Hak asasi manusia di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Asasi Manusia

Perkara 5 - Hak untuk hidup dan Kebebasan diri
Perkara 6 - Larangan perhambaan
Perkara 7 - Hak untuk dikenakan pendakwaan dua kali atas kesalahan yang sama (double jeopardy) dan hak untuk dikenakan tindakan :berdasarkan undang-undang baru
Perkara 8 - Kesamarataan
Perkara 9 - Larangan bergerak
Perkara 10 - Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan
Perkara 11 - Kebebasan beragama
Perkara 12 - Hak pendidikan
Perkara 13 - Hak memiliki harta


Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Keadaan kontroversi hak asasi manusia di Malaysia kerana terdapat dakwaan pelbagai hak asasi manusia penyalahgunaan di negara ini. Kumpulan hak asasi manusia dan kerajaan asing secara amnya kritikal terhadap kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Undang-undang tahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 membenarkan penahanan tanpa perbicaraan atau pertuduhan dan oleh itu adalah sumber keprihatinan terhadap pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia seperti SUARAM.[1]

Pada tahun 2009, Malaysia berada di kedudukan 131 daripada 175 negara-negara oleh Wartawan Tanpa Sempadan dalam Indeks Kebebasan Akhbar.

Perkara 6 - Halangan Perhambaan dan Buruh Paksa[sunting | sunting sumber]

Perkara 6(1 ) :

Tiada sesiapa pun boleh ditahan sebagai abdi.

Hamba bermaksud alat atau harta yang digunakan secara kejam dengan bersifat tidak berperi kemanusiaan. Statusnya telah dikategorikan di bahagian yang paling bawah. Contohnya , situasi yang dapat dilihat dalam karya Tan.Sri P.Ramlee yang berjudul 3 Abdul dimana Abdul Wahub menjual bapa mertuanya untuk dijadikan qhadam.

Manakala maksud perhambaan ialah seseorang yang dirampas atau dinafikan hak kebebasan mereka dan dipaksa untuk bekerja. Di dalam seksyen 2 Akta Anti-pemerdagangan Orang Dan Anti-penyeludupan Migran (Pindaan) 2010[2] telah memberi maksud “pemerdagangan orang" iaitu merekrut, mengangkut, memindahkan, menyimpan, menerima seseorang bagi maksud eksploitasi.

Di bawah Perkara 6(1)[3] menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.  Perbuatan ini merupakan satu larangan mutlak yang terpakai kepada sektor awam dan swasta. Ia melarang Parlimen dan eksekutif dari mewujudkan apa-apa langkah yang boleh terjumlah kepada perhambaan. Ini bermaksud segala jenis kerja paksa yang telah dikenakan kepada semua rakyat termasuk bukan warganegara Malaysia adalah dilarang sama sekali

Perkara 6(2) :

Segala jenis kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara

Perkara 6(2)[4] telah memberi pengecualian dimana undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi diadakan perkhidmatan kerahan untuk negara, termasuk perkhidmatan tentera wajib.  Sebagai contoh Skim Rukun Tetangga dan Latihan Khidmat Negara-Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Pindaan 2009).

Persoalannya sekaranga, adakah imigran di Malaysia merupakan buruh paksa. Seperti yang kita sedia maklum sebahagian besar imigran yang dibawa masuk ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa kerana terikat dengan hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal. Selain dari itu, Sejumlah besar wanita muda direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia, yang mana sesetengah mereka juga dipaksa untuk bekerja sebagai hamba seks di Malaysia.

Situasi diatas berkait rapat dengan isu pemerdagangan manusia, oleh hal yang demikian, ini telah mendorong Malaysia untuk mengrektifikasikan [Nations Convention against Transnational Organized Crime (2000)][5]  pada 24 Sept 2004 seterusnya mewujudkan obligasi kepada negara kita. Hal ini juga mendorong Malaysia untuk membuat Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007, dimana undang-undang ini dirangka untuk mencegah kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia. Disebabkan Malaysia merupakan tumpuan pendatang asing yang akhirnya menjadi mangsa kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia. Namun begitu, terdapat beberapa pengecualian kepada perhambaan, iaitu Latihan Khidmat Negara , Akta Latihan Khidmat Negara 2003, namun kini , pelatih diberi pilihan untuk menyertai PLKN secara sukarela atau tidak,  banduan, peminjaman perkhidmatan  dan Skim Rukun Tetangga.

