Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia
Kerajaan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk9 Ogos 1955; 68 tahun yang lalu (1955-08-09)
JenisKerajaan
Ibu pejabatWisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62574 Putrajaya
Kakitangan13,672 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 2,527,234,300 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • YBhg. Datuk Zurinah Binti Pawanteh, Ketua Setiausaha
Laman sesawang
www.ketsa.gov.my

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia ialah kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Dahulu ia dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) yang dipecahkan kepada dua kementerian iaitu kementerian ini dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Malaysia (kini Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air) pada 12 Disember 2023.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kementerian ini asalnya merupakan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang ditubuhkan selepas pengumuman penyusunan semula kabinet baru YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2004.

Satu kombinasi jabatan daripada empat kementerian menghasilkan tanggungjawab kementerian yang baru. Kementerian-kementerian berkenaan adalah:

  • Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (KTPK);
  • Pengukuran dan Pemetaan (INSTUN)
  • Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar (KSTAS);
  • Kementerian Perdagangan Utama (KPU)
  • Kementerian Pertanian (KP)

Pada 10 Mac 2020, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli ditubuhkan di bawah kerajaan baharu pimpinan Perikatan Nasional bagi menggantikan Kementerian Tanah, Air dan Sumber Asli selaras dengan penubuhan portfolio kementerian.

Portfolio Air daripada kementerian terdahulu diasingkan sebagai Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Portfolio Tenaga daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah dipindah ke kementerian ini.

Jabatan/Agensi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]