Kontrak sosial (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Untuk teori falsafah, lihat kontrak sosial; untuk dasar politik, lihat Kontrak Sosial (Ontario) atau Kontrak Sosial (Britain).

Kontrak sosial dalam konteks politik Malaysia difahamkan sebagai pendalaman mengenai Perlembagaan negara tersebut di mana dinyatakan adanya satu persetujuan di kalangan pemimpin atau kumpulan elit tertentu dan merupakan secara beri ganti atau quid pro quo melalui Perkara 14–1100000 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga kedudukan keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia. Istilah ini juga kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Keadaan ini tidak berlaku di Sarawak kerana semua kumpulan kaum adalah warganegara, yang diberikan oleh pemerintah Brooke yang sah, jauh sebelum penubuhan Malaysia.

Konsep ini sangat dipertelingkahkan sebagai suatu cara membenarkan layanan tidak adil kepada masyarakat bukan Melayu di Malaysia oleh pihak kerajaan di bawah tanggapan Ketuanan Melayu, namun ia sangat dinafikan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang sangat berpengaruh sepanjang sejarah Malaysia. Malah, ada juga cendekiawan yang menyatakan bahawa istilah "kontrak sosial" itu langsung tidak wujud secara langsung dalam perlembagaan Malaysia - pengungkapan ini sendirinya datang daripada ucapan seorang wartawan dan ahli politik UMNO Abdullah Ahmad pada tahun 1986.[1] Ungku Abdul Aziz, cendekiawan dan ahli ekonomi Malaysia sendiri mengkritik pengungkapan kefahaman kontrak tersebut yang seakan benar sedangkan ia menurutnya "satu fantasi yang diwujudkan oleh ahli-ahli politik bergantung kepada kepentingan mereka".[2]

Syarat-syarat kontrak[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan kedudukan istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaan juga bersetuju dengannya[perlu rujukan], walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian kedudukan istimewa kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera).

Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak." [3]

Perlembagaan secara ketara memberikan: (1) tanah rizab Bumiputera; (2) kuota dalam perkhidmatan awam; (3) kuota dalam biasiswa; (4) kuota dalam pendidikan awam; (5) kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Perlembagaan juga merangkumi unsur-unsur tradisi Melayu sebahagian identiti Negara Malaysia, itulah termasuk Islam sebagai agama persekutuan (Perkara 3), bahasa Melayu sebagai bahasa negara (Perkara 152), kedudukan institusi raja dan kewarganegaraan mengikut prinsip jus soli. Walaupun banyak orang melayu, terutama orang parti UMNO merujukkan hak-hak keistimewaan tersebut adalah sebagai "rights", tetapi banyak pengkritik mendebatkan bahawa Perlembagaan tidak pernah manyebut hak istimewa orang Melayu:

There is no such thing as a racial "right" to be given special treatment. And that is not me being argumentative, it's the Constitution. You won't find "Malay rights" in the supreme law of our land, instead, you will find terms such as "special position" of Malays. The difference is more than semantics. A right implies something inalienable. A privilege on the other hand is a benefit, presumably given to those who need it. It is inconceivable that discrimination, whether affirmative or not, can be considered a right.[4]

Idea tersebut berhujah bahawa tujuan kontrak sosial adalah "untuk melindungi kaum Melayu dan mengurangkan kesan di segi ekonomi, pentadbiran dan politik daripada kaum pendatang pada masa itu", dan bukan memberi hak-hak khas kepada orang Melayu.[5]

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.[perlu rujukan]

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Perlu diingatkan bahawa hak-hak orang-orang bukan Bumiputera juga telah diberikan apabila negara mendapat kemerdekaan, antaranya penubuhan sekolah-sekolah vernakular seperti sekolah cina dan tamil. Hak-hak ini juga bersifat sementara apabila di dalam Perlembagaan, iaiya mesti dimansuhkan 10 tahun selepas merdeka.[perlu rujukan] Walau bagaimanapun, ianya sudah termaktub di dalam Akta Pelajaran 1996 bilamana kewujudan sekolah-sekolah vernakular dibenarkan untuk diteruskan.

Justeru, kecuali hak-hak istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu." [6]

Kritikan awal[sunting | sunting sumber]

Artikel 153, dan diterangkan oleh kontrak sosial, telah merupakan satu sumber kontoversi semenjak hari-hari mula bagi Malaysia. Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu "Malaysian Malaysia". Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: "Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato' Syed Ja'afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.

