Siti Nurhaliza (album 1996)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Siti Nurhaliza I" dilencongkan di sini.
Rencana ini ialah mengenai album pertama Siti Nurhaliza yang diterbitkan pada 1996. Untuk album kedua, sila lihat Siti Nurhaliza (album 1997).
Siti Nurhaliza
Album studio oleh Siti Nurhaliza
Dikeluarkan pada1 April 1996[1]
Dirakam padaJun 1995 - Februari 1996 [2]
GenrePop
Masa47:01
SyarikatSuria Records
PenerbitAdnan Abu Hassan, Fauzi Marzuki, Peter Fam
Kronologi Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza
(1996)
Siti Nurhaliza
(1997)
Single daripada album Siti Nurhaliza
  1. "Jawapan Di Persimpangan"
    Dikeluarkan pada: 1995
  2. "Jerat Percintaan"
    Dikeluarkan pada: 1 Mac 1996
  3. "Cari-Cari"
    Dikeluarkan pada: 23 Oktober 1996
  4. "Antara Waktu & Usia"
    Dikeluarkan pada: 27 Oktober 1996
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs 5/5 stars[3]

Siti Nurhaliza[4] ialah album studio sulung eponim Siti Nurhaliza[5] selepas menjuarai Juara Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995,[6] terbitan Suria Records. Adnan Abu Hassan, seorang penggubah muzik terkenal di Malaysia, berperanan sebagai penerbit album. Album ini dilancarkan pada 1 April 1996[5][7][8] dengan menggunakan nama Siti sebagai judul album. Album ini diisi lagu-lagu bergenre pop dan balada, termasuk "Jerat Percintaan" yang menjuarai Anugerah Juara Lagu TV3 pada tahun yang sama. Album ini telah terjual melebihi 50,000 unit.[9]

Beliau memenangi anugerah itu semasa penyertaan pertamanya ke Anugerah Juara Lagu dengan menewaskan Ziana Zain dan Fauziah Latiff.[10][6]

Album ini merupakan salah satu daripada enam album Siti dengan kolaborasi bersama Adnan Abu Hassan yang turut menyumbangkan 7 lagu dalam album ini.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Selepas dinobatkan sebagai juara Bintang HMI pada 1 April 1995, Siti Nurhaliza menerima tawaran kontrak rakaman penuh daripada Pengurus Besar Suria Records (SRC), Encik Tan Su Loke yang sanggup datang ke rumah beliau di Kuala Lipis, Pahang untuk meminta bapa Siti, Tarudin Ismail untuk menandatangani kontrak rakaman.[11][12] Sebelum menyertai SRC, beliau telah menerima kontrak rakaman daripada beberapa syarikat rakaman lain seperti Warner Music, BMG Music dan Sony Music Entertainment.[11] Beliau akhirnya menyertai Suria Records selepas menerima tawaran daripada Tan Su Loke dan Pengurus A&R Suria Records pada waktu itu, Adnan Abu Hassan (yang sebelum ini mengarang lagu dan menerbitkan album untuk beberapa artis terkenal seperti Nora dan Fauziah Latiff) kerana mereka menyedari potensi besar dan pakej yang lengkap dimiliki oleh Siti dan percaya bahawa anak jati Temerloh, Pahang ini akan menjadi penghibur terkenal satu hari nanti. Apabila Siti memilih untuk mengikat kontrak dengan syarikat rakaman itu, ramai yang beranggapan beliau telah membuat pilihan yang tidak tepat kerana banyak lagi syarikat rakaman besar ingin mengambilnya sebagai artis mereka.[11] Namun beliau mempunyai alasan tersendiri mengenai pilihannya untuk menyertai syarikat itu, antaranya kerana yakin dengan lagu-lagu ciptaan Adnan yang dianggap bersesuaian dengan suara dan cara penyampaiannya.[11]

Bekerja di bawah bimbingan Adnan yang mengajarnya dari segi vokal dan teknik nyanyian, Siti memulakan rakaman album pertamanya yang dijalankan pada Jun 1995 dan siap sepenuhnya pada Februari 1996. Sewaktu proses memasukkan vokal, Siti berulang-alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu pada Jumaat dengan menaiki bas ekspres dan di temani samada ibunya, Sit Salmah Bachik atau abangnya, Saiful Bahri dan pulang semula ke Kuala Lipis pada petang Ahad kerana Siti masih bersekolah, dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis.