Hal ini diterangkan dengan lebih jelas dalam kes Barat Estates & Anor v Parawakan a/l Subramaniam & 335 Ors (2000)[6] . Perkara 6 memberi garis panduan tentang pengambilan pekerja mengikut Perlembagaan yang terkandung dalam Akta Kerja 1955. Ini menunjukkan bahawa statut ini mestilah dibaca bersama dengan peruntukan Perlembagaan. Kes ini berkaitan dengan sekumpulan pekerja telah meminta pampasan daripada pihak majikan kerana syarikat yang mereka telah bekerja tersebut telah dijualkan. Hakim Gopal Sri Ram memutuskan bahawa  Parlimen telah mengatakan dengan jelas melalui statut tersebut bahawa pekerja berhak mendapat notis penamatan. Malah, peruntukan tidak mengiktiraf persambungan kontrak bekerja secara automatik jika majikan telah bertukar atau ditukar. Semua pekerja mempunyai hak merekaa untuk memilih majikan mereka. tiada siapa boleh menentukan orang lain untuk bekerja dengan pihak lain.

Perkara 6(3) :

Kerja sampingan yang telah ditetapkan oleh mahkamah sebagai satu hukuman

Seterusnya, pengecualian perhambaan ini dapat dilihat dalam perkara 6(3)[7] menerangkan bahawa kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat daripada sesuatu sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian perkara ini, dengan syarat kerja dan khidmat itu dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan suatu pihak berkuasa awam.  Ini dengan nyata memperuntukkan bahawa kerja yang dijalankan berkaitan dengan hukum penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah tidak dikira sebagai kerja paksa.

Perkara 6(4) :

Peminjaman Perkhidmatan

Akhir sekali, dalam Perkara 6(4)[7] menurut undang-undang bertulis membenarkan pemindahan pengambilan pekerja daripada pihak berkuasa awam pertama kepada pihak berkuasa kedua, maka pihak berkuasa awam pertama terikat untuk berkhidmat dengan pihak berkuasa awam kedua. Hal ini tidaklah dikira sebagai kerja paksa.  Contohnya, seorang pegawai kerajaan telah dipindahkan dari UPM ke UITM. Jenis peminjaman perkhidmatan (secondement) ini tidak boleh didapati di sektor swasta atau di antara entiti awam dan swasta.

Perkara 7 - Perlindungan daripada Undang-undang Jenayah Kuatkuasa Kebelakang dan  Perbicaraan Berulang.[sunting | sunting sumber]

Perkara 7 Perlembagaan Persekutuan - Perlindungan daripada Undang-undang Jenayah Kuatkuasa Kebelakang dan  Perbicaraan Berulang.

1) Tiada seseorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan atau dibuat dan tiada seseorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.

2) Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang telah membebaskan atau mensabitkannnya itu.

Ulasan Perkara 7(1)

Semestinya segala undang-undang direka oleh manusia ini adalah bertujuan untuk mengatasi sesuatau masalah ataupun untuk mengelakkan suatu masalah daripada berlaku. Jika kita lihat rasional kewujudan Perkara 7(1) ini adalah bertujuan untuk meletakkan batasan dan untuk mengakkan keadilan, di mana seseorang yang dihukum berdasarkan undang-undang yang tiada semasa dia melakukan kesalahan itu adalah langsung tidak adil dan bercanggah dengan prinsip kedaulatan undang-undang.

