Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir
Konsert penghargaan oleh Siti Nurhaliza
Poster-Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir.jpg
Poster teatrikal konsert
LokasiKuala Lumpur
TempatIstana Budaya
Tarikh mula30 Mei 2002
Tarikh tamat2 Jun 2002
Jumlah persembahan4
Kronologi konsert Siti Nurhaliza

Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir [1] ialah konsert solo keempat oleh penyanyi Malaysia, Siti Nurhaliza. Ia diadakan selama lima hari berturut-turut di Istana Budaya dan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Koir Kebangsaan Malaysia.

Ia juga merupakan konsert Siti yang pertama yang diadakan di Istana Budaya dan konsert penghargaan pertama beliau bagi memberi penghormatan kepada Penghibur No. 1 Asia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

Konsert[sunting | sunting sumber]

Siti di pembukaan konsert

Setahun selepas Konsert Mega Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza kembali menghiburkan masyarakat Malaysia dengan mempersembahkan konsert khas penghargaan kepada Penghibur No.1 Asia, Sudirman Haji Arshad.

Bertempat di Istana Budaya, Siti mengenang jasa Sudirman, menyanyikan semula lagu-lagu beliau dan konsert ini dihoskan bersama oleh Jaafar Onn, Habsah Hassan dan Yusni Jaafar. Antara lagu-lagu beliau yang cukup sinonim adalah seperti Dir, Chow Kit Road, Big Spender, Balik Kampung dan Salam Terakhir.

Di dalam konsert ini, produksi ada menyiarkan beberapa klip Sudirman, temuramah orang terdekat, kaum keluarga,penggubah lagu, komposer dan rakan-rakan. Antara yang hadir menyaksikan konsert ini adalah kaum keluarga Allahyarham Sudirman sendiri. Anak saudara Sudirman, Atai turut sama memberikan kerjasama menjayakan konsert ini dengan menyanyikan beberapa rangkap lagu Sudirman.

Siti bersama rekaan Din Wahab

Bertemakan penghargaan buat Sudirman, Siti muncul di pentas dengan rangkaian baju yang sinonim dengan Sudirman, termasuklah baju bendera Jalur Gemilang yang direka oleh pereka kegemaran Sudirman, Din Wahab.

Siti turut menjemput penonton untuk sama-sama berada di atas pentas bagi lagu hujan. Props diatas pentas dibuat dengan begitu lancar dan kemas. Di akhir konsert, ada ditayangkan klip Sudirman, menyebabkan Siti dan penonton sama-sama sebak, dan ada yang menitiskan airmata. Konsert yang berlangsung selama empat hari ini mendapat kritikan positif, dan berjaya menggondol beberapa anugerah.

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Persembahannya di konsert ini mendapat ulasan dari pengkritik. Zul Husni Abdul Hamid dari Berita Harian dalam ulasannya menulis dengan baik lagu Siti mengambil lagu-lagu klasik Sudirman dan mengakui ia bukan satu pencapaian yang mudah untuk memimpin konsert penghargaan keseluruhannya sendiri. Abie Abdullah menulis untuk Harian Metro bergema pada titik yang sama seperti Zul dalam menilai vokal dan tunjuk ajar Siti. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa keseluruhan konsert adalah rata-rata dan mencadangkan bahawa lagu-lagu yang menggunakan penyanyi sandaran mungkin lebih baik dengan paduan suara itu. Tengku Khalidah Tengku Bidin dari Utusan Malaysia adalah seorang lagi pengulas yang memuji persembahan Siti.[2] Dia khususnya memuji kemampuan Siti dalam menyanyikan lagu-lagu itu sendiri dan dengan penuh emosi. Kehadiran para penari dengan warna-warna cerah dan terlalu banyak tasel bagaimanapun telah dikaji secara negatif olehnya kerana ia "merosakkan prestij konsert yang disokong orkestra".[3][4]

Susunan lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Karya tercalon Kategori Keputusan
2003[5] Anugerah Industri Muzik Merisik Khabar (Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir) Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu Menang

Album konsert[sunting | sunting sumber]

Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir
Versi pertama kulit album
Album video oleh Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada27 Oktober 2002
GenrePelbagai
SyarikatSuria Records
Bahagian II
Versi kedua kulit album
Versi kedua kulit album
VCD1
No. Tajuk Masa
1. "Pembukaan - Dir"    
2. "Gerimis di Lautan

Kesian Dia

Sepetang di Pinggir Bukit"  
 
3. "Ayah dan Ibu"    
4. "Anak Gembala
Aku Budak Kampung

Hidup Sederhana (Basikal Tua)

Ding A Ding Gale /Kahwin Lari"  
 
5. "Chow Kit Road

Aku Penganggur
Baru Dapat Kerja

8 ke 1/4 (Punch Card)"  
 
6. "Big Spender"    
7. "Milik Siapakah Gadis Ini"    
8. "Nilai Cintamu"    
9. "Bapak
Warisan"  
 
VCD2
No. Tajuk Masa
1. "Radio Malaysia"    
2. "Balik Kampung

Joget Kenangan Manis
Apa Khabar Orang Kampung

Pesan Abang"  
 
3. "One Thousand Million Smiles"    
4. "Merisik Khabar"    
5. "Hujan
Jauh Di Sudut Hati"  
 
6. "Terasing"    
7. "Pelangi Petang"    
8. "Salam Terakhir"    

Tarikh konsert[sunting | sunting sumber]

Tarikh mula Tarikh tamat Bandar Negara Tempat Kehadiran
30 Mei 2002 2 Jun 2002 Kuala Lumpur Malaysia Istana Budaya Habis Dijual

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Siti Nurhaliza -- Konsert kenang Sudirman". Utusan Malaysia. 21 Februari 2002. Dicapai 2016-07-07. 
  2. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (3 Jun 2002). "Siti Nurhaliza - Kesinambungan Sudirman". Utusan Malaysia. Dicapai 21 March 2018. 
  3. ^ Zul Husni Abdul Hamid (3 June 2002). "Air mata Siti menitis lagi". Berita Harian. Dicapai 18 March 2018. (Langganan diperlukan (bantuan)). 
  4. ^ Abie Abdullah (3 Jun 2002). "Tepukan penonton beri kekuatan". Harian Metro. Dicapai 18 March 2018. 
  5. ^ Rosli Manah (13 Mac 2003). "AIM 2003 - Penyanyi baru lebih menyerlah". Utusan Malaysia Online. Dicapai 21 September 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]