Identiti Wilayah Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Identiti Sabah)

Simbol wilayah Sabah Negeri Dibawah Bayu merujuk kepada simbol atau lambang yang digunakan di Wilayah Sabah bagi menunjukkan identitinya sebagai sebuah wilayah.

Sabah Negeri DiBawah Bayu
KegunaanBendera wilayah
Nisbah1:2
Diterima pakai1988
RekaanDi sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini, Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.
Jata Wilayah Sabah
Butiran
JabaranPerisai dengan lima warna :

Warna biru zirkon - melambangkan keamanan dan ketenteraman. Warna biru salji - melambangkan perpaduan dan kemakmuran. Warna biru nilakandi - melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Warna putih - melambangkan kemurnian dan keadilan. Warna merah cili - melambangkan keberanian dan keyakinan.

Penopang/
penyokong
Sepasang tangan yang menjulang megah memegang Bendera Sabah
Cogan kataSabah Maju Jaya.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bendera Wilayah Sabah[sunting | sunting sumber]

Bendera negeri Sabah versi terkini telah digunakan sejak 16 September 1988. Ia bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini.

Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.

Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Jata Wilayah Sabah[sunting | sunting sumber]

Jata Sabah

Jata atau mohor sabah versi terkini telah digunakan sejak 16 September 1988. Penerangan reka bentuk jata seperti berikut:[1]

Sepasang tangan yang menjulang megah memegang Bendera Sabah menghiasi lencana ini melambangkan semangat perpaduan erat dan kerjasama yang lama terjalin di kalangan rakyat pelbagai kaum demi mencapai kemajuan dan kejayaan bagi negeri Sabah.

Sebarisan lima warna berlainan di bawah sepasang tangan tersebut merupakan lima bahagian 'bahagian' yang terkandung dalam negeri Sabah.

  • Warna biru zirkon - melambangkan keamanan dan ketenteraman.
  • Warna biru salji - melambangkan perpaduan dan kemakmuran.
  • Warna biru nilakandi - melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
  • Warna putih - melambangkan kemurnian dan keadilan.
  • Warna merah cili - melambangkan keberanian dan keyakinan.

Lukisan grafik berbentuk bayangan Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah. Di bahagian bawah jata ini, terdapat cogan kata negeri Sabah, iaitu "Sabah Maju Jaya".[2]

Bunga rasmi[sunting | sunting sumber]

Bunga Pakma Raksasa

Bunga pakma merupakan bunga terbesar di dunia, dan bunga paktma spesies Rafflesia arnoldii (pakma raksasa) merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 centimeter (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera.

Sejarah identiti Sabah[sunting | sunting sumber]

Terdapat 8 versi bendera yang pernah digunakan oleh Borneo Utara British, enam (6) daripadanya adalah mengikuti lambang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Lambang awal Borneo Utara berlatarkan "Seekor singa garang yang menjaga didalam bidang bulat berwarna kuning" dan "dua lengan (satu lengan kolonial dan satu lagi lengan pribumi) yang memegang teguh bendera tertera seekor singa didalamnya".[3]

Waran laksamana pada tanggal 5 Januari 1882 telah mengiktiraf penggunaan bendera Union Jack, Panji Biru dan Panji Merah. Penggunaan panji-panji adalah seperti berikut:

  1. Union Jack: Bendera utama apabila tiba dan berlepas.
  2. Panji Merah: Untuk kapal dagang.
  3. Panji Biru: Untuk kapal tentera.

Garis masa penggunaan[sunting | sunting sumber]

  1. 5 Januari 1882: Bendera kuning Gabenor.
  2. 18 Oktober 1937: Wangsa laksamana memberitahu Pejabat Kolonial bahawa Pejabat Dominion berkenan untuk meminda Buku Bendera Laksamana dari bendera Syarikat Berpiagam Borneo Utara British kepada Borneo Utara.
  3. Julai 1946: Berikutan pembatalan Negara Borneo Utara, Yang Mulia Raja Britain berkenan menyerap masuk Borneo Utara sebahagian daripada wilayah jajahan mahkota British.
  4. 30 Januari 1947: Cadangan bagi penggunaan Jata Koloni mesti bersandarkan kepada reka bentuk jata Syarikat SBUB terdahulu, dan ditambah huruf "T" di dada layar kapal, bermaksud penyeragaman am Divisi ke-9 Australia keatas wilayah.
  5. 8 Februari 1949: Waran Diraja kembali.
  6. 24 Oktober 1949: Hak syarikat SBUB dicairkan.
  7. Jata baru bendera dengan lengan padu, didalam bulatan putih didalam Panji Biru, dilingkari dengan jaringan bendera Union Jack. Ini menunjukkan Borneo Utara sebahagian dari koloni maka tidak perlu lagi Panji Merah.
  8. 2 Mei 1952: Perubahan reka bentuk bendera supaya sama dengan bendera Ketua Adat.

Bendera dan jata Borneo Utara (1882)[sunting | sunting sumber]

Bendera dan jata Borneo Utara (1882) dikenali sebagai "Bendera kuning Gabenor".[4]

Bendera dan jata Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara (1946)[sunting | sunting sumber]

Diguna pakai dari Tahun 1948-1963 (untuk Bendera), dan dari Tahun 1946 hingga sebelum 1963.

