Ular: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
DragonBot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (Bot: Menukar se:Gearpmaš kepada se:Gearpmašat
Baris 752: Baris 752:
[[ru:Змеи]]
[[ru:Змеи]]
[[rue:Змыї]]
[[rue:Змыї]]
[[se:Gearpmaš]]
[[se:Gearpmašat]]
[[sco:Snake]]
[[sco:Snake]]
[[nso:Noga]]
[[nso:Noga]]

Semakan pada 03:59, 14 Januari 2013

Ular
Julat zaman: Awal Zaman Batu KapurKini
Thamnophis elegans terrestris
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Serpentes

Linnaeus, 1758
Subkumpulan
Anggaran taburan ular sedunia, semua spesies

Ular merupakan reptilia maging yang panjang dan tidak berkaki dalam suborder Serpentes. Seperti semua spesies Squamata, ular merupakan vertebrat amniot ektoterma yang berkulitkan sisik yang bertindan-tindih. Kebanyakan spesies ular mempunyai tengkorak yang lebih banyak sendinya berbanding leluhur cicaknya supaya mudah untuk menelan mangsa yang lebih besar daripada kepalanya dengan rahang yang amat mudah gerak. Untuk menampung badan ular yang sempit, organ-organ yang berpasangan (seperti ginjal) tersusun secara berikut-ikut, bukan bersebelahan, apalagi kebanyakan ular hanya mempunyai sebatang paru-paru. Sesetengah spesies mempunyai girdel pelvis dengan sepasang cakar vestij di sebelah kloaka. Juga terdapat jenis reptilia yang tidak berkaki tetapi bukan ular, iaitu cicak tanpa kaki; bezanya adalah, ular tiada kelopak mata dan telinga luaran.

Ular ditemui hidup di setiap benua (kecuali Antartika), Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, serta kebanyakan daratan yang lebih kecil — antara yang terkecuali ialah beberapa pulau besar seperti Ireland dan New Zealand, serta kebanyakan pulau kecil di Lautan Atlantik dan tengah Lautan Pasifik.[1] Lebih daripada 20 famili ular kini dikenal pasti, terdiri daripada sekitar 500 genus dan sekitar 3,400 spesies.[2][3] Ular terdapat dalam pelbagai saiz, daripada ular benang yang hanya berukuran 10 cm, hingga ular sawa rendam yang boleh mencapai 8.7 meter (29 ka).[4][5] Ular dipercayai berevolusi daripada cicak yang mengorek lubang atau hidup dalam air sekitar pertengahan Usia Kapur, yang mana fosil ular terawal yang diketahui bertarikh sekitar 112 juta tahun dahulu. Kepelbagaian ular moden muncul sewaktu zaman Paleosen (sekitar 66–56 juta tahun dahulu).

Kebanyakan spesies tidak berbisa; yang berbisa menggunakan bisanya terutamanya untuk membunuh dan melumpuhkan mangsa berbanding mempertahankan diri. Terdapat ular yang memiliki bisa yang cukup kuat untuk menyebabkan kesakitan yang teruk atau kematian terhadap manusia. Ular yang tidak berbisa pula menelan mangsa hidup-hidup atau menjerut mangsa hingga mati.

Evolusi

Gambaran keseluruhan kelompok maujud secara filogen
Ular moden
Scolecophidia

Leptotyphlopidae

 

Anomalepididae

Typhlopidae

Alethinophidia

Anilius

Alethinophidia teras
Uropeltidae

Cylindrophis

 

Anomochilus

Uropeltinae

Macrostomata
Pythonidae

Pythoninae

Xenopeltis

Loxocemus

Caenophidia

Colubridae

Acrochordidae

Atractaspididae

Elapidae

Hydrophiidae

Viperidae

Boidae

Erycinae

Boinae

Calabaria

Ungaliophiinae

Tropidophiinae

Perhatian: salasilah ini hanya menunjukkan hubungan, bukan masa percabangan evolusi.[6]

Rekod fosil ular agak berkurangan kerana rangka ular biasanya kecil dan rapuh, oleh itu jarang mengalami pemfosilan. Fosil-fosil yang sedia boleh dicamkan sebagai ular (biarpun sering memelihara kaki belakang) mula-mula muncul dalam rekod fosil pada Usia Kapur.[7] Fosil-fosil ular terawal yang diketahui datang dari tapak-tapak di Utah dan Algeria, masing-masing diwakili oleh genus Coniophis dan Lapparentophis. Tapak-tapak fosil ini dipercayai bertarikh pada kala Albia atau Cenomania pada akhir Zaman Batu Kapur, sekitar 112–94 juta tahun dahulu. Bagaimanapun, terdapat satu fosil dari tapak di Algeria yang dikatakan lebih lama, iaitu mungkin seawal kala Aptia, iaitu 125–112 juta tahun dahulu.[8] Berasaskan anatomi perbandingan, adalah dipersetujui bahawa ular diturunkan dari cicak.[5]:11[9] Ular sawa dan boa—kelompok-kelompok primitif di kalangan ular moden—mempunyai saki-baki 'anggota kaki belakang', iaitu jari-jari halus bercakar yang dipanggil susuh dubur yang digunakan untuk mencekau ketika mengawan.[5]:11[10] Kelompok Leptotyphlopidae dan Typhlopidae turut memiliki saki girdel pelvis yang kadang-kadang kelihatan seperti juluran seakan tanduk.

Semua ular yang diketahui tiada anggota kaki depan. Ini disebabkan oleh evolusi gen Hox yang mengawal morfogenesis anggota kaki. Rangka paksi yang terdapat pada leluhur sepunya ular-ular, seperti mana haiwan-haiwan berkaki empat yang lain, mempunyai pengkhususan tersetempat yang terdiri daripada vertebra serviks (leher), torasik (dada), lumbar (pinggang), sakrum (pelvis), dan kaudal (ekor). Pada awal evolusi ular, ekspresi gen Hox dalam rangka paksi yang mencetuskan perkembangan toraks menjadi dominan. Justeru, kesemua vertebra di hadapan tunas anggota kaki hadapan (apabila hadir) mempunyai identiti seakan toraks (kecuali daripada atlas, paksi, dan 1–3 vertebra leher). Dalam erti kata lain, sebahagian besar rangka ular merupakan toraks yang teramat panjang. Tulang rusuk hanya terdapat pada vertebra toraks. Vertebra leher, lumbar dan pelvis amat sedikit bilangannya (hanya terdapat 2–10 vertebra lumbar dan pelvis), sementara vertebra kaudal hanya tinggal sebatang ekor yang pendek. Namun demikian, ekor ini masih cukup panjang untuk berguna bagi kebanyakan spesies, apatah lagi mengalami pengubahsuaian bagi sesetengah spesies yang tinggal di dalam air atau atas pokok.

Ular moden berpecah menjadi pelbagai jenis sewaktu Paleosen, pada masa yang sama ketika mamalia menjalani penyebaran menyesuai ekoran kepupusan dinosaur (yang bukan unggas). Kelompok Colubridae agak banyak spesiesnya kerana memangsakan rodensia, kelompok mamalia yang amat berjaya.

Asal-usul

Asal-usul ular masih belum dipastikan. Terdapat dua hipotesis utama yang bersaing merebut penerimaan.

Hipotesis Cicak Mengorek Tanah

Terdapat bukti fosil yang membayangkan bahawa ular mungkin berevolusi daripada cicak yang mengorek tanah, seperti Varanidae (atau kelompok seumpamanya) sewaktu Usia Kapur.[11] Sejenis ular fosil terawal, Najash rionegrina, berupa haiwan mengorek berkaki dua dengan sakrum yang hidup di daratan sahaja.[12] Leluhur ini boleh dianalogikan dengan biawak tanpa telinga Lanthanotus yang hidup di Borneo (biarpun ia juga hidup dalam air).[13] Spesies-spesies yang hidup di bawah tanah membentuk badan yang diperkemas untuk menggali, dan lama-kelamaan kehilangan kaki.[13] Menurut hipotesis ini, ciri-ciri seperti kelopak mata lutsinar yang terlakur serta kehilangan telinga luaran timbul untuk menangani kesulitan fosorial seperti kornea tercalar dan kotoran masuk telinga.[11][13] Sesetengah ular primitif juga diketahui memiliki kaki belakang, tetapi tulang pelvisnya tidak tercantum secara terus dengan vertebra. Ini termasuk spesies-spesies fosil seperti Haasiophis, Pachyrhachis dan Eupodophis yang lebih lama sedikit berbanding Najash.[10]

Fosil Archaeophis proavus.
Hipotesis Mosasaur Akuatik

Satu hipotesis alternatif yang berasaskan morfologi, berhujah bahawa leluhur ular mempunyai pertalian dengan mosasaur, iaitu reptilia hidupan air yang pupus dari zaman Batu Kapur yang dipercayai diturunkan daripada biawak purba.[9] Menurut hipotesis ini, kelopak mata lutsinar terlakur pada ular dipercayai berevolusi untuk mengatasi keadaan dalam laut (kehilangan air kornea melalui osmosis), sementara telinga luaran hilang kerana lapuk dalam persekitaran berair, maka hasilnya ialah haiwan yang menyerupai ular laut masa kini. Pada akhir Zaman Batu Kapur, ular kembali hidup di daratan dan terus berkembang menjadi ular-ular masa kini. Fosil ular purba didapati dari endapan laut akhir Zaman Batu Kapur, dan oleh itu sejajar dengan hipotesis ini, lebih-lebih lagi lebih tua daripada Najash rionegrina yang hidup di daratan. Binaan tengkorak yang serupa, kaki yang diperkecil atau hilang, serta persamaan anatomi antara mosasaur dan ular mendatangkan korelasi klados yang positif, tetapi sesetengah ciri ini turut dikongsikan bersama biawak.