Perkara 7(1) tidak membenarkan seseorang itu dihukum dibawah sesuatu undang-undang yang belum dikuatkuasakan ketika kesalahan itu dilakukan. Ini bermaksud bahawa seseorang tidak boleh dihukum melakukan kesalahan yang ketika ia dibuat, undang-undang itu belum dikuatkuasan. Selain itu, Perkara 7(1) turut melarang seseorang itu dihukum dengan hukuman yang lebih berat daripada hukuman yang ditetapkan ketika kesalahan berlaku.

Perkara 7(1) ini hanya tertakluk kepada undang-undang substantif (Hak substantif) sahaja dan bukan procedural (Hak procedural). Hak substantif bermaksud hak yang dapat menjejaskan kepentingan seseorang individu seperti hak beban pembuktian dan kuasa menambah hukuman. Manakala Hak prosedural pula berkaitan dengan hak yang tidak akan memberikan kesan yang langsung kepada hak seseorang individu, seperti bentuk perbicaraan dan sebagainya.

Kes-kes yang mengaplikasikan Perkara 7(1) adalah seperti berikut :

1.  Keputusan mahkamah dalam kes Lim Sing Hiaw v Public Prosecutor[8] , tertuduh dibicarakan oleh hanya seseorang hakim. Namun begitu, ketika tertuduh melakukan kesalahan, undang-undang menetapkan bahawa tertuduh hendaklah dibicarakan oleh seorang hakim dan seorang panel juri. Akhirnya, mahkamah memutuskan bahawa pertukaran cara perbicaran hanyalah undang-undang prosedural dan tidak tertakluk bawah Perkara 7(1).  Keputusan ini juga diikuti dalam kes Gerarld Fernandez v Attorney General[9], Malaysia  dan Chua Han Mow v Superintendent of Pudu Prison[10] .

2. Di dalam Loh Kooi Choon v Government of Malaysia[11]  pula mahkamah persekutuan telah memutuskan bahawa Perkara 7(1) hanya terpakai untuk undang-undang jenayah sahaja dan bukan untuk undang-undang sivil.  Maka jelaslah penggunaan Perkara 7(1) ini dalam undang-undang jenayah.

3. Merujuk kepada kes Public Prosecutor v Mohamed Ismail[12] , tertuduh didapati bersalah dibawah Akta Dadah Berbahaya. Mengikut undang-undang yang sedia ada ketika tertuduh melakukan kesalahan tersebut, bagi menjatuhkan hukuman, hakim diberi kuasa budi bicara untuk memilih hukuman sama ada hukuman bunuh atau penjara seumur hidup dan sebatan. Tetapi pada hari hukuman itu dijatuhkan, undang-undang telah pun dipinda dan hukuman dijadikan lebih berat iatu hukuman mati mandatori jika didapati bersalah. Merujuk kepada Perkara 7(1) Perlembagaan Persekutuan, mahkamah memutuskan bahawa undang-undang yang terpakai adalah undang-undang ketika kesalahan itu dibuat dan bukan apabila hukuman itu dijatuhkan.

Ulasan Perkara 7(2).

Dibawah Perkara 7(2), perbicaraan semula adalah dilarang terhadap orang yang telah dibebaskan atau disabitkan kesalahan ke atas kesalahan yang sama. Pengecualian diberikan jika sabitan atau pembebasan itu dibatalkan atau mahkamah yang lebih atas memerintahkan perbicaraan semula.

Namun begitu, perlindungan Perkara 7(2) adalah tidak mutlak kerana Perkara 7(2) tidak dipakai sekiranya tertutuduh dihukum dibawah prosiding disiplinari[13]  dan juga ‘detention order’[14] .

Sekiranya sesuatu keputusan di’quash’ dan digelarkan sebagai ‘nullity’, ia akan menghalangkan pemakaian Perkara 7(2). Ini diputuskan di dalam Mahkamah Persekutuan di dalam kes Fan Yew Teng v Public Prosecutor[15] , menurut Lee Hun How CJ, sekiranya mahkamah memutuskan perbicaran itu sebagai dibatal, perbicaran itu akan dijadikan seperti ia tidak pernah wujud menyebabkan mahkamah tidak boleh mensabit ataupun melepaskan dari hukuman.

