Kampung Ladang Tok Pelam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Ladang Tok Pelam
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Ladang Tok Pelam
Mohor rasmi Kampung Ladang Tok Pelam
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriTerengganu
Daerah Kuala Terengganu
KampungKampung Ladang Tok Pelam
Pentadbiran
 • JenisRaja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Ibrahim
 • Perdana MenteriAnwar Ibrahim
 • Timbalan Perdana MenteriAhmad Zahid Hamidi, Fadillah Yusof
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
20400
Kod kawasan+609
Lokasi Kampung Ladang Tok Pelam di Peta Google

Kampung Ladang Tok Pelam terletak berhampiran dengan Bulatan Ladang, di barat Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu. Kampung ini dahulunya menempatkan pusat pembuatan tembaga tradisional Melayu Terengganu. Kampung ini telah wujud sekitar 1800. Kampung ini dirobohkan pada tahun 2011 setelah pengambilalihan tanah wakaf dilakukan yang menyaksikan tanah ini bertukar milik kepada Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu. Kini kampung ini menjadi tapak pembinaan Pangsapuri Ladang Tok Pelam setinggi 32 tingkat yang menjadi bangunan tertinggi di Kuala Terengganu sejurus selepas ianya mencapai ketinggian akhir ketika itu. Penduduk asal kampung ini diberikan rumah di Pangsapuri Ladang Gemilang.

Kampung ini mencetus kontroversi disebabkan penentangan oleh penduduk asal yang mahukan kampung berkenaan dikekalkan sebagai warisan Melayu Terengganu.

SEJARAH

Kampung ini mendapat namanya setelah dibuka oleh Tok Pelam iaitu Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz yang berasal dari Hadramaut, Yaman. Pada tahun 1785, beliau telah berpindah ke Terengganu dan menetap di Kampung Pelam, Hulu Terengganu. Kemudian dari Kampung Pelam, beliau telah berpindah ke Kampung Ladang Titian sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1819. Beliau menjadikan kawasan kampung ini sebagai tempat beliau mengajar agama dan memencilkan diri dan akhirnya menjadi tempat beliau dimakamkan. Tanah Perkuburan Ladang Tok Pelam menempatkan makam beliau di tengah-tengah perkuburan dengan bangunan yang dikenali sebagai ‘ka’boh’.

Kampung ini pernah terkenal dengan pembuatan nasi dagang yang dianggap paling lazat di Terengganu suatu ketika dahulu. Pembuatan makanan seperti sata dan pulut lepa (pulut panggang) juga dikenali di sini. Kampung ini bersempadan dengan Klinik Kesihatan Kuala Terengganu (hospital lama) dan juga dengan Kampung Ladang Sihat.

BUDAYA

Pada hari raya, diadakan adat berziarah. Tabung Tok Pelam dibuka dan diadakan jamuan besar-besaran kepada waris yang hadir ke tanah perkuburan pada hari raya untuk menziarahi dan membersihkan perkuburan. Panji kebesaran Islam, iaitu bendera yang tertulis ayat-ayat suci Al-Quran juga dikibarkan di tiang bendera di tengah tanah perkuburan sebagai tanda keraian kemenangan hari raya. Kini, budaya berkenaan terganggu gugat memandangkan tiada lagi kampung yang wujud untuk mengekalkan budaya berkenaan.

Terengganu merupakan sebuah negeri yang mempunyai sultan dan salah sebuah negeri yang membentuk negara Malaysia. Ia juga dikenali dengan gelaran Terengganu Darul Iman. Terdapat banyak pulau peranginan yang terletak berhampiran pantai Terengganu, seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Tenggol.[1]. Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang,[2] dan keropok lekor.[3]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Kampung Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu, Terengganu ialah 20400.[4]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pulau peranginan jadi tumpuan pelancong". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-25. Dicapai pada 2018-08-08.
  2. ^ "Pengusaha nasi dagang tidak ketinggalan memperkenalkan makanan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2018-08-08.
  3. ^ "Rekod baharu keropok lekor terpanjang dihasilkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-23. Dicapai pada 2018-08-08.
  4. ^ Carian Poskod

Pautan luar[sunting | sunting sumber]