Kajian genetik baru-baru ini menunjukkan bahawa ular tidak begitu rapat pertaliannya dengan biawak seperti yang dipercayai dahulu, dan oleh itu tiada pertalian dengan mosasaur yang diusulkan sebagai leluhur ular dalam hipotesis ini. Bagaimanapun, banyak lagi bukti yang mengaitkan mosasaur dengan ular berbanding biawak. Cebisan-cebisan bangkai ular yang ditemui dari zaman Jura dan awal zaman Batu Kapur menandakan rekod fosil yang lebih dalam untuk kelompok-kelompok ini, yang mungkin boleh menyangkal kedua-dua hipotesis ini.

Taburan

Anggaran taburan ular sedunia.

Terdapat lebih daripada 2,900 spesies ular yang tertabur seutara Garisan Artik di Skandinavia hingga seselatan Australia.[9] Ular boleh ditemui di setiap benua (kecuali Antartika), di laut, dan kawasan setinggi 16,000 kaki (4,900 m) di Banjaran Himalaya di Asia.[9][14]:143 Namun demikian, juga terdapat banyak pulau di mana ular tidak dijumpai, seperti Ireland, Iceland, dan New Zealand[14][1] (namun perairan New Zealand sekali-sekala dikunjungi oleh ular laut berperut kuning dan ular katam tebu laut berjalur).[15]

Taksonomi

Semua ular moden dikelompokkan di dalam suborder Serpentes mengikut taksonomi Linneaus, sebahagian daripada order Squamata, namun kedudukan tepat ular dalam Squamata masih dipertikai.[2]

Serpentes terdiri daripada dua infraorder, iaitu Alethinophidia dan Scolecophidia.[2] Pemisahan ini berasaskan sifat-sifat morfologi serta keserupaan jujukan DNA mitokondrion. Alethinophidia juga boleh dipecahkan kepada Henophidia dan Caenophidia, yang mana Caenophidia terdiri daripada ular-ular "kolubroid" (Colubridae, Viperidae, Elapiidae, Hydrophiidae, dan Atractaspis) dan akrokordid, sementara famili-famili Alethinophidia yang lain terdiri daripada Henophidia.[16] Biarpun tidak wujud hari ini, namun Madtsoiidae iaitu ular seakan sawa gergasi yang hidup hingga sekitar 50,000 tahun dahulu di Australia, diwakili oleh genus-genus seperti Wonambi.

Timbulnya pelbagai perbahasan dalam sistematik dalam kelompok ini. Misalnya, banyak sumber mengelaskan Boidae dan Pythonidae dalam satu keluarga, sementara ada juga yang memisahkan Elapidae dan Hydrophiidae (ular laut) atas sebab-sebab praktikal biarpun amat rapat pertaliannya.

Kajian molekul terkini menyokong monofili bagi klad-klad ular moden, Scolecophidia, Typhlopidae + Anomalepididae, Alethinophidia, Alethinophidia teras, Uropeltidae (Cylindrophis, Anomochilus, Uropeltinae), Macrostomata, Boidae, Pythonidae dan Caenophidiae.[6]

Famili

Infraorder Alethinophidia 15 famili
Famili[2] Pengarang takson[2] Genus[2] Spesies[2] Nama am Taburan geografi[17]
Acrochordidae Bonaparte, 1831 1 3 Ular bintil Dari India Barat dan Sri Lanka hingga kawasan tropika Asia Tenggara dan Filipina, ke selatan melalui gugusan pulau Indonesia/Malaysia hingga Timor, ke selatan melalui New Guinea hingga pantai utara Australia ke Pulau Mussau, Kepulauan Bismarck dan Pulau Guadalcanal di Kepulauan Solomon.
Aniliidae Stejneger, 1907 1 1 Ular karang palsu Tropika Amerika Selatan.
Anomochilidae Cundall, Wallach, 1993 1 2 Ular kepala dua kerdil Semenanjung Malaysia dan pulau Sumatera, Indonesia.
Atractaspididae Günther, 1858 12 64 Asp mengorek Afrika dan Timur Tengah.[5][18][19]
Boidae Gray, 1825 8 43 Boa Amerika Utara, Tengah dan Selatan, Karibia, Eropah tenggara dan Asia Kecil, Afrika Utara, Tengah dan Timur, Madagascar dan Pulau Reunion, Semenanjung Arab, Asia Tengah dan Barat Daya, India dan Sri Lanka, Maluku dan New Guinea hingga Melanesia dan Samoa.
Bolyeriidae Hoffstetter, 1946 2 2 Ular rahang belah Mauritius.
Colubridae Oppel, 1811 304[3] 1938[3] Ular biasa Meluas di semua benua kecuali Antartika.[20]
Cylindrophiidae Fitzinger, 1843 1 8 Ular kepala dua Sri Lanka ke timur melalui Myanmar, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Kepulauan Melayu ke sejauh timur Kepulauan Aru dekat pantai barat daya New Guinea. Juga ditemui di China selatan (Fujian, Hong Kong dan Pulau Hainan) dan di Laos.
Elapidae Boie, 1827 61 235 Elapid Di daratan seluruh dunia, di kawasan tropika dan subtropika, kecuali di Eropah. Ular laut ditemui di Lautan Hindi dan Pasifik.[21]
Loxocemidae Cope, 1861 1 1 Ular mengorek Mexico Sepanjang versan Pasifik dari Mexico ke selatan hingga Costa Rica.
Pythonidae Fitzinger, 1826 8 26 Ular sawa Afrika Bawah Sahara, India, Myanmar, China selatan, Asia Tenggara dan dari Filipina ke tenggara melalui Indonesia hingga New Guinea dan Australia.
Tropidophiidae Brongersma, 1951 4 22 Boa kerdil Dari Mexico selatan dan Amerika Tengah, selatan hingga barat laut Amerika Selatan di Colombia, Ecuador dan Peru (Amazon), serta Brazil barat laut dan tenggara. Juga terdapat di Hindia Barat.
Uropeltidae Müller, 1832 8 47 Ular berekor perisai India Selatan dan Sri Lanka.
Viperidae Oppel, 1811 32 224 Ular kapak Amerika, Afrika dan Eurasia.
Xenopeltidae Bonaparte, 1845 1 2 Ular kepala aruan Asia Tenggara dari Kepulauan Andaman dan Nicobar, ke timur melalui Myanmar ke China selatan, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Semenanjung Melayu dan Hindia Timur hingga Sulawesi, dan juga Filipina.


Infraorder Scolecophidia 3 famili
Famili[2] Pengarang takson[2] Genus[2] Spesies[2] Nama am Taburan geografi[17]
Anomalepidae Taylor, 1939 4 15 Ular buta primitif Dari selatan Amerika Tengah hingga barat laut Amerika Selatan. Populasi terserak di barat laut dan tenggara Amerika Selatan.
Leptotyphlopidae Stejneger, 1892 2 87 Ular buta lampai Afrika, Asia barat dari Turki hingga barat laut India, di Pulau Socotra, dari barat daya Amerika Syarikat ke selatan melalui Mexico dan Amerika Tengah hingga Selatan, tetapi tiada di puncak Andes. Di sebelah Pasifik Amerika Selatan, ia terdapat sejauh ke selatan hingga pantai selatan Peru, dan di sebelah Atlantik pula sejauh Uruguay dan Argentina. Di Karibia, ia ditemui di kepulauan-kepulauan Bahamas, Hispaniola dan Antillen Kecil.
Typhlopidae Merrem, 1820 6 203 Ular buta biasa Kebanyakan kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia, terutamanya di Afrika, Madagaskar, Asia, kepulauan Pasifik, Amerika tropika dan Eropah tenggara.

Biologi

Seekor Leptotyphlops carlae dewasa di atas syiling 25 sen Amerika Syarikat.

Saiz

Ular Titanoboa cerrejonensis yang kini pupus didapati mencapai panjang 12–15 meter (39–49 ka). Sebagai perbandingan, ular terbesar yang masih wujud ialah ular sawa yang menjangkau kepanjangan 9 meter (30 ka), dan anakonda yang berukuran sekitar 7.5 meter (25 ka)[22] dan dianggap sebagai ular yang paling berat di Bumi.