Tertuduh yang dilepaskan disebabkan alasan tertentu bukan bermakna tertuduh itu “diacquit”seperti tertakuluk didalam perkara 7(2). Ini diputuskan oleh Abdoolcader J di dalam Yeap Hock Seng v Minister of Home Affairs Malaysia[16] .

Perkara 7(2) juga tidak melindungi tertuduh daripada pelbagai prosiding. Ini diputuskan dalam Jamali bin Adnan v Public Prosecutor[17]  dimana perayu telah disabit oleh mahkamah sesyen untuk rompakan dengan menggunakan senjata. Mahkamah memutuskan bahawa sabitan tersebut tidak menghalang perayu dibicara oleh mahkamah tinggi  untuk kesalah mempunyai senjata. Ini bermaksud, Perkara 7(2) tidak akan melindungi seseorang daripada dibicarakan di dua mahkamah di atas dua kesalahan yang berbeza yang dilakukan bersama.

Perkara 9 - Larangan Dibuang Negeri dan Kebebasan Bergerak[sunting | sunting sumber]

Perkara 9(1)[18] menyebut, tiada seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan.

Perkara ini memberi hak mutlak kepada warganegara untuk tidak dibuang negeri. Isu timbul apabila seorang itu menhadapi masalah dengan kewarganegaraan. Oleh itu, Perkara 9(1) perlu dibaca bersama dengan perkara-perkara berkaitan dengan kewarganegaraan. Disebut jelas di dalam Perlembagaan bahawa hak ini hanya terpakai kepada warganegara sahaja seperti Ex parte Tan Kheng Long[19] dimana Hakim Rigby menyatakan bahawa perintah buang negeri itu adalah muktamad membuktikan kekurangan permohonan kewarganegaraan. Keputusan ini menunjukkan bahawa perlindungan yang ada dibawah perkara 9 hanya terpakai kepada warganegara sahaja.

Perkara 9(2)[18]  Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.

Contoh kes yang menerangkan Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan adalah kes Datuk Syed Kechik Bin Syed Mohamed v Government of Malaysia & Anor [1979] 2 MLJ 101. Pada asalnya, plaintif merupakan anak negeri Kedah dan telah dihantar bertugas ke Sabah pada tahun 1965. Beliau telah berasa selesa dan berkeluarga di Sabah. Datuk Syed Kechik juga kemudian telah memulakan perniagaan di Sabah kerana menikmati kemudahan-kemudahan yang diberi kepada beliau di Sabah. Pada tahun 1971, plaintif telah menghantar permohonan kepada Mahkamah Negeri untuk mendapatkan keistimewaan menjadi anak negeri Sabah dan permohonan tersebut telah diterima.

Pada tahun 1976 telah diadakan satu pilihan raya dan parti BERJAYA (Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah) bertanding bagi merebut kerusi. Peristiwa tersebut telah menimbulkan satu konflik kepada permohonan Datuk Syed Kechik untuk bermastautin di Sabah iaitu manifesto yang dibawa oleh parti BERJAYA adalah untuk menghalau keluar Datuk Syed Kechik jika parti tersebut berjaya dalam pilihan raya yang diadakan. Jadi, Datuk Syed Kechik telah membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dan rayuan tersebut diterima oleh Mahkamah Persekutuan yang menyebabkan Datuk Syed Kechik tidak dibuang negeri dan berhak untuk bermastautin di Sabah.

Kes ini jelas menunjukkan bahawa Perkara 9(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kebebasan bergerak kepada mana-mana warganegara dan juga bebas untuk bermastautin di mana-mana bahagian di Malaysia.

Adakah perkara 9 meliputi Hak untuk keluar negara?