Bendera dan jata negeri Sabah tahun 1963-1982[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 31 Ogos 1963, Sabah telah memilih benderanya dengan reka bentuk 4 jalur berwarna merah diatasnya warna putih, diatas warna kuning dan diatas warna biru, dan warna hijau canton denga gambar gunung berwarna coklat.

Maksud bendera yang direka pada tahun 1963 hampir sama dengan bendera terkini yang diguna pakai pada tahun 1988.

Bendera dan jata negeri Sabah 1982-1988[sunting | sunting sumber]

Diantara bendera tahun 1963 dan 1988 (bendera versi terkini), terdapat juga versi bendera lain yang turut diguna, diambil bermula tanggal 1 Januari 1982. Ia mempunyai seni reka yang jelas berbeza: warna biru bendera diatas wara putih dengan bentuk segi tiga berwarna merah yang terangkat. Bentuknya seakan-akan bendera Sarawak yang digunakan sehingga tanggal 31 Ogos 1988, dimana warna merah diatas warna putih dengan segi tiga berwarna biru yang terangkat.

Bendera negeri Sabah (1982–1988) telah dicipta pada tahun 1981 dibawah pentadbiran Parti Bersatu Rakyat Sabah (BERJAYA) dari tahun 1976 hingga 1985.

Bendera tersebut hampir sama dengan Bendera Filipina dan Bendera Republik Czech.


Garis Masa Bendera Wilayah Sabah[sunting | sunting sumber]

Galeri Bendera Wilayah Sabah
Bendera Borneo Utara 1882.
Bendera Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara 1948.
Bendera negeri Sabah dari tahun 1963-1982.
Bendera negeri Sabah dari tahun 1982-1988.
Bendera Sabah Negeri Dibawah Bayu (1988-kini).

Garis Masa Jata Wilayah Sabah[sunting | sunting sumber]

Galeri Jata Wilayah Sabah
Jata Borneo Utara 1882.
Jata Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara 1946.
Jata negeri Sabah dari tahun 1963-1982.
Jata negeri Sabah dari tahun 1982-1988.
Jata Sabah Negeri Dibawah Bayu (1988-kini).

Lagu[sunting | sunting sumber]

Sabah Tanah Airku[sunting | sunting sumber]

Sabah Tanah Airku [5]
Bahasa Melayu [6][7] Tulisan Jawi transkripsi IPA [a] Bahasa Inggeris

Sabah, tanah airku [6][7]

Negeri kita yang tercinta [6][7]

Pemuda-pemudi [6][7]

Semua marilah [6][7]

Bangunlah bersatu semua [6][7]

Marilah bersama serta maju jaya [6][7]

Merdeka sepanjang masa [6][7]

Bersatu segala bangsa sentosa [6][7]

Sabah negeri merdeka. [6][7]

سابه تانه ايركو نڬري كيت يڠ ترچينتا ڤمودا-ڤمود سموا ماريله باڠونله برساتو سموا ماريله برسام سرتا ماجو جاي مرديك سڤنجڠ ماس برساتو سڬالا بڠسا سنتوسا سابه نڬري مرديك

[sabah tanah airku]
[nəgəri kita jaŋ tərtʃinta]
[pəmuda pəmudi]
[səmua marilah]
[baŋunlah bərsatu səmua]
[marilah bərsama sərta madʒu dʒaja]
[mərdeka səpandʒaŋ masa]
[bərsatu səgala baŋsa səntosa]
[sabah nəgəri mərdeka]

Sabah, my homeland
Our beloved state
Youngsters
Hereby make it known
Arise all together
Come together to be successful
Liberty for all time
From all the nations let one arise
Sabah, the independent state

Bandar utama[sunting | sunting sumber]

Kota Kinabalu

Peta[sunting | sunting sumber]

Peta Sabah
Lokasi Wilayah Sabah di Malaysia.
Lokasi Sabah di Malaysia

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ww2.sabah.gov.my,. (2015). Lambang Negeri Sabah. Retrieved 6 August 2015, from http://ww2.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/doc-60.html Diarkibkan 2015-09-13 di Wayback Machine
  2. ^ "The Meaning of the Sabah State Crest". Sabah State Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-10. Dicapai pada 10 June 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Crwflags.com,. (2015). British North Borneo 1881-1963 (Malaysia). Retrieved 6 August 2015, from http://www.crwflags.com/fotw/flags/my-sa_nb.html#twoarms
  4. ^ Crwflags.com,. (2015). British North Borneo 1881-1963 (Malaysia). Retrieved 6 August 2015, from http://www.crwflags.com/fotw/flags/my-sa_nb.html#twoarms
  5. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  6. ^ a b c d e f g h i j Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Wilayah Sabah - Sabah Tanah Airku". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  7. ^ a b c d e f g h i j Oh Lirik. "Lagu Wilayah Sabah - Sabah Tanah Airku". ohlirik.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan Lainnya[sunting | sunting sumber]