Sebaliknya, ular terkecil yang masih wujud ialah Leptotyphlops carlae, dengan panjang sekitar 10 sentimeter (4 in).[23] Kebanyakan ular merupakan haiwan yang agak kecil, dengan panjang kira-kira 1 meter.[24]

Deria

Bau
Ular menggunakan deria bau untuk mengesan mangsa. Ular menghidu dengan menggunakan lidah bercabangnya untuk mengumpul zarah dalam udara untuk disalurkan kepada organ vomeronasal atau organ Jacobson dalam mulut untuk diuji.[25] Cabang dalam lidahnya memebrikan ular suatu deria dan rasa arah berarah serentak.[25] Ular menggerak-gerakkan lidah untuk mengambil zarah dari udara, tanah dan air, menganalisis bahan-bahan kimia yang ditemui, dan menentukan kehadiran mangsa atau pemangsa dalam persekitaran setempat. Bagi ular yang hidup dalam air seperti anakonda, lidahnya berfungsi dengan cekap sekali di dalam air.[25]
Penglihatan
Daya penglihatan ular berbeza-beza sekali, baik yang sekadar mampu membezakan yang cerah dengan yang gelap, mahupun yang tajam sekali, tetapi kebiasaannya daya penglihatan ular memadai namun tidak tajam, sekadar cukup untuk mengesan pergerakan.[26] Umumnya, ular yang hidup di pokok paling baik penglihatannya, sementara ular yang menggali tanah pula paling lemah. Sesetengah ular, seperti ular lidi (genus Ahaetulla), mempunyai penglihatan dwimata, iaitu kedua-dua mata mampu tertumpu pada satu titik yang sama. Kebanyakan ular memfokus dengan menggerak-gerakkan kanta secara ulang alik mengikut retina, sementara dalam kelompok amniot yang lain, kantanya diregangkan.
Imej ular memakan tikus dalam termograf
Kepekaan inframerah
Ular kapak, ular sawa, dan sesetengah jenis ular boa memiliki saraf penerima peka inframerah dalam alur-alur pada muncungnya untuk membolehkannya "melihat" haba yang dipancarkan oleh mangsa mamalia yang berdarah panas. Bagi ular kapak, alur-alur itu terletak di antara lubang hidung dan mata, iaitu di dalam "lubang" di setiap sebelah kepalanya. Ular-ular peka inframerah yang lain memiliki lubang yang lebih kecil pada bibir atas, di bawah lubang hidung sahaja.[25]
Kepekaan getaran
Anggota badan yang bersentuhan dengan tanah amat peka kepada getaran. Oleh itu, ular boleh mengesan kehadiran haiwan lain dengan mengesan getaran yang halus di udara dan di atas tanah.[25]

Kulit

Kulit ular dilitupi dengan sisik yang licin dan kering. Kebanyakan ular menggunakan sisik perut khas untuk berjalan dengan mencengkam permukaan. Sisik badan ular ini ada yang licin, berlunas, mahupun berbutir-butir. Kelopak mata ular merupakan sisik "cermin mata" lutsinar yang kekal tertutup buat abadi, juga dipanggil brille. Mata ular sentiasa terbuka; sewaktu tidur, retina boleh ditutup, atau muka disembamkan dalam lipatan badan.

Sisik mata kelihatan sewaktu ular menyalin kulit.

Salin kulit

Tabiat ular menyalin kulit dikenali sebagai ekdisis, yang mana seluruh lapisan luar kulit disalin dalam satu lapisan.[27] Sisik ular tidaklah diskret, sebaliknya sambungan epidermis, maka sisik ular tidak disalin secara berasingan tetapi sebagai satu lapisan luar yang lengkap setiap kali ular menyalin, umpama stoking yang diterbalikkan.[28]

Bersalin kulit itu ada beberapa tujuannya. Pertama sekali, kulit yang lama dan lusuh diganti; kedua, ini membantu membasmi parasit seperti hama dan kutu. Pembaharuan kulit secara menyalin sewajarnya membolehkan pertumbuhan bagi sesetengah haiwan seperti serangga; akan tetapi, hal ini diragui dalam hal ular.[28][29]

Ular menyalin kulit.


Penyalinan berlaku secara berkala sepanjang hayat ular. Sebelum menyalin, ular berhenti makan dan sering bersembunyi atau beralih ke tempat yang selamat. Sebaik sahaja sebelum menyalin, kulit menjadi lusuh dan kering, sementara mata menjadi kabur atau kebiruan. Permukaan dalam kulit lama mencair. Ini menyebabkan kulit lama berpecah dari kulit baru di sebaliknya. Selepas beberapa hari, mata kembali jernih sementara ular itu "merayap" keluar dari kulit lamanya. Kulit yang lama pecah dekat mulut dan ular itu menggeliang-geliut keluar dengan berbantukan menggeser-geser permukaan keras. Selalunya, kulit yang dilupuskan itu terkelupas ke belakang sepanjang badan dari kepala ke ekor dalam keadaan seelok-eloknya, umpama menarik stoking hingga dalam luarnya terbalik. Maka terbentuknya selapis kulit yang baru, lebih besar dan berseri di bawah kulit lama itu.[28][30]

Ular yang lebih tua boleh menyalin kulitnya hanya sekali dua dalam setahun, sementara ular yang muda dan masih membesar boleh menyalin sehingga empat kali setahun.[30] Kulit yang terbuang ini memberikan kesan corak sisik yang sempurna, oleh itu selalunya kita boleh mengenal pasti spesies ular jika kulit terbuang itu cukup elok.[28] Pembaharuan berkala ini menjadikan ular sebagai lambang penyembuhan dan perubatan, seperti yang digambarkan dalam Tongkat Asklepios.[31]

Rangka

Apabila dibandingkan, rangka ular jauh berbeza dengan rangka kebanyakan reptilia lain (seperti kura-kura, kanan), iaitu hampir keseluruhannya sangkar rusuk yang panjang.

Rangka kebanyakan ular terdiri daripada tengkorak, hioid, turus vertebra, dan rusuk, sementara ular Henophidia mengekalkan saki-baki pelvis dan kaki belakang.

Tengkorak ular terdiri daripada tempurung otak yang pejal dan lengkap, dan bercantum dengan kebanyakan tulang-tulang lain secara longgar, terutamanya tulang rahang yang amat mudah digerakkan untuk memudahkan manipulasi dan pemakanan bahan mangsa yang besar. Sisi kiri dan kanan rahang rendah hanya tercantum oleh ligamen yang anjal di hujung-hujung hadapan supaya boleh dipisahkan luas-luas, sementara hujung belakang tulang rahang rendah berartikulasi dengan tulang kuadrat untuk membolehkan mobiliti selanjutnya. Tulang-tulang mandibel dan kuadrat juga boleh merasai getaran dalam tanah.[32] Oleh sebab kedua-dua belah rahang boleh bergerak secara berasingan dari satu sama lain, ular-ular yang merehatkan rahang di atas permukaan mempunyai pendengaran stereo peka yang boleh mengesan kedudukan mangsa. Laluan rahang-kuadrat-rakap mampu mengesan getaran pada skala angstrom biarpun ketiadaan telinga luaran serta mekanisme pemadanan galangan osikel yang digunakan oleh vertebrat lain untuk menerima getaran dari udara.[33][34]

Tulang hioid merupakan tulang kecil yang terletak di belakang dan ventral tengkorak, iaitu di kawasan 'leher', sebagai lekatan untuk otot-otot lidah ular, sama seperti dengan haiwan berkaki empat.

Turus vertebra terdiri daripada 200 hingga 400 vertebra (atau lebih). Vertebra ekor agak sedikit bilangannya (biasanya kurang daripada 20% jumlahnya) dan tiada rusuk, sementara setiap vertebra badan berartikulat dua batang rusuk. Vertebra-vertebra ini mempunyai unjuran yang membolehkan percantuman otot yang kuat untuk membolehkan gerak alih tanpa kaki.

Autotomi ekor jarang sekali terdapat dalam ular.[35] Bagi yang ada pun, autonomi ini berupa intervertebra, iaitu patahan berlaku di sepanjang satah retak tertentu yang ada dalam vertebra.[36][37]

Dalam sesetengah ular, terutamanya boa dan ular sawa, terdapat saki-baki kaki belakang dalam bentuk sepasang susuh pelvis. Bonjolan kecil seakan cakar ini di setiap sisi kloaka merupakan bahagian luaran rangka bersaki kaki belakang yang merangkumi tinggalan ilium dan femur.

Organ dalaman

1: esofagus2: trakea3:paru-paru trakea4: paru-paru kiri rudimen4: paru-paru kanan6: jantung7: hati8 perut9: pundi udara10: pundi hempedu11: pankreas12: limpa13: usus14: testikel15: ginjal
Anatomi ular. 1 esofagus, 2 trakea, 3 paru-paru trakea, 4 paru-paru kiri rudimen, 5 paru-paru kanan, 6 jantung, 7 hati, 8 perut, 9 pundi udara, 10 pundi hempedu, 11 pankreas, 12 limpa, 13 usus, 14 testikel, 15 ginjal.

Jantung ular terkurung dalam pundi yang dipanggil perikardium yang terletak di percabangan bronkus. Namun begitu, jantung masih boleh bergerak-gerak kerana tiadanya diafragma. Kelainan ini melindungi jantung daripada menerima kerosakan apabila mangsa dimakan yang besar disalurkan melalui esofagus. Limpa bersambung dengan pundi hempedu dan pankreas untuk menapis darah. Kelenjar timus terletak dalam tisu berlemak di atas jantung dan berfungsi menghasilkan sel-sel keimunan dalam darah. Sistem kardiovaskular ular juga unik kerana terdapatnya sistem portal renal yang mana darah dari ekor ular melalui buah pinggang sebelum kembali ke jantung.[38]

Bekas paru-paru kiri lazimnya kecil ataupun tiada, kerana tubuh ular yang berbentuk tiub memerlukan semua organ lain berbentuk panjang dan tirus.[38] Bagi kebanyakan besar spesies, hanya sebelah paru-paru berfungsi. Paru-paru ini mengandungi bahagian hadapan pernafasan dan bahagian belakang yang tidak berfungsi dalam pertukaran gas.[38] 'Paru-paru kantung' ini digunakan untuk tujuan-tujuan hidrostatik untuk melaras keapungan untuk sesetengah ular air, tetapi fungsinya masih tidak diketahui bagi ular daratan.[38] Kebanyakan organ yang berpasangan seperti buah pinggang atau organ pembiakan disusun bertingkat-tingkat dalam badan, iaitu sebelah terletak di hadapan sebelah lagi.[38]

Ular tiada nodus limfa.[38]

Bisa

Ular susu sering disilap sangka sebagai ular karang yang bisanya membahayakan manusia.