Namun begitu kita juga perlu sedar bahawa penghijrahan orang melayu adalah dari Gugusan Kepulauan Melayu (Tanah Melayu,Indonesia,Brunei,Filipina,Singapura dan Thailand) ketika itu yang mempunyai agama, bahasa dan adat yang seakan sama seperti orang melayu di tanah melayu. Justeru perkara ini tidak boleh dipertikaikan berbanding kaum lain seperti cina dan india yang dibawa oleh penjajah ketika itu datang dari negara China dan negara India yang mempunyai agama,bahasa dan adat yang jauh berbeza.


Penggunaan dalam konteks lain[sunting | sunting sumber]

Kontrak sosial kadangkala digunakan untuk merujuk kepada konteks yang tidak melibatkan hubungan kaum. Dalam pilihan raya umum Malaysia 2004, DAP bertanding atas dasar untuk mempertahankan "kontrak sosial" dengan menentang teokrasi Islam, yang dilarang oleh Perlembagaan, tetapi disokong oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir bin Mohamad, Lim Keng Yaik dan PAS, parti politik Melayu yang kedua terbesar dalam negara.

Pelbagai bantahan[sunting | sunting sumber]

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang juga Presiden Gerakan dilaporkan meminta supaya formula itu diketepikan kerana ia membuatkan kaum Cina dan India 'kecil hati'. Beliau merasmikan Konvensyen Anak Malaysia anjuran Pergerakan Pemuda Gerakan pada 13 Ogos 2005.

Subjek Kontrak Sosial[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Oktober 2008, Sultan Perak Sultan Azlan Shah mencadangkan supaya subjek kontrak sosial diperkenalkan di institusi pendidikan supaya generasi muda di negara ini memahaminya dengan lebih mendalam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan kontrak sosial menjadi subjek ko kurikulum di universiti-universiti kerana bukan semua faham dengan kontrak sosial ini. Isu kontrak sosial sebenarnya sudah lama selesai dan ia harus diterima oleh semua pihak.[7] Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah 'Politik Melayu-Islam Kemelut dan Penyelesaian' di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 21 Oktober 2008.

Memanglah semua kaum ada rasa tidak puas hati sedikit sebanyak. Kita akui hakikat ini tetapi jangan cuba persoalkan hak orang Melayu melalui cara yang tersirat .Kita harus berpijak di bumi yang nyata. Lagipun kontrak sosial sudah termeterai dan dipersetujui bersama sejak sekian lama.[8]

Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan subjek ini / penekanan topik dalam subjek Sejarah hanya boleh diperkenalkan pada 2010. Ini kerana ia perlu kajian menyeluruh , tenaga pengajar, peralatan, dan prasarana yang mencukupi. Jika tidak , ia akan dipolitikkan dan menjadi polemik berpanjangan.

Pada 16 Ogos 2008, Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman menegaskan formula kontrak sosial yang berteraskan Perlembagaan Malaysia bukanlah diskriminasi kaum. Sebaliknya ia terbukti menjamin perpaduan antara kaum.[9]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fatimah Zainal; Chung, Clarrisa (24 Mac 2019). "Experts: 'Social contract' never in the Constitution". The Star. Dicapai pada 2 Mei 2020.
  2. ^ Rahmah Ghazali Sabri; Abdul Rahim (11 Mei 2008). "Kontrak sosial tidak wujud, kata Ungku Aziz". Malaysiakini. Dicapai pada 13 Julai 2021.
  3. ^ Shuid, Mahdi & Yunus, Mohd. Fauzi (2001). Malaysian Studies, p. 50. Longman. ISBN 983-74-2024-3.
  4. ^ http://www.thesundaily.my/node/172015
  5. ^ http://www.thesundaily.my/node/172015
  6. ^ Putra, Tunku Abdul Rahman (1986). Political Awakening, p. 31. Pelanduk Publications. ISBN 967-978-135-6.
  7. ^ Universiti Disaran Wujudkan Ko-kurikulum Jelaskan Isu Kontrak Sosial[pautan mati kekal]
  8. ^ "Senator Tidak Setuju Akhbar Tabloid Bangkitkan Isu Kontrak Sosial". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-25. Dicapai pada 2008-10-22.
  9. ^ "Kontrak Sosial Kekal Relevan Sampai Bila-bila, Kata Ghani". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-25. Dicapai pada 2008-10-22.

Rujukan lain[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]