Kampung Simpang Empat, Baling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kampung Simpang Empat terletak di mukim Baling, Kedah merupakan kampung yang majoriti penduduknya adalah berketurunan Siam. Sejak berabad lamanya penduduk ini menetap di kawasan ini. Mereka masih mengekalkan adat dan tradisi nenek moyang mereka sehingga sekarang. Kebanyakan mereka berpenganut agama Buddha. Keindahan flora dan fauna masih kekal kerana kampung ini terletak di kawasan Hutan Simpan Kekal Royal Belum. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat pelbagai spesis hidupan liar berkeliaran di kawasan kampung seperti babi hutan, tenggiling, gajah liar, harimau, landak, ayam hutan, tupai terbang dan sebagainya. Selain itu, di kawasan pedalaman kampung ini, terdapat air terjun atau lata yang masih indah dan cantik belum diterokai kerana ia merupakan kawasan hutan simpan kekal. Anda dapat melihat airnya yang jernih apatah lagi terdapat banyak ikan-ikan seprti ikan kelah, sebarau, baung dan lain-lain lagi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung Simpang Empat terbahagi kepada dua kawasan semasa zaman jajahan British. Pihak British membahagikan kawasan kepada 'White Area' dan 'Black Area' kerana pada masa itu pihak Bintang Tiga atau Komunis yang diketuai Chin Peng bermaharajalela di hutan-hutan kampung ini. Kebanyakan penduduk pada masa itu ditempatkan di kawasan White Area yang dijaga atau dikawal oleh pasukan sukarelawan bersenjata yang terdiri daripada penduduk kampung sendiri. Pasukan bersenjata ini ditubuh oleh pihak British untuk menjaga keselamatan dan keamanan di sekitar kampung. Namun begitu, terdapat ramai penduduk kampung mati akibat angkara pihak Komunis kerana ia terletak berdekatan dengan kawasan yang bersempadan dengan negara Thai dan Keroh, Grik di mana pihak Komunis berlindung.

{{Navbox | image = | name = Kedah | titlestyle = background:steelblue | title = Bendera Kedah Negeri Kedah Darul Aman نڬري قدح دارالامان |style = background-color:lightsteelblue; |group1 = Daerah | list1 = Kota Setar Kuala Muda Kulim Pokok Sena Langkawi Kubang Pasu Baling Bandar Baharu Padang Terap Pendang Sik Yan |group2 = Bandar Utama |list2 = Alor Setar (Ibu Negeri Kedah) • Sungai Petani (Bandar Terbesar Negeri Kedah) • Kulim Langkawi Pokok Sena Jitra |group3 = Bandar Membangun |list3 = Changlun Baling Kuala Ketil Gurun Serdang Kuala Nerang Pendang Sik Yan |group4 = Bandar Baru |list4 = Bandar Anak Bukit Alor Setar (bandar diraja) • Bandar Muadzam Shah Alor Setar (bandar pentadbiran) • Bandar Baru Mergong Bandar Stargate Bandar Aman Jaya Bandar Laguna Merbok Bandar Tunku Puteri Bandar Darulaman Bandar Baru Sintok Bandar Baru Bukit Kayu Hitam |group5 = Pekan / Mukim |list5 = Alor Janggus Alor Mengkudu Alor Tajar Bedong Bukit Selambau Guar Chempedak Jeniang Jerai Kepala Batas, Alor Setar Kodiang Kota Sarang Semut Kuah Kuala Kedah Langgar Lunas Merbok Mahang Naka Nami Padang Serai Relau Serdang Tanjung Dawai Tokai |group6 = Pulau |list6 = Pulau Dayang Bunting Pulau Langkawi Pulau Payar Pulau Songsong Pulau Bunting Pulau Telor Pulau BidanPulau Perak Pulau Tuba |group7 = Sungai |list7 = Sungai Kedah Sungai Muda Sungai Merbok Sungai Kilim Sungai Anak Bukit Sungai Tajar Sungai Pendang Sungai Langgar |group8 = Gunung |list8 = Gunung Jerai Gunung Raya Gunung Mat Chinchang |group9 = Tasik |list9 = Tasik Pedu Tasik Beris Tasik Dayang Bunting |group10 = PBT |list10 =Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) • Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) • Majlis Perbandaran Kulim (MPKk) • Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) • {{nowrap|Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBBk) Majlis Daerah Baling (MDB)