Ular tedung, ular kapak, dan spesies-spesies yang sebagainya menggunakan bisa untuk melumpuhkan atau membunuh mangsa. Bisa itu merupakan air liur terubah suai yang disampaikan melalui siungnya.[5]:243 Siung ular berbisa yang 'maju' seperti ular kapak dan ular tedung berongga untuk menyuntikkan bisa dengan lebih berkesan, sementara siung ular bersiung belakang seperti Dispholidus typus sekadar mempunyai alur di hujung depan untuk menyalurkan bisa ke dalam luka. Keberkesanan bisa ular lazimnya tertakluk pada spesies mangsa—peranannya dalam pertahanan diri sekadar sampingan.[5]:243

Seperti semua rembesan ludah, bisa merupakan bahan prapencerna yang memulakan pemecahan makanan kepada sebatian boleh larut untuk memudahkan pencernaan yang betul. Malah patukan ular yang tidak berbisa (seperti mana-mana gigitan haiwan) boleh menyebabkan kerosakan tisu.[5]:209

Sesetengah jenis burung, mamalia mahupun ular lain (seperti ular raja) yang memangsai ular berbisa telah mengembangkan pertahanan dan juga keimunan terhadap bisa-bisa tertentu.[5]:243 Ular berbisa merangkumi tiga famili ular, dan tidak membentuk sebuah kelompok pengelasan rasmi untuk bidang taksonomi.

Istilah ular beracun secara umumnya tidak tepat. Racun disedut atau ditelan, sementara bisa disuntik.[39] Tetapi terdapat dua kekecualian: Rhabdophis mengasingkan toksin daripada katak puru yang dimakannya, kemudian merembeskan racun itu dari kelenjar nuka untuk menghindarkan pemangsa, sementara sebilangan kecil ular getah cerut di negeri Oregon, A.S., menyimpan toksin dari mangsa neut yang cukup di dalam hati supaya cukup beracun kepada pemangsa setempat (seperti burung gagak dan rubah).[40]

Bisa ular merupakan campuran protein yang kompleks dan disimpan dalam kelenjar racun di belakang kepala.[40] Dalam semua ular beracun, kelenjar-kelenjar ini membuka melalui duktus ke dalam gigi yang beralur atau berongga di rahang atas.[5]:243[39] Protein-protein ini boleh terdiri daripada campuran neurotoksin (yang menyerang sistem saraf), hemotoksin (yang menyerang sistem peredaran), sitotoksin, bungarotoksin dan bermacam-macam lagi toksin yang menjejaskan badan dengan pelbagai cara.[39] Hampir semua bisa ular mengandungi hialuronidase, sejenis enzim yang memastikan bisa dibaurkan dengan cepat.[5]:243

Ular-ular berbisa yang menggunakan hemotoksin biasanya bersiung di depan mulut supaya mudah untuk menyuntikkan bisa ke dalam mangsa.[39] Sesetengah ular yang menggunakan neurotoksin (seperti ular cincin emas) mempunyai siung yang terletak di belakang mulut dan bergulung ke belakang.[41] Oleh itu, adalah sukar untuk ular menggunakan bisanya dan ahli sains memerahnya.[39] Namun demikian, ular-ular Elapidae seperti ular tedung dan ular katam tebu mempunyai siung berongga yang tidak boleh ditegakkan ke hadapan mulut, dan oleh itu tidak boleh "menusuk" seperti ular kapak. Oleh itu, ia mesti betul-betul menggigit mangsa.[5]:242

Pernah dihujahkan bahawa semua ular adalah berbisa pada takat-takat tertentu, yang mana ular yang tidak berbahaya memiliki bisa yang lemah dan tiada siung.[42] Apapun, kebanyakan ular yang kini berlabel "tidak berbisa" masih dianggap tidak berbahaya mengikut teori ini, kerana kekurangan kaedah penyampaian bisa ataupun tidak mampu menyampaikan bisa yang cukup untuk membahayakan manusia. Teori ini menganjurkan bahawa ular-ular mungkin telah berevolusi daripada sejenis leluhur yang berupa reptilia berbisa dan mungkin juga menurunkan biawak Gila dan biawak benggala.

Ular berbisa digolongkan kepada dua famili taksonomi:

Terdapat sebuah keluarga ketiga yang mengandungi ular-ular bersiung belakang (dan juga majoriti spesies ular yang lain):

Pembiakan

Biarpun menggunakan pelbagai kaedah pembiakan, namun semua ular mengamalkan persenyawaan dalaman. Ini dilakukan dengan hemizakar bercabang yang disimpan secara songsang dalam ekor ular jantan.[43] Hemizakar ini lazimnya beralur, bercangkuk atau berduri untuk mencengkam dinding kloaka ular betina.[43]

Kebanyakan spesies ular bertelur, tetapi kebanyakannya juga membiarkan telurnya sejurus selepas bertelur. Bagaimanapun, sebilangan kecil spesies (seperti ular tedung selar) sesungguhnya membina sarang dan tinggal dekat dengan anak-anak yang baru menetas selepas mengeram.[43] Kebanyakan ular sawa melingkari sangkak telurnya dan tinggal bersama telur-telurnya itu hingga menetas.[44] Ular sawa betina tidak sesekali meninggalkan telurnya, kecuali sewaktu berjemur di matahari atau minum air sekali-sekala. Ular sawa betina juga "menggigil" untuk menjana haba untuk mengeram telurnya.[44]

Sesetengah spesies ular menyimpan telur dalam badannya sehingga telur itu sedia untuk menetas.[45][46] Baru-baru ini, adalah disahkan bahawa beberapa spesies ular adalah vivipari sepenuhnya, seperti boa dan anakonda hijau, yang memberikan khasiat kepada anak-anak melalui uri dan juga kantung yolka, sesuatu yang agak pelik bagi reptilia, atau mana-mana sahaja haiwan selain ikan yu requiem atau mamalia beruri.[45][46] Pemeliharaan telur dan pelahiran hidup paling kerap dikaitkan dengan persekitaran yang lebih dingin, begitu juga dengan pembendungan anak-anak dalam tubuh ibu.[43][46]

Tabiat

Pemakanan

Ular memakan tikus.
Ular sawa permaidani menjerut lalu menelan ayam.
Ular pemakan telur Afrika.

Kesemua ular hanya memakan daging daripada haiwan-haiwan kecil termasuk biawak, ular lain, mamalia kecil, burung, telur, ikan, siput babi dan serangga.[5][1][9][47] Disebabkan tidak boleh menggigit atau menghancurkan makanan, ular mesti menelan mangsanya bulat-bulat. Saiz badan ular amat mempengaruhi tabiat pemakanannya. Contohnya, ular yang lebih kecil sudah tentu memakan mangsa yang lebih kecil. Ular sawa muda bermula dengan menelan cicak dan tikus sebelum beransur-ansur menerima kijang atau rusa sebagai makanan apabila dewasa.

Rahang ular merupakan struktur yang kompleks. Bercanggahan dengan kepercayaan umum bahawa ular boleh terkehel rahangnya, ular sebenarnya mempunyai rahang bawah yang sungguh anjal, yang mana kedua-dua belahnya tidak tercantum dengan ketat, serta pelbagai sendi lain dalam tengkoraknya membolehkan ular membuka mulut dengan cukup luas untuk menelan mangsanya bulat-bulat, walaupun yang lebih besar diameternya daripada badan ular itu sendiri.[47] Misalnya, ular pemakan telur Afrika mempunyai rahang-rahang anjal yang sesuai untuk memakan telur yang lebih besar daripada diameter kepalanya.[5]:81 Ular jenis ini tiada gigi, tetapi mempunyai bonjolan tulang di hujung dalam spinanya yang digunakan untuk memecahkan kulit telur apabila memakan telur.[5]:81

Biarpun kebanyakan besar ular memakan pelbagai jenis mangsa, namun ada sesetengah spesies yang tertumpu pada mangsa-mangsa tertentu. Ular tedung selar dan bandy-bandy Australia memakan ular lain. Pareas iwesakii dan lain-lain ular Colubridae yang memakan siput babi dalam subfamili Pareatinae mempunyai lebih banyak gigi di sebelah kanan mulutnya berbanding di kiri, kerana cangkerang mangsanya biasanya berpilin mengikut arah jam[5]:184[48]

Sesetengah ular mempunyai patukan yang berbisa untuk membunuh mangsa sebelum memakan.[47][49] Ular-ular yang lain pula membunuh mangsa dengan menjerut,[47] ataupun terus menelan mangsa hidup-hidup.[5]:81[47]

Selepas makan, ular berehat sementara proses pencernaan berlangsung.[50] Pencernaan ular amat sukar, terutamanya setelah memakan mangsa yang besar. Bagi spesies yang makan sekali-sekala sahaja, seluruh usus direhatkan antara waktu makan untuk menyimpan tenaga. Kemudian, sistem pencernaan dihidupkan kepada keupayaan penuh dalam masa 48 jam selepas mangsa dimakan. Sebagai makhluk berdarah sejuk, suhu persekitaran amat mempengaruhi pencernaan ular. Suhu yang paling sesuai untuk ular mencerna ialah 30 °C (86 °F). Begitu banyaknya tenaga metabolisme yang digunakan dalam pencernaan ular, hinggakan bagi ular orok-orok Mexico (Crotalus durissus), suhu badan permukaan meningkat sebanyak 1.2 °C (34.2 °F) sewaktu proses pencernaan.[51] Oleh sebab itu, ular yang diganggu selepas baru makan selalunya memuntahkan mangsanya untuk melarikan diri daripada ancaman yang dirasai. Apabila tidak dikacau, proses pencernaannya adalah amat cekap, yang mana enzim-enzim pencernaan ular melarutkan dan menyerap segalanya kecuali bulu dan kuku mangsa yang dikumuhkan bersama bahan buangan.