Perkara 9 dalam perlembagaan cuma terhad meliputi perlindungan hak kebebasan bergerak didalam negara sahaja dan tidak meliputi hak keluar negara, Hal ini dijelaskan dengan baik oleh Tun Ahmad Suffian

“Dimana Perlembagaan melalui perkara 9 memberikan kepada warganegara,terhad kepada limitasi yang dinyatakan,hak untuk  bergerak bebas didalam negara dan hak menetap di mana mana sahaja didalam negara,namun ianya senyap mengenai hak warganegar untuk keluar dari negara dan meliki passport untuk tujuan tersebut, dan demikian ,berdasarkan penghakiman kami,warganegara tidak mempunyai hak perlembagaan untuk meningalkan negara dan melancng ke luar negara . Benar,mana mungkin perlembagaan menjamin hak sesuatu yang luar dari jurisdiksi kuasanya?”

Dengan jelas perkara 9 cuma meliputi hak bergerak dan menetap didalam negara sahaja dan tidak melindungi hak untuk keluar negara.

Kes  GOVERNMENT OF MALAYSIA & ORS v LOH WAI KONG [1979] 2 MLJ 33.

Defendan,Mr Loh Wai Kong ,seorang pelajar di Australia ,pemegang kad Penduduk Tetap Australia ,telah kembali ke Malaysia untuk pulang ke kampung halaman beliau. Beliau telah diisukan kad passport yang sah sehingga 3 tahun dari kerajaan Australia .Pada 2 Ogos 1976,dia telah didakwa dengan kesalahan jenayah di mahkamah Ipoh,dan passportnya telah diambil.Pada 2 Mac 1977,Passport beliau telah tamat,dan pada 9 Jun tahun yang sama ,beliau diberi semula passport beliau.Pihak Imigresen Malaysia enggan mengisukan passport yang baru kepada plaintiff atas dasar kes jenayahnya masih dalam dalam proses. Defendan mendakwa bahawa beliau mempunyai hak untuk keluar negara dan keenganan mengisukan passport baru merupakan penafian kepada hak tersebut . Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Perkara 9 tidak meliputi mengenai hak untuk keluar dari negara  dan rayuan plaintiff diterima..

Kes ini jelas menunjukkan bahawa perkara 9 tidak memberikan jaminan hak untuk keluar negara dan kerajaan berhak melengahkan atau menahan pemberian passport.

Adakah undang undang yang membuang negeri itu tidak bercanggah dengan perkara 9?

Kes Re Shirle Gordon v Minister of Home Affairs [1974]1 MLJ 210 .Pemohon,bukanya warganegara Malaysia namun seseorang yang diberikan permit status penduduk tetap,telah dikeluarkan perintah untuk buang negeri pada 25 Mac ,1974 dibawah seksyen 5 Ordinan Buang negeri 1959.Pemohon mempertikaikan Perintah buang negeri tersebut dan mengatakan beliau merupakan orang yang dikecuali sepertimana dinyatakan dibawah seksyen 10 ordinan yang sama,maka beliau boleh mengenepikan perintah buang negeri tersebut kerana ordinan tersebut tidak terpakai pada beliau.Mahkamah menetapkan bahwa beliau bukan orang yang terkecuali dan dan Ordinan buang negeri tersebut terpakai kepada beliau.

Kes ini jelas menunjukkan bahawa perkara 9(2) masih tertakluk pada undang undang Malaysia dan pembuangan negeri boleh dilaksanakan andai perintah tersebut jelas disebabkan asas pembuangan negeri .

Kontroversi politik[sunting | sunting sumber]

Ada kes-kes dera di penjara dan mereka telah disahkan oleh pihak berkuasa.[20]

Pada November 2007, dua perhimpunan politik terbesar sejak tahun 1998 berlaku di Kuala Lumpur mencabar kerajaan Abdullah Badawi. Perhimpunan Bersih telah diadakan pada 10 November dan Hindu Rights Action Force (Hindraf) perhimpunan pada 25 November. Perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik pembangkang untuk menuntut reformasi pilihan raya di Malaysia dan kira-kira 50,000 orang telah mengambil jalan-jalan.[21] Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 10,000 penunjuk perasaan, terutamanya kaum India, menuntut hak sama sosial dan ekonomi dari Bumiputera.[22] Ahli politik Tamil di India seperti Karunanidhi keluar menyokong sebahagian besar penduduk India Tamil dengan menuntut kerajaan India mengambil kira mereka dengan rakan mereka di Malaysia.

