Jep Sepahtu
Jep Sepahtu | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Nadzri bin Zainal Abidin 9 April 1985 |
Nama lain | Jep |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, pengacara, penyampai radio |
Tahun aktif | 2009–kini |
Ketinggian | 6 ft 1 in (1.85 m) |
Pasangan | Sari Yanti (k. 2017) |
Anak | 4 |
Kerjaya lawak | |
Media | Televisyen, filem |
Genre | Lawak, satira, sketsa |
Subjek | Budaya masyhur, peristiwa semasa |
Ahli | Sepahtu (2011–kini) |
Mohd Nadzri bin Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu[1] (lahir 9 April 1985) merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio tersohor di Malaysia. Beliau seorang pelawak yang aktif dalam bidang seni bersama Shuib Sepahtu bergabung di bawah satu kumpulan yang diberi nama Sepahtu.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau ialah bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Selepas mereka bertiga berpisah, Jep menubuhkan kumpulan Sepahtu yang dianggotai Shuib Sepahtu, juga bekas anggota Kumpulan Sepah.
Jep Sepahtu juga ialah pemenang bagi sebuah rancangan improvisasi Super Spontan 2013[2] dan pernah menewaskan pelawak-pelawak popular yang lain dalam usahanya memenangi Artis Lawak Lelaki Paling Popular[3] di Anugerah Lawak Warna yang dibuat julung kalinya oleh Astro untuk mengiktiraf dan menghargai usaha pelawak negara.
Beberapa hari selepas itu, Jep terus disunting oleh pihak M7 sebagai duta baru produk itu.[4]
Beliau kemudiannya disunting menjadi duta Jakel untuk koleksi jubah dan baju Melayu pada tahun 2016. Beliau juga merupakan pemain pasukan Super Lawak FC.
Jep menjadi pengacara program lawak iaitu Skool Of Lawak bersama Johan Raja Lawak yang bersiaran di Astro Warna. Beliau juga menjadi penyampai radio di Sinar FM untuk segmen Pagi di Sinar bersama Rahim R2 dan Angah Raja Lawak, yang sebelum ini dikenali sebagai Sepahtu Sinar.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Beliau merupakan anak ke-4 daripada 7 adik-beradik. Pada 25 Februari 2017, beliau telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sari Yanti. Mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang diberi nama Dariya Inara pada 25 April 2018. Pada 6 June 2020, mereka menyambut kelahiran bayi lelaki iaitu anak kedua Jep dan Sari Yanti yang diberi nama Muhammad Khidir. [5]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Sofazr The Movie - Jiwa Kacau | Bob | Filem pertama |
Sepah The Movie | Jeff | ||
2013 | Oh Mak Kau! | Sam |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
- Burger Layan Diri
- Ibu Mee Segera
- Bomoh Temberang
- Dodol Si Bujang Sepah
- Lemang Si Bujang Sepah
- Biar Betul Bendul
- Sebelum Raya
- Bas King Raya
- Dari Kedah ke Kuala Lumpur
- Bapak-Bapak Aidilfitri
- Lemang Si Bujang Sepah
- Siapa Dapat Lisa
- Maharaja Lawak Raya
- Warna Raya 2012
- Warna Raya 2013
- Sepahtu Kepok Bonda
- Ayah Den Lopeh
- Sepahtu Kisah Tauladan
- Sepahtu Mercun Raya
- Sepahtu Cinta Plastik
Televisyen[sunting | sunting sumber]
- Bujang Sepah Lalalitampom (13 Episod)
- Bujang Sepah Silalalitampom (26 Episod)
- Tok Ketua (13 Episod)
- Biar Betul Bendul (13 Episod)
- Gelak Khas
- S.Y.O.K.