Gerak alih

Ketiadaan kaki tidak menghalang pergerakan ular yang telah mengembangkan beberapa jenis ragam gerak alih untuk merempuh persekitaran-persekitaran tertentu. Tidak seperti gaya jalan haiwan berkaki yang membentuk satu kontinum, setiap ragam gerak alih ular adalah diskret dan berbeza dengan yang lain; sebarang peralihan antara ragam adalah tiba-tiba.[52][53]

Alunan lateral

Alunan lateral merupakan satu-satunya ragam gerak alih dalam air, dan juga ragam gerak alih di daratan yang paling umum.[53] Untuk ragam ini, badan ular bergerak-gerak kanan kiri bersilih ganti, menghasilkan serantaian "gelombang" yang bergerak ke belakang.[52] Biarpun pergerakan ini kelihatan deras, namun ular jarang sekali dicatatkan bergerak lebih laju daripada dua kali panjang badan sesaat.[54] Ragam pergerakan ini menelan kos bersih pengangkutan (kalori yang dibakar semeter bergerak) seperti cicak sama jisim yang berlari.[55]

Daratan

Alunan lateral daratan merupakan ragam gerak alih di daratan yang paling umum bagi kebanyakan spesies ular.[52] Dalam ragam ini, gelombang-gelombang yang bergerak ke belakang itu menolak titik-titik sentuh di persekitaran, misalnya batu, ranting, ketaksekataan tanah, dsb.[52] Akibatnya, setiap objek persekitaran ini menjana daya tindak balas yang dianjurkan ke hadapan dan ke arah garis tengah ular untuk menghasilkan tujahan ke hadapan sementara komponen-komponen lateral mengimbangi satu sama lain.[56] Kelajuan pergerakan ini bergantung pada ketumpatan titik tolak di persekitaran, yang mana ketumpatan purata kira-kira 8 di sepanjang kepanjangan ular adalah paling baik.[54] Kelajuan gelombang sama sejitunya dengan kelajuan ular, dan oleh itu, setiap titik di badan ular mengikuti laluan titik di hadapannya, membolehkan ular untuk menyusup melalui daun-daun yang tebal dan bukaan yang kecil.[56]

Air
Ular katam tebu laut berjalur, Laticauda sp.

Apabila berenang, gelombang berkenaan membesar dalam bergerak sepanjang badan ular, maka gelombang itu berjalan ke belakang dengan lebih cepat daripada gerakan ular ke hadapan.[57] Tujahan dijana dengan menolak badan ular menentang air, menyebabkan gelinciran yang kelihatan. Biarpun serupa pada umumnya, namun kajian menunjukkan bahawa corak pengaktifan otot adalah berbeza antara alunan lateral air dan daratan, maka adalah wajar bahawa kedua-dua ragam ini dianggap berbeza.[58] Semua ular yang berkenaan boleh mengalun ke hadapan secara lateral (dengan gelombang arah belakang), tetapi hanya ular laut yang didapati mengundurkan pergerakan (bergerak ke belakang dengan gelombang arah depan).[52]

Menyamping

Ular orok-orok Mojave (Crotalus scutulatus) menyamping.

Paling banyak digunakan oleh ular Colubridae apabila ular berkenaan mesti bergerak dalam persekitaran yang tiada ketaksekataan untuk ditolak (oleh itu alunan lateral adalah mustahil), seperti kukup lumpur yang licin, atau gumuk pasir. Gerakan menyamping (sidewinding) ialah suatu bentuk ubah suai pada alunan lateral yang mana kesemua segmen badan yang diorientasikan ke satu arah kekal bersentuhan dengan tanah, sementara segmen-segmen yang lain diangkat, menghasilkan gerakan "bergolek-golek" yang istimewa.[59][60] Ragam gerak alih ini mengatasi kegelinciran pasir atau lumpur dengan menolak-nolak dengan anggota-anggota badan yang statik sahaja, oleh itu meminimumkan gelinciran.[59] Sifat titik sentuh yang statik boleh dilihat pada runut ular yang menyamping, yang menunjukkan setiap bekas sisik perut tanpa sebarang kesan calitan. Ragam gelak alih ini menelan kalori yang rendah, iaitu kurang daripada ⅓ kalori yang ditelan oleh biawak atau ular untuk bergerak dalam jarak yang sama.[55] Tidak seperti yang disangka ramai, tiadanya bukti bahawa perbuatan menyamping dikaitkan dengan kepanasan pasir.[59]

Konsertina

Apabila tiada titik tolak, tetapi ruang tidak cukup untuk menggunakan gerakan menyamping kerana kekangan lateral, seperti di dalam lubang, ular mengharapkan pula gerak alih konsertina.[52][60] Untuk ragam ini, ular mendakap bahagian hadapan tubuhnya kepada dinding lubang sementara bahagian kepala ular memanjang dan melurus.[59] Kemudian, bahagian hadapan itu melentur dan membentuk penambat, lalu bahagian belakang diluruskan dan ditarik ke hadapan. Kaedah gerak alih ini perlahan dan amat banyak menelan tenaga, iaitu sehingga tujuh kali yang diperlukan untuk alunan lateral sepanjang jarak yang sama.[55] Belanja tenaga yang tinggi ini disebabkan oleh pergerakan tubuh ular yang kerap berhenti-mula serta perlunya menggunakan daya otot yang aktif untuk mendakap pada dinding lubang.

Melurus

Ragam gerak alih ular yang paling perlahan ialah melurus (rectilinear), yang juga satu-satunya yang mana ular tidak perlu melengkungkan badan secara lateral, tetapi masih boleh berbuat demikian ketika membelok.[61] Dalam ragam ini, sisik perut diangkat dan ditarik ke depan lalu diturunkan sementara tubuh ditarik di atasnya. Gelombang-gelombang pergerakan dan stasis berpencar ke arah belakang, menyebabkan riak-riak pada kulit.[61] Tulang rusuk ular tidak bergerak dalam ragam gerak alih ini, dan kaedah ini paling sering digunakan oleh ular-ular sawa, boa, dan kapak yang besar apabila menghendap mangsa merentas tanah terbuka kerana pergerakan ular begini agak halus dan sukar dikesan oleh mangsa.[59]

Lain-lain

Pergerakan ular di habitat pokok dikaji selidik baru-baru ini sahaja.[62] Ketika menaiki dahan, ular menggunakan beberapa jenis gerak alih bergantung pada spesies dan tekstur kulit pokok.[62] Umumnya, ular akan menggunakan sebentuk gerakan konsertina yang diubah suai untuk dahan yang licin, tetapi bergerak secara alunan lateral jika tiada titik sentuh.[62] Ular lebih cepat bergerak di atas dahan kecil dan apabila terdapat titik sentuh, berbanding dengan haiwan berkaki yang lebih mudah bergerak di atas dahan besar tanpa banyak 'menyepah'.[62]

Ular terbang (Chrysopelea) dari Asia Tenggara melancarkan diri dari hujung dahan, melebarkan tulang rusuk lalu beralun lateral sambil meluncur dari pokok ke pokok.[59][63][64] Ular-ular ini boleh melakukan luncuran yang terkawal sepanjang ratusan kaki, bergantung pada aras tinggi ketika melancar, dan juga mampu berpusing di dalam udara.[59][63]

Interaksi dengan manusia

Tanda-tanda yang paling umum bagi mana-mana jenis keracunan akibat patukan ular.[65][66][67] Lagipun, besar bezanya tanda-tanda antara patukan pelbagai jenis ular.[65]

Patukan

Vipera berus, sebatang siung dalam sarung tangan dengan kesan bisa yang kecil.

