Layar Lara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Filem Layar Lara)
Lompat ke: pandu arah, cari
Layar Lara
Layar lara 01.jpg
Pengarah Shuhaimi Baba
Penerbit Shuhaimi Baba
Aida Fitri Buyong
Penulis Shuhaimi Baba (lakon layar)
Fatimah Abu Bakar (cerita)
Dibintangi oleh Ida Nerina
Sidi Oraza
Azean Irdawaty
Man Bai
Pengedar Pesona Pictures Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Rujukan Filemkita

Filem Layar Lara ialah filem arahan Shuhaimi Baba dan dibintangi oleh Ida Nerina, Sidi Oraza, Azean Irdawaty dan ramai lagi.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah cinta di dalam layar... Ena Manjalara, bintang filem yang terperangkap dalam keghairahan mengejar perjuangan cinta, layar dan impian. Sebagai angin taufan, 'Taufan Ena' melanda lelaki sekelilingnya. Dia digoda cinta kekasihnya Shak, seorang penyanyi yang berego. Dia memerangkap cinta Daud, seorang pelakon ekstra, budak buat kopi, dalam filem lakonannya. Kemudian Ena, penggoda yang lucu ini, cuba bermain cinta dengan Malik, pengarah filemnya yang panas baran tetapi kuat semangat. Ena Lara membuat lelaki dan orang sekelilingnya sesak nafas kerana sikapnya yang nakal, degil, manja tak bertempat, dan tak peduli tanggungjawab. Dia berbakat, tetapi tujuan hidupnya samar dan lekeh. Dia takut pada kekasihnya Shak. Seniwati Zai (ibu saudara kepada Daud) dan bintang-bintang veteran hadir dalam hidup Ena pada saat yang tepat. Sedang Ena mabuk khayal bermain cinta, dia dikejutkan dengan 'tamparan' dari Malik, pengarah filemnya. Ena dibuang dari filem Malik. Ironis juga di tengah kepincangan Ena ini, bintang-bintang veteran yang telah dilupakan cuba menagih peluang terakhir ke layar perak. Kedudukan Ena mula goyang. Dia menolak kasih Shak. Dia cuba berbaik dengan Daud yang telah dipermainkannya. Ini memaksa pertemuan Ena dengan Seniwati Zai. Pertemuan ini membawa kesedaran kepada Ena. Akhirnya konflik Daud, Ena dan Malik mendaki puncak konflik cerita, di mana Ena mengenali cinta sejati di layar perak.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. Ida Nerina
  2. Sidi Oraza
  3. Azean Irdawaty
  4. Man Bai
  5. Maman
  6. Kavita Kaur
  7. Melissa Saila
  8. Shazleen Shahbi
  9. Ruzaimi Aziz
  10. Ismail Hutson
  11. Roslan Hussin
  12. Salmah Mahmud
  13. Aziz Jaafar
  14. Mahmood June
  15. Aziz Sattar
  16. Siput Sarawak

Pengarah[sunting | sunting sumber]

  • Shuhaimi Baba

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Festival Filem Malaysia ke-13, 1997
    1. Filem Terbaik
    2. Pengarah Terbaik - Shuhaimi Baba
    3. Pelakon Lelaki Terbaik - Sidi Oraza
    4. Pelakon Wanita Terbaik - Ida Nerina
    5. Cerita Terbaik - Fatimah Abu Bakar
    6. Lakonlayar Terbaik - Shuhaimi Baba
    7. Sinematografi Terbaik - Keong Low
    8. Pelakon Harapan Lelaki - Man Bai
    9. Anugerah Khas Juri - Poster terbaik
  2. Festival Filem Bebas Antarabangsa Brussel ke-19, 1997 (Belgium)
    1. Pengarah Terbaik (kategori bahasa asing) - Shuhaimi Baba
  3. Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-6, 1998 (Korea Utara)
    1. Anugerah Khas Juri - Shuhaimi Baba