Dalam surat bertarikh 10 Disember 2007, keselamatan dalam negeri kementerian mengharamkan seksyen bahasa Melayu akhbar mingguan Katolik, Catholic Herald kerana penggunaan perkataan Allah,[23] menyebabkan Kontroversi Allah.

Infosys Technologies Pengerusi, NR Narayana Murthy, kuat mengkritik layanan buruk profesional IT India di Malaysia dan meminta kerajaan untuk menyelesaikan isu cepat. [1][2]

Rotan[sunting | sunting sumber]

Suatu laporan Amnesty International 6 Disember 2010 yang berjudul 'A Blow to Humanity' mengkritik penggunaan rotan kehakiman di Malaysia dan membuat kesimpulan hukuman "mata pelajaran beribu-ribu orang setiap tahun seksaan sistematik dan layanan buruk, meninggalkan mereka dengan tetap parut fizikal dan psikologi". Laporan itu menjelaskan yang penyalahgunaan: "Dalam penjara Malaysia khas dilatih rotan pegawai pemedih mata ke dalam badan mangsa 'dengan rotan satu meter-lama mengayunkan dengan kedua-dua belah tangan pada kelajuan yang tinggi itu mengoyak rotan ke dalam kulit telanjang mangsa, pulps itu tisu lemak di bawah, dan meninggalkan parut yang meliputi gentian otot. sakit begitu teruk bahawa mangsa sering tidak sedarkan diri."[24]

Tuduhan perkauman[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Ketuanan Melayu

Pertubuhan bukan kerajaan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "COUNTRY PROFILE: MALAYSIA" (PDF). Federal Research Division (Library of Congress). Dicapai pada 2010-08-24. 
  2. Seksyen 2 Akta Anti-pemerdagangan Orang Dan Anti-penyeludupan Migran (Pindaan) 2010
  3. Perkara 6(1) Perlembagaan Persekutuan
  4. Perkara 6(2) Perlembagaan Persekutuan
  5. UNODC (2009), Anti‐Human Trafficking Manual for Criminal Justice Practitioners http://www.unodc.un.org
  6. Farid Sufian Shuaib & Abdul Aziz Bari, Constitution Of Malaysia, Text and Commentary, 3rd Edition, Pearson Malaysia Sdn Bhd, (2012)
  7. 7.0 7.1 Perlembagaan Persekutuan
  8. [1965] 1 MLJ 85
  9. [1970] 1 MLJ 262
  10. [1979] 2 MLJ 70
  11. [1977] 2 MLJ 187
  12. [1984] 2 MLJ 219
  13. Zakaria Abdul Rahman v Ketua Polis Negara Malaysia & Anor [2001] 3 MLJ 385, Mohammed Yusof v Attorney General [1975] 1 MLJ 1
  14. Palautah A/L Sinnayapan v Timbalan Menteri Dalam Negeri [2010] 3 MLJ 295 dan juga Public Prosecutor v Musa [1970]  1 MLJ 101
  15. [1975] 2 MLJ 235
  16. [1975] 2 MLJ 279
  17. [1986] 1 MLJ 68
  18. 18.0 18.1 Perlembagaan Persekutuan
  19. [1958] 3 MC 205
  20. 'Blut'-Video: Malaysia streitet über Prügelstrafe - Politik - stern.de
  21. "Teargas used on rare Malaysia demo". CNN. 2007-11-10. Dicapai pada 2007-12-08. 
  22. Zappei, Julia (2007-12-26). "Ethnic Indian protesters clash with Malaysian police". London: The Independent. Dicapai pada 2007-12-08. 
  23. Company News Story
  24. http://www.amnesty.org/en/news-and-updates/report/malaysia-torture-practiced-systematically-widespread-caning-2010-12-06

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Malaysia topics

Templat:Humanrights-stub