Sebelum muncul dengan Jerat Percintaan, Siti terlebih dahulu diperkenalkan menerusi lagu Mawarku, sebuah lagu duet bersama kumpulan 2 by 2 dan merupakan versi asal lagu yang pernah dipopularkan oleh Aziz Jaafar dan kumpulan Pancasitara, dan kemudiannya dinyanyikan semula oleh pasangan adik-beradik Eddie dan Hamidah Ahmad. Ini juga merupakan rakaman pertama Siti di dalam kerjaya muziknya. Tanpa disangka, lagu Mawaku berjaya menjuarai carta radio termasuk Radio Muzik, (di mana beliau diperkenalkan menerusi segmen artis baru, tiga bulan sebelum pelancaran album pertamanya) sekaligus memperkenalkan Siti kepada pengetahuan umum.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. TajukPenulisPenerbit Masa
1. "Jawapan Di Persimpangan"  Othman ZainuddinAdnan Abu Hassan 4:21
2. "Mahligai Asmara"  Hani M.JAdnan Abu Hassan 4:10
3. "Jerat Percintaan"  Othman Zainuddin, Hani M.JAdnan Abu Hassan 4:55
4. "Antara Waktu Dan Usia"  Hani M.JAdnan Abu Hassan 5:18
5. "Sempadan"  Hani M.JAdnan Abu Hassan 4:48
6. "Sanggar Bayu"  Othman ZainuddinAdnan Abu Hassan 4:37
7. "Cari-Cari"  ShahnazFauzi Marzuki 4:22
8. "Bicara Luka"  Amran OmarFauzi Marzuki 5:01
9. "Kerana Jelingan Mu"  Lukman S.Adnan Abu Hassan 3:51
10. "Jalanan Berduri"  Hani M.JPeter Fam 5:38
Jumlah masa:
47:01

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Album ini dikeluarkan dalam bentuk fizikal (CD, kaset) pada 1 April 1996,[5] sempena ulang tahun pertama kemenangan Siti di Bintang HMI dan tersenarai di kedudukan kelapan di Carta RIM, album ini mendapat maklum balas positif daripada pengkritik muzik. Pada masa yang sama, muzik video lagu “Jerat Percintaan” dan “Jawapan di Persimpangan” dikeluarkan.

Siti Nurhaliza telah terjual sebanyak 50, 000.[9] unit dan telah diulang cetak berbanyak kali kerana mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat, biarpun semasa Siti Nurhaliza menduduki peperiksaan SPM. Pada lewat 1996, Suria Records mengeluarkan versi alternatif album ini dengan kulit depan album berbeza. Album ini dikeluarkan dalam bentuk digital (muat turun digital) pada Januari 2013.[1] Setakat sehingga 2005, Siti Nurhaliza telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja.[1] Pada tahun 2017, album ini dicetak dalam bentuk piring hitam (LP).

Bagi mempromosikan album ini, lagu "Jerat Percintaan", "Jawapan Di Persimpangan" dan "Cari-Cari" telah dikeluarkan sebagai single. Lagu "Antara Waktu dan Usia" telah dipersembahkan oleh Siti semasa beliau menjayakan rancangan televisyen muzikal sempena Hari Raya Aidilfitri, Temasya Aidilfitri di Radio Televisyen Malaysia (RTM).[13]

Selepas album pertamanya, Siti Nurhaliza merakamkan lima lagi album bersama Adnan: Siti Nurhaliza II (1997), Adiwarna (1998), Pancawarna (1999), Safa (2001) dan Lentera Timur (2008).