Ular tidak biasa memangsakan manusia. Melainkan diganggu atau dicederakan, kebanyakan ular gemar mengelak daripada mendekati manusia dan tidak menyerang manusia. Kecuali beberapa penjerut yang besar, ular yang tidak berbisa tidak berbahaya kepada manusia. Patukan seekor ular tanpa bisa lazimnya tidak berbahaya kerana giginya tidak dibentuk untuk menyiatkan atau menyebabkan luka tusukan, sebaliknya sekadar menyambar dan memegang. Biarpun terdapat kemungkinan jangkitan dan kerosakan tisu apabila dipatuk oleh ular yang tidak berbisa, namun ular yang berbisa sudah tentu mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada manusia.[5]:209

Catatan kematian akibat patukan ular adalah jarang. Patukan ular berbisa yang tidak membunuh pun boleh menyebabkan perlunya anggota badan dikudungkan. Daripada kira-kira 725 spesies ular berbisa di serata dunia, hanya 250 spesies yang mampu membunuh manusia dengan sekali patukan. Australia berpurata hanya satu kematian akibat patukan ular setahun. Di India, 250,000 patukan ular dicatatkan dalam satu tahun, dengan sebanyak 50,000 kematian.[68]

Rawatan untuk patukan ular amat bergantung pada jenis patukan. Kaedah yang paling am dan berkesan adalah secara antivenom (atau antivenin), sejenis serum yang diperbuat daripada bisa ular. Ada antivenom yang khas untuk spesies tertentu (monovalen) dan ada juga yang dibuat untuk merawat bisa pelbagai spesies (polyvalen). Contohnya di Amerika Syarikat, semua spesies ular berbisa merupakan ular kapak kecuali ular karang. Untuk menghasilkan antivenom, satu campuran bisa daripada pelbagai spesies ular orok-orok, kepala tembaga, dan mokasin disuntikkan ke dalam badan kuda dalam dos-dos yang sentiasa meningkat sehingga kuda itu diimunkan. Kemudian, darah diekstrak dari kuda yang diimunkan itu. Serumnya diasingkan, kemudian ditulenkan dan dikeringsejukbekukan. Selepas itu, ia dibancuh dengan air steril lalu menjadi antivenom. Oleh sebab itu, sesiapa yang alah dengan kuda berkemungkinan besar mengalami reaksi alahan kepada antivenom.[69] Antivenom untuk spesies-spesies yang lebih berbahaya (seperti mamba, taipan, dan ular tedung) turut dihasilkan dengan cara yang sama di India, Afrika Selatan, dan Australia, cuma penawar-penawar itu adalah untuk spesies tertentu sahaja.

Hiburan

Ular tedung India di dalam bakul bersama pemain ular. Ular jenis ini mungkin paling kerap dijadikan 'mainan'.

Di sesetengah tempat di dunia, terutamanya India, sering diadakan persembahan main ular di tepi jalan. Dalam pertunjukan sebegini, pemain ular membawa sebuah bakul yang berisi seekor ular yang kononnya dipukau olehnya dengan memainkan lagu-lagu dari serulingnya untuk diikut-ikut oleh ular.[70] Ular tiada telinga luaran, tetapi ada telinga dalaman, dan hanya bergerak balas pada gerak-geri seruling, bukan bunyinya.[70][71]

Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 di India sebenarnya melarang kegiatan main ular atas alasan membasmi kekejaman terhadap haiwan. Sesetengah pemain ular turut mengadakan pertunjukan ular dengan cerpelai, yang mana kedua-dua haiwan tersebut berpura-pura berlawan; namun ini tidak begitu laris kerana boleh menyebabkan kedua-dua haiwan cedera parah atau terbunuh. Kerjaya main ular semakin di India disebabkan persaingan dari bentuk hiburan moden dan undang-undang alam yang melarang amalan ini.[70]

Pemburuan

Kaum Irula yang tinggal di negeri-negeri Andhra Pradesh dan Tamil Nadu di India merupakan kaum pemburu-pengumpul di hutan dataran yang panas dan kontang, dan mengamalkan penangkapan ular selama turun-temurun. Pengetahuan mereka tentang ular amat luas. Lazimnya, mereka menangkap ular dengan bantuan sebatang kayu yang ringkas. Awalnya, kaum Irula menangkap ribuan ular untuk industri kulit ular. Setelah industri kulit ular diharamkan sama sekali di India atas dasar perlindungan untuk semua ular di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, mereka membentuk Koperasi Penangkap Ular Irula dan beralih kepada penangkapan ular untuk membuang bisa lalu membebaskan semula ular berkenaan selepas diekstrak empat kali. Bisa yang dikumpul itu digunakan untuk membuat antivenom penyelamat nyawa, penyelidikan bioperubatan dan pelbagai lagi hasil perubatan.[72] Kaum Irula juga dikenali menggunakan ular yang ditangkap mereka sebagai makanan atau alat untuk membasmi tikus di kampung.

Di samping pemain ular, juga terdapat penangkap ular profesional. Pemerangkapan ular zaman moden melibatkan seorang ahli herpetologi menggunakan sebatang tongkat panjang yang hujungnya berbentuk V. Ada juga yang menangkap ular dengan tangan sendiri.

Makanan

"Ular anjing laut" (dipercayai Enhydris bocourti) mengetuai semeja hidangan hidup yang menanti penjamu selera di luar sebuah restoran di Guangzhou.
Daging ular di restoran Taipei

Biarpun tidak difikirkan sebagai bentuk makanan pada umumnya, namun dalam beberapa budaya, pemakanan ular adalah dihalalkan ataupun diminati ramai kononnya demi kesan perubatan memanaskan jantung. Sup ular dalam masakan Kantonis dimakan oleh orang setempat pada musim luruh untuk memanaskan badan. Dalam kebudayaan Barat juga tercatat pemakanan ular dalam keadaan kebuluran yang terlampau,[73] kecuali daging ular orok-orok masak yang digemari di rantau Midwest Amerika Syarikat. Di negara-negara Asia seperti China, Taiwan, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Kemboja, meminum darah ular, terutamanya ular tedung, dipercayai meningkatkan kejantanan seksual.[74] Darah disalirkan dari ular hidup-hidup selagi mampu, lalu dicampurkan dengan sejenis bahan arak demi menyedapkan rasa.[74]

Di sesetengah negara Asia, penggunaan ular dalam alkohol juga diterima. Dalam hal begini, bangkai ular dibiarkan merendam dalam sebalang arak. Kononnya, ini membuat arak itu lebih kuat (dan lebih mahal). Contohnya di China, arak ular dihasilkan dengan merendamkan ular hidup-hidup ke dalam arak beras atau arak bijian. Pengambilannya mula-mula dicatatkan sewaktu dinasti Zhou Barat dan dianggap sebagai penawar penting yang dipercayai boleh mencergaskan semula peminumnya menurut perubatan Cina tradisional.[75]. Juga di Okinawa, ular habu menjadi ramuan untuk arak Awamori atau "Habu Sake".[76]

Angkatan Khas Tentera Darat Amerika Syarikat dilatih untuk menangkap, membunuh dan memakan ular sepanjang kursus ikhtiar hidup, maka mereka dikenali dengan jolokan "pemakan ular".

Peliharaan

Di dunia barat, sesetengah jenis ular (terutamanya spesies-spesies yang jinak seperti ular sawa bebola dan ular jagung) are kept as pets. Demi memenuhi permintaan ini, berkembangnya sebuah industri pembiakbakaan ular. Ular yang dibiakbaka dalam kurungan lebih sesuai untuk dipelihara dan lebih digemari berbanding ular yang ditangkap liar-liar.[77] Ular ini boleh dijaga dengan sangat mudah berbanding dengan haiwan-haiwan yang lebih lazim seperti kucing dan anjing. Ruang yang diperlukan tidak besar kerana kebanyakan spesies ular belaan tidak mencecah lima kaki panjangnya. Ular peliharaan tidak salah diberi makan dengan jarang, iaitu lazimnya sekali setiap 5 hingga 14 hari. Ular-ular tertentu boleh mencapai jangka hayat 40 tahun jika dijaga dengan sebaiknya.

Perlambangan

Di Mesir purba, ular menduduki peranan utama yang mana mahkota firaun dihiasi dengan ular tedung Nil. Ular turut disembah sebagai dewa dan juga digunakan untuk tujuan durjana, iaitu membunuh musuh serta upacara pembunuhan diri (Cleopatra).

Muka belakang singgahsana Firaun Tutankhamun dengan empat buah figura ular tedung ureus emas. Emas dengan lapis lazuli; Lembah Para Raja, Thebes (1347-37 BCE).
Medusa oleh pelukis Itali abad ke-16, Caravaggio.

Dalam mitos Yunani, ular sering dikaitkan dengan seteru yang berbahaya, tetapi ini tidak bermaksud bahawa ular melambangkan kejahatan; sebenarnya, ular merupakan lambang ikatan kepada bumi. Raksasa Hydra Lerna berkepala sembilan yang ditumpaskan oleh Hercules dan tiga Gorgon bersaudari merupakan putera-puteri Gaia, iaitu Bumi.[78] Medusa ialah salah seorang saudari Gorgon yang dikalahkan oleh Perseus.[78] Medusa diperikan sebagai makhluk hodoh yang berambutkan ular dan memiliki kuasa untuk menukarkan manusia kepada batu dengan tenungannya.[78] Selepas membunuhnya, Perseus menyerahkan kepala Medusa kepada Athena yang memasangnya kepada perisai Aegis.[78] Sesetengah raksasa Titan turut dilukiskan dengan ular sebagai ganti lengan dan kaki atas sebab yang sama, iaitu kerana mereka juga anak-anak kepada Gaia dan Ouranos (Uranus), oleh itu mereka turut diikat pada dumi.

Presiden AS, Theodore Roosevelt digambarkan sebagai Hercules si bayi, berlawan dengan ular raksasa yang melambangkan syarikat Standard Oil

Tiga lambang perubatan berunsur ular yang masih digunakan hari ini merupakan Mangkuk Hygieia yang melambangkan farmasi, dan Caduceus dan Tongkat Asklepios yang merupakan lambang am perubatan.[31]

India sering bergelar bumi ular dan kaya dengan tradisi yang berkenaan ular.[79] Ular disembah sebagai dewa hingga ke hari ini hinggakan ramai wanita menuangkan susu ke dalam lubuk ular (biarpun ular tidak gemar meminum susu).[79] Ular tedung kelihatan di keliling leher Shiva, sementara Vishnu sering digambarkan tidur di atas ular berkelapa tujuh atau di dalam lingkaran ular.[80] Juga terdapat beberapa buah kuil di India yang khusus untuk menyembah ular tedung hidup, iaitu Nagraj (Raja Ular) dan adalah dipercayai bahawa ular merupakan lambang kesuburan. (Lihat juga Nāga.)

