Dalam album ini, Siti menyumbangkan lirik untuk lima lagunya – “Bukan Cinta Biasa”, “Ku Yakini”, “Janji Kasih”, “Sebenar Cinta” dan “Ku Milikmu”.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Bukan Cinta Biasa"  Siti NurhalizaDewiq 4:23
2. "Debaran Cinta"  Faridah A. RazakZuriani 3:40
3. "Untuk Selamanya"  Rashid S.Julfekar 4:54
4. "Ku Yakini"  Siti NurhalizaHelen Yap 4:58
5. "Oda Bumi Anbia"  Ad SamadMat S. W 4:14
6. "Janji Kasih"  Siti NurhalizaAidit Alfian 5:00
7. "Sebenar Cinta"  Siti NurhalizaAjai 4:24
8. "Airmata Ibu"  Ad Samad, TantyAiman 4:20
9. "Ku Milikmu"  Siti NurhalizaZuriani, M. Zulkifli 3:36
10. "Di Sini Ku Berjanji"  SenibayanAzmeer 4:46
Bonus VCD
No. TajukPenulisPenerbit Masa
1. "Intro: Siti"      
2. "Bukan Cinta Biasa"  Dewiq, Siti NurhalizaDewiq, Siti Nurhaliza 4:23
3. "Ku Milikmu"  M. Zulkifli, Siti NurhalizaZuraini 3:36

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Untuk mempromosikan album, empat lagunya, “Bukan Cinta Biasa, “Debaran Cinta”, “Airmata Ibu” dan “Ku Milikmu” dikeluarkan sebagai single; Siti Nurhaliza juga menyanyikan Bukan Cinta Biasa dan Ku Milikmu semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza Live In Concert 2004. E.M.A.S merupakan kejayaan komersial, telah terjual melebihi 200, 000 unit di Malaysia dan 300, 000 unit di Indonesia dan menerima pensijilan 2x platinum.[3] Siti juga mengadakan jelajah promosi selama 6 hari termasuk dijemput sebagai tetamu untuk beberapa rancangan televisyen Indonesia.[4]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

E.M.A.S menerima ulasan kritis dari pengkritik muzik. Zul Husni dari Berita Harian mengulas album ini sebagai bukti kematangan Siti selepas 8 tahun melayari industri muzik.[5] Seorang pengulas dari Harian Metro memuji Siti kerana mengekalkan mutu piawai dengan memberikan yang terbaik apabila menyanyikan sebarang lagu.[6] Di dalam ulasan oleh Jad Mahidin dari Sunday Mail, beliau memberikan taraf 4 bintang untuk album ini.[7] Beliau berkata album ini amat "menarik" dari mula hingga akhir dan memuji "vokal yang memukai melalui album".[7] Suzan Ahmad daei Berita Minggu juga yakin dengan pendapat Jad dengan memuji vokal Siti di dalam album ini.[8]

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2003

Airmata Ibu

5 3 - -

Ku Milikmu

4 1 - 1

Untuk Selamanya

10 - - -

Bukan Cinta Biasa

1 - - -

Sebenar Cinta

- - - -

Debaran Cinta

4 8 - -

Janji kasih

6 12 - -

Pensijilan[sunting | sunting sumber]

Negara Pensijilan Jualan/penghataran
Malaysia (RIM) 2× Platinum 200,000[3]
Indonesia (ASIRI) Platinum 300,000[9]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Musik Indonesia[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima Anugerah Keputusan Negara Hos
2003[9] E.M.A.S Album Malaysia Terbaik Menang  Indonesia

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2004[10] E.M.A.S Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Menang
Album Pop Terbaik Menang
Album Terbaik Menang
Kulit Album Terbaik Dicalonkan
"Bukan Cinta Biasa" Gubahan Terbaik Di Dalam Lagu Menang

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan Negara hos
2004[11][12] "Bukan Cinta Biasa" Lagu Paling Popular Menang Singapura
Singapura
Lagu Terbaik Dicalonkan
E.M.A.S Album Terbaik Dicalonkan

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2003 "Ku Milikmu" Lagu Pop Rock Terbaik Dicalonkan
Persembahan Terbaik Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ E.M.A.S oleh Siti Nurhaliza di iTunes Malaysia
  2. ^ Rosli Manah (6 Mac 2003). "Siti Nurhaliza - Album baru lebih moden". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada asal pada 1 April 2018. Dicapai 1 April 2018. 
  3. ^ a b E.M.A.S SitiZone (8 Disember 2009).
  4. ^ Utusan Malaysia Staff (22 Mac 2003). "Siti Nurhaliza - penuhi impian peminat seberang". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada asal pada 5 April 2018. Dicapai 5 April 2018. 
  5. ^ Zul Husni (13 Mac 2003). "Siti pertaruh lagu Air Mata Ibu". Berita Harian. Dicapai 6 April 2018. (Langganan diperlukan (bantuan)). 
  6. ^ Harian Metro Staff (25 March 2003). "Bukan Siti biasa" [Not the normal Siti]. Harian Metro. Dicapai 6 April 2018. (Langganan diperlukan (bantuan)). 
  7. ^ a b Jad Mahidin (30 March 2003). "Winning endeavours from two top songstresses". Sunday Mail. Dicapai 6 April 2018. (Langganan diperlukan (bantuan)). 
  8. ^ Suzan Ahmad (16 March 2003). "Siti terus unggul" [Siti continues to excel]. Berita Minggu. Dicapai 6 April 2018. (Langganan diperlukan (bantuan)). 
  9. ^ a b Abd. Aziz Iktar (4 Oktober 2003) Siti Nurhaliza menang Anugerah Muzik Indonesia Utusan Malaysia. Diperoleh pada 25 Januari 2010.
  10. ^ "Biduanita muda". Harian Metro. Digital Collections DC5: Cross Search. 26 April 2004. Dicapai 2010-08-11. 
  11. ^ Khadijah Ibrahim (31 Januari 2004). "APM: Penyertaan calon menggalakkan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada asal pada 29 September 2012. 
  12. ^ "APM 2004 - Kemenangan Siti Nurhaliza sudah diduga". Utusan Malaysia. 23 Februari 2004. Diarkibkan daripada asal pada 29 September 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]