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Kredit diperoleh dari sisipan buku kecil album Siti Nurhaliza. [14]

  • Aidiet - gitar
  • Ariffin - unit promosi
  • Bard - pengurus promosi
  • Chia - jurutera
  • Peter Fam - penerbit
  • Jason Foo - penyelaras produksi
  • Adnan Abu Hassan - penerbit, vokal
  • Nina Abu Hassan - vokal
  • Heintje - solekan
  • A.D. Ho - fotografi
  • Sham Amir Hussain - pengurus A&R
  • Idah - vokal
  • Genesis Mastering Lab - adunan

  • Tan Su Loke - penerbit eksekutif
  • Zulkefli Majid - koordinator A&R
  • Fauzi Marzuki - penerbit
  • Hani M.J. - komposer
  • Amran Omar - penulis lirik
  • AS Design & Print - penciptaan
  • Rahayu - unit promosi
  • Riz - unit promosi
  • Lukhman S - komposer
  • Sabariah - unit promosi (Singapura)
  • Shahnaz - komposer
  • Vincent - jurutera
  • Othman Zainuddin - komposer

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
1996 "Jerat Percintaan" Lagu Balada Terbaik[15][16] Menang
Persembahan Terbaik[17][15][16] Menang
Pemenang Keseluruhan[17][15][16] Menang

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
1997 "Jerat Percintaan" Lagu Terbaik Menang
1998[18][19] Siti Nurhaliza Album Pop Terbaik Dicalonkan
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Dicalonkan

Kedudukan carta[sunting | sunting sumber]

Album

Carta (1996) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 8[20]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
1996

Jawapan Di Persimpangan

18 - - 8

Jerat Percintaan

4 - - 2

Antara Waktu & Usia

- - - 17

Cari-Cari

- - - -

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh dikeluarkan Format Label
Malaysia 1 April 1996[1] CD, kaset Suria Records
Januari 2013[1] Muat turun digital
2017[1] Piring Hitam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Siti Nurhaliza I di iTunes Malaysia
  2. ^ Siti Nurhaliza 1996 di SN MUSIC CATALOGUE.
  3. ^ Siti Nurhaliza. Discogs.
  4. ^ Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza I di Siti Sentral @ Weebly.com
  5. ^ a b c Mahu seksi atau sopan? - Artis-artis dikelilingi konsultan imej (10 Oktober 2000) Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada 16 September 2010.
  6. ^ a b "Kembara seni penyanyi No. 1". Utusan Malaysia Online. 4 April 2009. Dicapai 16 September 2010. 
  7. ^ "Album pertama Siti Nurhaliza bakal menjengah pasaran", Berita Harian, 27 Mac 1996.
  8. ^ "Siti Nurhaliza's debut studio album released April 1", New Straits Times, March 28, 1996.
  9. ^ a b Juara Lagu Unearths Another New Star Life! Singapore Straits Time, Simply Siti Nurhaliza Zone (17 June 2010).
  10. ^ Cabaran Buat Siti Nurhaliza Utusan Malaysia, Simply Siti Nurhaliza Zone (17 Jun 2010).
  11. ^ a b c d Hardi Effendi Yaacob (14 Jun 2009). Siti Nurhaliza diburu syarikat rakaman Diarkibkan kepada asal (22 Mac 2012). Berita Minggu. Diakses pada 15 Ogos 2016.
  12. ^ Siti Azira Abd. Aziz (25 Mac 2009). Siti giat dengan aktiviti seni, tangguh dulu soal anak mStar. Diakses pada 21 Ogos 2016.
  13. ^ SITI NURHALIZA... antara waktu dan usia (1996)
  14. ^ Siti Nurhaliza I (catatan media). Siti Nurhaliza. Suria Records. 1996. 
  15. ^ a b c Catatan penting Juara Lagu (1 Januari 2008) Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada 16 September 2010.
  16. ^ a b c Fakta menarik sejarah Juara Lagu (16 Januari 2009) Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada 16 September 2010.
  17. ^ a b Sentuhan Adnan akhiri kemarau kategori Balada (30 Disember 2003) Berita Harian. Digital Collections DC5: Text Archive. Diperoleh pada 16 September 2010.
  18. ^ Shazryn Mohd. Faizal (27 April 2009). "Bukan selalu Siti menang". Utusan Malaysia Online. Dicapai 23 September 2010. 
  19. ^ AIM perlu diteruskan (30 Disember 2003) Metro Ahad. Digital Collections DC5: Text Archive. Diperoleh pada 16 September 2010.
  20. ^ Hits Of The World - Malaysia Bob MaccDonald, Bob (15 March 1997). Billboard. Books.google.com. Retreievd on 25 February 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]