Makhluk Ouroboros merupakan lambang yang dikaitkan dengan pelbagai agama dan adat resam, dan dipercayai berkenaan dengan ilmu alkimia. Ouroboros ialah seekor ular yang memakan ekornya sendiri dalam arah ikut jam (dari kepala ke ekor) dalam bentuk bulatan, melambangkan kitaran hidup, mati dan lahir semula, iaitu kedaiman.


Ular adalah yang keenam daripada 12 bintang zodiak Cina.

Kebanyakan kebudayaan kuno Peru menyembah alam semula jadi.[81] Budaya-budaya ini menekankan haiwan dan sering melukiskan ular dalam karya seninya.[82]

Agama

Tongkat Asclepius, yang mana ular yang menyalin kulit melambangkan penyembuhan.

Ular merupakan sebahagian daripada agama Hindu. Perayaan Nag Panchami yang mana penganut menyembah Nāga (ular tedung) dalam bentuk patung mahupun ular hidup disambut setiap tahun. Menurut kitab suci Purana, ular raksasa Shesha dikatakan memegang semua planet di alam semesta dengan tukup-tukupnya sambil menyanyi-nyanyikan lagu pujaan Vishnu dengan kesemua mulutnya. Adakalanya ia bergelar Ananta-Shesha, yang bererti "Shesha tanpa penghujung". Istilah Nāga sering memaksudkan makhluk berupa ular besar dalam agama Hindu dan Buddha.

Ular turut disanjung tinggi di Yunani purba, yang mana ular digambarkan sebagai penyembuh. Asklepios memegang sebatang tongkat yang dilingkari oleh seekor ular, iaitu lambang yang sering kelihatan pada ambulans.

Dalam kebudayaan Mesoamerika pula, ular dan jaguar dikatakan sebagai haiwan-haiwan yang paling penting. "Dalam keadaan khayal, dewa-dewi menarikan tarian ular; ular-ular besar yang turun [dari syurga] menghiasi dan menonggak binaan-binaan dari Chichen Itza hingga Tenochtitlan, apalagi perkataan Nahuatl coatl yang bererti ular atau kembar, terdapat dalam nama-nama dewa Mixcoatl, Quetzalcoatl, dan Coatlicue."[83] Dalam takwim Maya dan Aztec, hari kelima dalam seminggu bergelar Hari Ular.

Bagi sesetengah penganut Kristian, usaha penembusan Jesus Christ dibandingkan dengan menyelamatkan nyawa diri dengan merenungi Nehushtan (ular loyang) (Injil Yahya 3:14). Pengendali ular menggunakan ular dalam upacara sembahyang di gereja untuk menunjukkan kepercayaan mereka kepada perlindungan dari Tuhan. Akan tetapi, ular sering dianggap sebagai lambang kejahatan dan komplot licik dalam agama Kristian, seperti yang diceritakan dalam kisah ular menggoda Siti Hawa di Taman Firdaus. St. Patrick dikenali kerana mengusir semua ular dari Ireland sewaktu mengkristiankan negara tersebut pada abad ke-5, oleh itu tiadanya ular yang asli di situ.

Dalam agama Kristian dan Yahudi, dalam kitab pertama (Kejadian 3:1) dalam Alkitab, seekor ular tampil di hadapan pasangan pertama, Adam dan Hawa lalu menggoda mereka dengan buah khuldi dari Syajaratul Khuldi. Ular kembali dalam Keluaran apabila Nabi Musa a.s. selaku lambang kuasa Tuhan, menukarkan tongkatnya kepada ular, dan apabila baginda membuat Nehushtan, iaitu ular gangsa di atas tiang yang menyembuhkan mangsa patukan ular di gurun yang merenungnya. Ular disebut buat kali terakhir selaku lambang Iblis dalam Kitab Wahyu: "Dia menangkap naga, si ular tua itu, iaitu Iblis dan Syaitan. Dan dia mengikatnya seribu tahun lamanya." (Wahyu 20:2) Dalam agama Yahudi juga, ular loyang merupakan lambang penyembuhan dan penyelamatan seseorang daripada maut yang pasti (Kitab Bilangan 21:6–9).

