Ramadhan Terakhir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ramadhan Terakhir
GenreDrama
PenciptaShahrulezad Mohamedin
Ditulis olehShahrulezad Mohamedin
PengarahUngku Ismail Aziz
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Jangan Lupa Namaku" oleh Pompa Bensin
Lagu penutup"Jangan Lupa Namaku" oleh Pompa Bensin
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit
  • Fazil Manap
  • Fazli Baharom
  • Shahrulezad Mohamedin
Penyunting
  • Tasyrif Tajudin
  • Harlina Ghani
Tempoh siaran20–25 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal26 Julai 2011 – 8 September 2011

Ramadhan Terakhir ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Ungku Ismail Aziz yang bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 26 Julai 2011 hingga 8 September 2011 menggantikan Annissa dan digantikan oleh Jiwa & Lara.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya. Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.

Tatkala keluarga mereka dikejutkan dengan keputusan Kak Hawa, pembantu rumah mereka yang telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya setelah sekian lama, Anna, anak perempuan Hisham dan Mazni membantah dan bersedih. Anna telah menganggap Kak Hawa sebagai ibunya sendiri, dan hubungan mereka lebih akrab berbanding layanan Anna terhadap Mazni, ibu kandungnya sendiri. Namun, kekosongan tersebut bakal diisi oleh Sakinah, seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]