Azahar Mohamed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Azahar Mohamed

PSM; SSAP, DIMP (Pahang); KMN
أزهار بين محمد
Hakim Besar Malaya
ke-12
Memegang jawatan
8 Ogos 2019
Dicalonkan olehMahathir Mohamad
Dilantik olehAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin
Tun Dr Mahathir Mohamad (2018-2020)
Didahului olehZaharah Ibrahim
Butiran peribadi
LahirAzahar bin Mohamed
(1956-04-27) 27 April 1956 (umur 67)
Johor Bahru, Johor, Malaya (kini Malaysia)
PasanganPuan Sri Aminah Haji Md. Yusof
Alma materUniversiti Malaya (LL.B.)
London School of Economics (LL.M.)
ProfesionHakim dan Peguam

Azahar bin Mohamed ( Jawi : أزهار بين محمد; dilahirkan pada 27 April 1956)[1] berkhidmat sebagai Hakim Besar Malaya yang kedua belas di Mahkamah Tinggi Malaya.[2][3]

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Azahar dilahirkan di ibu negeri Johor, Johor Bahru, Malaysia. Beliau lulus dari Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL. B.) pada tahun 1980 sebelum melanjutkan pelajaran ke London School of Economics dan memperoleh Master of Laws (LL. M.) pada tahun 1987.[1][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

1980-an[sunting | sunting sumber]

Azahar memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru pada 2 April 1980. [4] Dalam tempoh dua tahun, beliau dilantik sebagai Majistret di mahkamah majistret Johor Bahru. Pada 15 September 1983, beliau dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya (TPR) di negeri terbesar Semenanjung Malaysia, Pahang.[1]

Setelah kembali dari pengajiannya di United Kingdom, Azahar menyambung semula tugasnya sebagai TPR bermula 15 September 1987 tetapi sekarang dipinjamkan ke Negeri Sembilan. Menjelang 19 Disember 1988, beliau telah menjadi hakim mahkamah sesyen di ibu negara Kuala Lumpur.[1]

1990-an[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Jun 1990, Azahar dipindahkan ke negeri Kelantan untuk memulakan jawatannya sebagai TPR sekali lagi. Antara 1 Mac 1991 dan 15 Februari 1992, beliau bertindak sebagai TPR bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Sejurus selepas itu, Azahar telah dihantar ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai peguam persekutuan kanan. Menjelang akhir tahun 1992, beliau dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia sebagai Timbalan Pendaftar Syarikat.[1]

Bermula April 1994, Azahar dipinjamkan ke Pejabat Peguam Negara sebagai TPR sekali lagi. Selepas dua tahun, beliau telah dijadikan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara pada Mei 1996 sebelum dinaikkan pangkat pada bulan Jun 1997.[1] [4]

2000-an[sunting | sunting sumber]

Setelah berkhidmat di Jabatan Peguam Negara sejak tahun 1994, Azahar dilantik sebagai Ketua Bahagian Sivil pada 1 Februari 2000.[4] Beliau berkhidmat dalam kapasiti ini lebih dari empat tahun sebelum menjadi pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi di Johor Bahru pada Ogos 2004, secara kebetulan, di sinilah dia memulakan perkhidmatan awamnya pada tahun 1980. Pada 27 Julai 2006, Azahar dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi di Johor Bahru.[1]

Azahar secara rasmi memulakan tugas sebagai hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Januari 2009. Beliau ditugaskan di bahagian perdagangan. Kemudian pada tahun itu, beliau telah dilantik semula untuk subdivisi hartanah intelektual mahkamah tinggi.[1]

2010-an[sunting | sunting sumber]

Setelah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Tinggi selama hampir lima tahun, Azahar dinaikkan pangkat sebagai hakim Mahkamah Rayuan Malaysia pada 11 Mei 2011. Beliau berkhidmat di mahkamah rayuan selama lebih kurang tiga tahun sebelum dinaikkankan pangkat ke mahkamah rayuan tertinggi dan terakhir Malaysia pada 12 September 2014, sebagai hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia.[1] Pada 8 Ogos 2019, selepas hampir setengah dekad perkhidmatan di Mahkamah Persekutuan, Azahar naik ke jawatan Hakim Besar Malaya, jawatan kehakiman tertinggi ketiga selepas Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia.[2][3] Beliau menjadi pemegang jawatan tersebut yang ke-12, menggantikan Zaharah Ibrahim yang bersara pada Mei 2019. Sejak itu, Azahar telah berkhidmat sebagai Ketua Hakim sementara menunggu jawatankuasa pelantikan kehakiman dan Perdana Menteri Malaysia untuk menamakan pengganti kekal kepada Zaharah.[5][6][7]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k "YA Tan Sri Azahar Bin Mohamed". kehakiman.gov.my. 16 June 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-08. Dicapai pada 8 August 2019.
  2. ^ a b "Yang Di-Pertuan Agong berkenan terima mengadap dan mengurniakan surat cara pelantikan Hakim" (dalam bahasa Malay). Radio Televisyen Malaysia. 8 August 2019. Dicapai pada 8 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b "Azahar Mohamed appointed chief judge of Malaya". Free Malaysia Today. 7 August 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-07. Dicapai pada 8 August 2019.
  4. ^ a b c d Lim, Ida (28 June 2018). "Azahar Mohamed to be next Chief Justice?". Malay Mail. Dicapai pada 8 August 2019.
  5. ^ "Apex court judge to perform duties as chief judge of Malaya". Malaysiakini. 23 May 2019. Dicapai pada 8 August 2019.
  6. ^ Anbalagan, V (23 May 2019). "Azahar Mohamed to act as chief judge of Malaya pending govt decision". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-28. Dicapai pada 8 August 2019.
  7. ^ Yatim, Hafiz (8 August 2019). "Azahar to be confirmed as Chief Judge of Malaya today?". The Edge (Malaysia). Dicapai pada 8 August 2019.
  8. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 8 August 2019.
  9. ^ a b "YA Tan Sri Dato' Sri Azahar bin Mohamed". kehakiman.gov.my. 7 August 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-08. Dicapai pada 8 August 2019.
  10. ^ Reduan, Hidir (27 January 2018). "Sultan Ahmad Shah's sister heads list of 197 Pahang award recipients". New Straits Times. Dicapai pada 8 August 2019.
  11. ^ "197 penerima pingat, darjah Pahang" (dalam bahasa Malay). Utusan Malaysia. 27 January 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-08. Dicapai pada 8 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
Didahului oleh
{{{before}}}
Hakim Besar Malaya
2019-kini
Pemegang jawatan kini