- Edisi Khas
- Buletin Cinta
- Sepahtu Angan Tak Sudah
- Karoot Komedia
- Karoot Komedia X
- Karoot Komedia X Musim 2
- Karoot Komedia X Musim 3
- Skool Of Lawak (sebagai pengacara bersama Johan Raja Lawak)
- Jenaka Kampung Kalut
- Jenaka Kampung Kalut (JKK) Musim 2
- Jenaka Kampung Kalut (JKK) Musim 3
- Betul Ke Bohong Musim 1
- Betul Ke Bohong Musim 2
- Betul Ke Bohong Musim 3
- Kalau Berani 1 vs 0
- Super Spontan 2013
- Meja Bulat Sepahtu
- Sepahtu Reunion
- Konsert Komedi Episod 1
- Sepahtu Reunion Live Musim 1
- Sepahtu Reunion Live Musim 2
- Sepahtu Reunion Live Musim 3
- Sepahtu Reunion Raya Gear 5 (5 episod)
- Sepahtu Reunion Live Musim 4
Sitkom[sunting | sunting sumber]
- Bujang Sepah Lalalitampom (2010)
Peserta[sunting | sunting sumber]
- Juara Raja Lawak Musim 3 2009
- Juara Maharaja Lawak 2011
- Juara Super Spontan 2013
- Juara Maharaja Lawak Mega 2013
- Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2014
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2009 | Raja Lawak Musim 3 | Juara | Sepah (Jep, Shuib & Mamat) | Menang |
2011 | Maharaja Lawak | Juara | Menang | |
2012 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012[6][7] | Artis Komedi Lelaki Popular | Jep Sepahtu | Tercalon |
2013 | Anugerah Lawak Warna[8][9] | Artis Lawak Lelaki Paling Popular | Jep Sepahtu | Menang |
Super Spontan[10] | Juara | Jep Sepahtu | Menang | |
Maharaja Lawak Mega 2013 | Juara | Sepahtu (Jep, Shuib & Rahim) | Menang | |
2014 | Anugerah MeleTOP Era 2014[11] | Bintang TV MeleTOP | Super Spontan 2013 | Menang |
Bintang Filem MeleTOP | Sepah The Movie | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013[12] | Artis Komedi Lelaki Popular | Jep Sepahtu | Menang | |
Anugerah Lawak Warna 2014[13] | Artis Lawak Lelaki Paling Popular | Jep Sepahtu | Menang | |
Maharaja Lawak Mega 2014 | Naib Juara | Sepahtu (Jep & Shuib) | Menang | |
2015 | Anugerah MeleTOP Era 2015 | Artis Lawak MeleTOP | Jep Sepahtu | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 | Artis Komedi Lelaki Popular | Jep Sepahtu | Tercalon | |
Anugerah Lawak Warna 2015 | Artis Lawak Lelaki Paling Popular | Jep Sepahtu | Menang | |
Grup/Duo Lawak Paling Popular | Sepahtu | Menang | ||
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Artis Lawak MeleTOP | Jep Sepahtu | Tercalon |
Anugerah Pilihan Online 2016 | Selebriti Komedi Pilihan Online | Jep Sepahtu | Tercalon | |
Anugerah Melodi 2016 | Personaliti Komedi Melodi | Jep Sepahtu | Menang | |
2017 | Anugerah Stail EH! 2017 | Pasangan Selebriti Pilihan | Jep & Sariyanti | Tercalon |
Anugerah MeleTOP Era 2017 | Bintang Online MeleTOP | Jep Sepahtu | Tercalon | |
Penyampai Radio MeleTOP | Jep Sepahtu | Tercalon | ||
Program Radio MeleTOP (Sepahtu Sinar) | Sepahtu (Jep, Shuib & Rahim) | Tercalon | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 | Artis Komedi Popular | Jep Sepahtu | Tercalon | |
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Couple MeleTOP | Jep & Sariyanti | Menang |
Artis Lawak MeleTOP | Jep Sepahtu | Tercalon | ||
Penyampai Radio MeleTOP | Jep Sepahtu | Tercalon | ||
Program TV MeleTOP (Sepahtu Reunion Live) | Jep , Shuib, Rahim R2 dan Illya Buang | Menang | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Komedi Popular | Jep Sepahtu | Tercalon | |
Penyampai Radio Popular | Jep Sepahtu | Tercalon | ||
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Artis Lawak MeleTOP | Jep Sepahtu | Menang |
Penyampai Radio MeleTOP | Jep Sepahtu | Tercalon | ||
Program TV MeleTOP (Sepahtu Reunion Al Puasa) | Jep, Shuib, Rahim R2 dan Illya Buang | Menang | ||
Program Radio MeleTOP (Pagi di Sinar) | Jep, Rahim & Angah | Tercalon |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Tiada Tekanan Kerja, Jep Sepahtu Lebih Selesa Di Stesen Radio
- ^ JUARA MILIK JEP DI SUPER SPONTAN 2013.. Astro Gempak.
- ^ Jep, Didie paling lawak. Harian Metro. 2013/08/17.
- ^ MENANG ARTIS KOMEDI POPULAR, JEP DILANTIK DUTA M7. Murai. 27 OGOS 2013.
- ^ https://beautifulnara.com/tahniah-sari-yanti-dan-jep-sepahtu-timang-cahaya-mata-pertama/
- ^ Anugerah Bintang Popular 2012 — Senarai Penuh Pencalonan Akhir Lima Teratas. RotiKaya. 09 January 2013, 3:01PM.
- ^ Top 5 APBBH 2012, Zizan Razak Dahului Dengan 8 Pencalonan. gua. 9 JAN 2013, 09:30PM.
- ^ INILAH SENARAI PENCALONAN TOP 5 ANUGERAH LAWAK WARNA. Murai. 12 JULAI 2013.
- ^ Senarai Penuh Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013. Astro Gempak. 8/16/2013.
- ^ Jep Sepahtu Rangkul Juara Super Spontan 2013. Saturday, 02 November 2013.
- ^ Jep sepahtu memenangi Anugerah Bintang TV Meletop. Saturday, 08 February 2014.
- ^ Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH 2013. Saturday, 24 May 2014.
- ^ Anugerah Lawak Warna 2014 . Friday, 20 September 2014.