Rujukan

  1. ^ a b (Disunting oleh) Bauchot, Roland (1994). Snakes: A Natural History. New York City, NY, USA: Sterling Publishing Co., Inc. m/s. 220. ISBN 1-4027-3181-7.
  2. ^ a b c d e f g h i j k "Serpentes". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 3 Disember 2008. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "ITIS" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b c snake species list di Reptile Database. Dicapai 22 Mei 2012.
  4. ^ Murphy; Henderson, JC; RW (1997). Tales of Giant Snakes: A Historical Natural History of Anacondas and Pythons. Florida, USA: Krieger Pub. Co. m/s. 221. ISBN 0-89464-995-7.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r Mehrtens, JM (1987). Living Snakes of the World in Color. New York City, NY, USA: Sterling Publishers. m/s. 480. ISBN 0-8069-6460-X. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Meh87" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ a b Lee, Michael S. Y. (2007). "Phylogeny of snakes (Serpentes): combining morphological and molecular data in likelihood, Bayesian and parsimony analyses". Systematics and Biodiversity. 5 (4): 371–389. doi:10.1017/S1477200007002290. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  7. ^ Durand, J.F. (2004). "The origin of snakes". Geoscience Africa 2004. Abstract Volume, University of the Witwatersrand, Johannesburg, Afrika Selatan, m/s. 187.
  8. ^ Vidal, N., Rage, J.-C., Couloux, A. and Hedges, S.B. (2009). "Snakes (Serpentes)". M/s. 390-397 dlm Hedges, S.B. dan Kumar, S. (ed.), The Timetree of Life. Oxford University Press.
  9. ^ a b c d e Sanchez, Alejandro. "Diapsids III: Snakes". Father Sanchez's Web Site of West Indian Natural History. Dicapai pada 2007-11-26.
  10. ^ a b "New Fossil Snake With Legs". UNEP WCMC Database. Washington, D.C.: American Association For The Advancement Of Science. Dicapai pada 2007-11-29.
  11. ^ a b Mc Dowell, Samuel (1972). "The evolution of the tongue of snakes and its bearing on snake origins". Evolutionary Biology. 6: 191–273.
  12. ^ Apesteguía, Sebastián; Zaher, H (2006). "A Cretaceous terrestrial snake with robust hindlimbs and a sacrum". Nature. 440 (7087): 1037–1040. doi:10.1038/nature04413. PMID 16625194. Dicapai pada 2007-11-29. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan); More than one of |last1= dan |last= specified (bantuan); More than one of |first1= dan |first= specified (bantuan)
  13. ^ a b c Mertens, Robert (1961). "Lanthanotus: an important lizard in evolution". Sarawak Museum Journal. 10: 320–322.
  14. ^ a b Conant R, Collins JT. 1991. A Field Guide to Reptiles and Amphibians: Eastern and Central North America. Houghton Mifflin, Boston. 450 pp. 48 plates. ISBN 0-395-37022-1.
  15. ^ Natural History Information Centre, Auckland War Memorial Museum. "Natural History Questions". Auckland War Memorial Museum | Tamaki Paenga Hira. Auckland, New Zealand: Auckland War Memorial Museum. Q. Are there any snakes in New Zealand?. Dicapai pada 26 April 2012.
  16. ^ Pough; dll. (2002) [1992]. Herpetology: Third Edition. Pearson Prentice Hall. ISBN 0-13-100849-8. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)
  17. ^ a b McDiarmid RW, Campbell JA, Touré T. 1999. Snake Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference, jil. 1. Herpetologists' League. 511 m/s. ISBN 1-893777-00-6 (siri). ISBN 1-893777-01-4 (jilid).
  18. ^ Spawls S, Branch B. 1995. The Dangerous Snakes of Africa. Ralph Curtis Books. Dubai: Oriental Press. 192 m/s. ISBN 0-88359-029-8.
  19. ^ Parker HW, Grandison AGC. 1977. Snakes -- a natural history. Edisi ke-2. British Museum (Natural History) and Cornell University Press. 108 m.s. 16 plat. LCCCN 76-54625. ISBN 0-8014-1095-9 (kain), ISBN 0-8014-9164-9 (paper).
  20. ^ Spawls S, Howell K, Drewes R, Ashe J. 2004. A Field Guide To The Reptiles Of East Africa. London: A & C Black Publishers Ltd. 543 m/s. ISBN 0-7136-6817-2.
  21. ^ Elapidae di TIGR Reptile Database. Dicapai pada 3 Disember 2008.
  22. ^ CTV: Ancient, gargantuan snakes ate crocs for breakfast
  23. ^ S. Blair Hedges (4 Ogos 2008). "At the lower size limit in snakes: two new species of threadsnakes (Squamata: Leptotyphlopidae: Leptotyphlops) from the Lesser Antilles" (PDF). Zootaxa. 1841: 1–30. Dicapai pada 2008-08-04.
  24. ^ Boback, Scott M. (2001). "EMPIRICAL EVIDENCE FOR AN OPTIMAL BODY SIZE IN SNAKES" (12). The Society for the Study of Evolution. doi:10.1554/0014-3820(2003)057[0345:EEFAOB]2.0.CO;2. Unknown parameter |vol= ignored (|volume= suggested) (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)
  25. ^ a b c d e Cogger(1991), m/s. 180.
  26. ^ Reptile Senses: Understanding Their World.
  27. ^ Smith, Malcolm A. The Fauna of British India, Including Ceylon and Burma. Jil I, Loricata and Testudines. m/s. 30.
  28. ^ a b c d Are snakes slimy? at Singapore Zoological Garden's Docent. Dicapai 14 Ogos 2006.
  29. ^ Part III: Scales of Lizards and Snakes at WhoZoo. Dicapai 4 Disember 2008.
  30. ^ a b General Snake Information at South Dakota Game, Fish and Parks. Dicapai pada 4 Disember 2008.
  31. ^ a b Wilcox, Robert A; Whitham, Emma M (15 April 2003). "The symbol of modern medicine: why one snake is more than two". Annals of Internal Medicine. 138 (8): 673–7. PMID 12693891. Dicapai pada 2007-11-26.
  32. ^ Harline, P H (1971). "Physiological basis for detection of sound and vibration in snakes" (PDF). J. Exp. Biol. 54 (2): 349–371.
  33. ^ "Auditory Localization of Ground-Borne Vibrations in Snakes". Phys. Rev. Lett. 100: 048701. 2008.
  34. ^ Lisa Zyga (2008-02-13). "Desert Snake Hears Mouse Footsteps with its Jaw". PhysOrg.
  35. ^ Cogger, H 1993 Fauna of Australia. Jil. 2A Amphibia and Reptilia. Australian Biological Resources Studies, Canberra.
  36. ^ Arnold, E.N. (1984). "Evolutionary aspects of tail shedding in lizards and their relatives". Journal of Natural History. 18 (1): 127–169. doi:10.1080/00222938400770131.
  37. ^ N. B. Ananjeva and N. L. Orlov (1994) Caudal autotomy in Colubrid snake Xenochrophis piscator from Vietnam. Jurnal Herpetologi 1(2) Rusia
  38. ^ a b c d e f Mader, Douglas (Jun 1995). "Reptilian Anatomy". Reptiles. 3 (2): 84–93.
  39. ^ a b c d e Freiberg (1984), m/s. 125.
  40. ^ a b Freiberg (1984), m/s. 123.
  41. ^ a b c d Freiberg (1984), m/s. 126.
  42. ^ Fry, Brian G; Vidal, Nicholas; Norman, Janette A.; Vonk, Freek J.; Scheib, Holger; Ramjan, Ryan; Kuruppu, Sanjaya; Fung, K; Hedges, SB (2006). "Early evolution of the venom system in lizards and snakes". Nature (Letters). 439 (7076): 584–588. doi:10.1038/nature04328. PMID 16292255. More than one of |last1= dan |last= specified (bantuan); More than one of |first1= dan |first= specified (bantuan)
  43. ^ a b c d Capula (1989), m/s. 117.
  44. ^ a b Cogger (1991), m/s. 186.
  45. ^ a b Capula (1989), m/s. 118.
  46. ^ a b c Cogger (1991), m/s. 182.
  47. ^ a b c d e Behler (1979) m/s. 581. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Bebler79_581" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  48. ^ Hori, Michio; Asami, Takahiro; Hoso, Masaki (2007). "Right-handed snakes: convergent evolution of asymmetry for functional specialization". Biology Letters. 3 (2): 169–72. doi:10.1098/rsbl.2006.0600. PMC 2375934. PMID 17307721.
  49. ^ Freiberg (1984), m/s. 125–127.
  50. ^ Rosenfeld (1989), m/s. 11.
  51. ^ Tattersall, GJ; Milsom, WK; Abe, AS; Brito, SP; Andrade, DV (2004). "The thermogenesis of digestion in rattlesnakes". Journal of Experimental Biology. The Company of Biologists. 207 (Pt 4): 579–585. doi:10.1242/jeb.00790. PMID 14718501. Dicapai pada 2006-05-26.
  52. ^ a b c d e f Cogger(1991), m/s. 175.
  53. ^ a b Gray, J. (1946). "The mechanism of locomotion in snakes". Journal of experimental biology. 23 (2): 101–120. PMID 20281580.
  54. ^ a b Hekrotte, Carlton (1967). "Relations of Body Temperature, Size, and Crawling Speed of the Common Garter Snake, Thamnophis s. sirtalis". Copeia. 23 (4): 759–763. doi:10.2307/1441886. JSTOR 1441886.
  55. ^ a b c Walton, M.; Jayne, B.C.; Bennett, A.F. (1967). "The energetic cost of limbless locomotion". Science. 249 (4968): 524–527. doi:10.1126/science.249.4968.524. PMID 17735283.
  56. ^ a b Gray, J; H.W., H (1950). "Kinetics of locomotion of the grass snake". Journal of experimental biology. 26 (4): 354–367.
  57. ^ Gray, J; Lissman (1953). "Undulatory propulsion". Quarterly Journal of Microscopical Science. 94: 551–578.
  58. ^ Jayne, B.C. (1988). "Muscular mechanisms of snake locomotion: an electromyographic study of lateral undulation of the Florida banded water snake (Nerodia fasciata) and the yellow rat snake (Elaphe obsoleta)". Journal of Morphology. 197 (2): 159–181. doi:10.1002/jmor.1051970204. PMID 3184194. More than one of |last1= dan |last= specified (bantuan); More than one of |first1= dan |first= specified (bantuan)
  59. ^ a b c d e f g Cogger(1991), m/s. 177.
  60. ^ a b Jayne, B.C. (1986). "Kinematics of terrestrial snake locomotion". Copeia. 1986 (4): 915–927. doi:10.2307/1445288. JSTOR 1445288.
  61. ^ a b Cogger (1991), m/s. 176.
  62. ^ a b c d Astley, H.C.; Jayne, B.C. (2007). "Effects of perch diameter and incline on the kinematics, performance and modes of arboreal locomotion of corn snakes (Elaphe guttata)". Journal of Experimental Biology. 210 (Pt 21): 3862–3872. doi:10.1242/jeb.009050. PMID 17951427.
  63. ^ a b Freiberg (1984), m/s. 135.
  64. ^ Socha, JJ (2002). "Gliding flight in the paradise tree snake". Nature. 418 (6898): 603–604. doi:10.1038/418603a. PMID 12167849.
  65. ^ a b MedlinePlus > Snake bites From Tintinalli JE, Kelen GD, Stapcynski JS, eds. Emergency Medicine: A Comprehensive Study Guide. 6th ed. New York, NY: McGraw Hill; 2004. Update Date: 2/27/2008. Updated by: Stephen C. Acosta, MD, Department of Emergency Medicine, Portland VA Medical Center, Portland, OR. Review provided by VeriMed Healthcare Network. Also reviewed by David Zieve, MD, MHA, Medical Director, A.D.A.M., Inc. Retrieved 2010-03-09.
  66. ^ Health-care-clinic.org > Snake Bite First Aid - Snakebite. Retrieved 2010-03-09.
  67. ^ Snake bite image example at MDconsult > Patient Education > Wounds, Cuts and Punctures, First Aid for.[pautan mati]
  68. ^ Sinha, Kounteya (25 July 2006). "No more the land of snake charmers..." The Times of India.
  69. ^ NCBI.nlm.nih.gov
  70. ^ a b c Bagla, Pallava (April 23, 2002). "India's Snake Charmers Fade, Blaming Eco-Laws, TV". National Geographic News. Dicapai pada 2007-11-26.
  71. ^ International Wildlife encyclopedia, 3rd edition, page 482.
  72. ^ Whitaker, Romulus & Captain, Ashok. Snakes of India: The Field Guide.(2004) pp 11 to 13.
  73. ^ Irvine, F. R. (1954). "Snakes as food for man". British Journal of Herpetology. 1 (10): 183–189.
  74. ^ a b Flynn, Eugene (April 23, 2002). "Flynn Of The Orient Meets The Cobra". Fabulous Travel. Dicapai pada 2007-11-26.
  75. ^ "蛇酒的泡制与药用(The production and medicinal qualities of snake wine)". 2007-04-09.
  76. ^ Allen, David (July 22, 2001). "Okinawa's potent habu sake packs healthy punch, poisonous snake". Stars and Stripes. Dicapai pada 2007-11-26.
  77. ^ Ernest, Carl (1996). Snakes in Question: The Smithsonian Answer Book. Washington, DC: Smithsonian Books. m/s. 203. ISBN 1-56098-648-4. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  78. ^ a b c d Bullfinch (2000) p. 85.
  79. ^ a b Deane (1833). p. 61.
  80. ^ Deane (1833). pp. 62–64.
  81. ^ Benson, Elizabeth (1972). The Mochica: A Culture of Peru. London: Thames and Hudson. ISBN 0-500-72001-0.
  82. ^ Berrin, Katherine; Larco Museum (1997). The Spirit of Ancient Peru: Treasures from the Museo Arqueológico Rafael Larco Herrera. New York: Thames and Hudson. ISBN 978-0-500-01802-6.
  83. ^ The Gods and Symbols of Ancient Mexico and the Maya. Miller, Mary 1993 Thames & Hudson. London ISBN 978-0-500-27928-1

Pautan luar

Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link GA