Nazeera Sardi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Pengarkiban rujukan.
Baris 31: Baris 31:


==Kehidupan peribadi==
==Kehidupan peribadi==
Nazeera merupakan anak bongsu daripada lapan beradik,<ref name="Kisah yang sudah"/> dilahirkan di [[Gemencheh]], [[Negeri Sembilan]] dan dibesarkan di [[Kluang]], [[Johor]]. Beliau mempunyai seorang abang dan enam kakak.<ref>{{cite web |url=https://www.nona.my/saya-tidak-akan-pernah-berhenti-untuk-membahagiakan-menggembirakan-mak-selagi-nazeera-sardi-2/|title="Mak wanita terhebat! Apa jua saya lakukan demi mak. Saya tak akan berhenti untuk membahagiakannya" - Nazeera Sardi|author=Amy Mohd|publisher=[[Majalah Nona|Nona]]|date=9 Mei 2020|accessdate=25 Jun 2020}}</ref> Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin dan kemudiannya di Sekolah Menengah Raja George V di [[Seremban]] dan memiliki ijazah dalam industri bioteknologi di [[Universiti Teknologi Mara]] Shah Alam.<ref>{{cite web |url=https://www.hmetro.com.my/node/119234|title=Gadis 3 dalam 1|accessdate=1 Mac 2016 |author=Nor Akmar Samudin|date=1 Mac 2016|format= |work= |publisher=[[Harian Metro]]|pages= |quote= }}</ref> Nazeera kemudiannya melanjutkan pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di [[Universiti Putra Malaysia]] (UPM)<ref name="Kisah yang sudah">{{cite web |url=http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|title=Kisah yang sudah lama ternoktah|accessdate=15 Mei 2018 |author= |date=5 Mac 2017|format= |work= |publisher=[[Kosmo!]]|pages= |quote= |archive-url=https://web.archive.org/web/20181018122424/http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|archive-date=18 Oktober 2018}}</ref><ref>{{cite web |url=http://www.utusan.com.my/hiburan/cinta-nazeera-dianiaya-1.481161|title=Cinta Nazeera dianiaya|accessdate=15 Mei 2018 |author= |date=14 Mei 2017|format= |work= |publisher=[[Utusan Malaysia]]|pages= |quote= |archive-url=https://web.archive.org/web/20190404200959/http://www.utusan.com.my/hiburan/cinta-nazeera-dianiaya-1.481161|archive-date=4 April 2019 }}</ref> dan menerima graduan pada penghujung Oktober 2018.<ref>{{cite web |url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nazeera-dedikasi-ijazah-buat-ibu-1.900767|title=Nazeera dedikasi ijazah buat ibu|accessdate=6 November 2018|author=|date=4 November 2018|format= |work= |publisher=[[Sinar Harian]]|pages= |quote= }}</ref><ref>{{cite web |url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/11/494416/keluarga-kekasih-dorong-kejayaan-nazeera|title=Keluarga, kekasih dorong kejayaan Nazeera|accessdate=6 November 2018|author=Feride Hikmet Atak|date=3 November 2018|format= |work= |publisher=[[Berita Harian]]|pages= |quote= }}</ref>
Nazeera merupakan anak bongsu daripada lapan beradik,<ref name="Kisah yang sudah"/> dilahirkan di [[Gemencheh]], [[Negeri Sembilan]] dan dibesarkan di [[Kluang]], [[Johor]]. Beliau mempunyai seorang abang dan enam kakak.<ref>{{cite web |url=https://www.nona.my/saya-tidak-akan-pernah-berhenti-untuk-membahagiakan-menggembirakan-mak-selagi-nazeera-sardi-2/|title="Mak wanita terhebat! Apa jua saya lakukan demi mak. Saya tak akan berhenti untuk membahagiakannya" - Nazeera Sardi|author=Amy Mohd|publisher=[[Majalah Nona|Nona]]|date=9 Mei 2020|accessdate=25 Jun 2020}}</ref> Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin dan kemudiannya di Sekolah Menengah Raja George V di [[Seremban]] dan memiliki ijazah dalam industri bioteknologi di [[Universiti Teknologi Mara]] Shah Alam.<ref>{{cite web |url=https://www.hmetro.com.my/node/119234|title=Gadis 3 dalam 1|accessdate=1 Mac 2016 |author=Nor Akmar Samudin|date=1 Mac 2016|format= |work= |publisher=[[Harian Metro]]|pages= |quote= }}</ref> Nazeera kemudiannya melanjutkan pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di [[Universiti Putra Malaysia]] (UPM)<ref name="Kisah yang sudah">{{cite web |url=http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|title=Kisah yang sudah lama ternoktah|accessdate=15 Mei 2018 |author= |date=5 Mac 2017|format= |work= |publisher=[[Kosmo!]]|pages= |quote= |archive-url=https://web.archive.org/web/20181018122424/http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm|archive-date=18 Oktober 2018}}</ref><ref>{{cite web |url=http://www.utusan.com.my/hiburan/cinta-nazeera-dianiaya-1.481161|title=Cinta Nazeera dianiaya|accessdate=15 Mei 2018 |author= |date=14 Mei 2017|format= |work= |publisher=[[Utusan Malaysia]]|pages= |quote= |archive-url=https://web.archive.org/web/20190404200959/http://www.utusan.com.my/hiburan/cinta-nazeera-dianiaya-1.481161|archive-date=4 April 2019 }}</ref> dan menerima graduan pada penghujung Oktober 2018.<ref>{{cite web |url=http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nazeera-dedikasi-ijazah-buat-ibu-1.900767|title=Nazeera dedikasi ijazah buat ibu|accessdate=6 November 2018|author=|date=4 November 2018|format= |work= |publisher=[[Sinar Harian]]|pages= |quote= |archive-url=https://web.archive.org/web/20181105092830/http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nazeera-dedikasi-ijazah-buat-ibu-1.900767|archive-date=5 November 2018}}</ref><ref>{{cite web |url=https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/11/494416/keluarga-kekasih-dorong-kejayaan-nazeera|title=Keluarga, kekasih dorong kejayaan Nazeera|accessdate=6 November 2018|author=Feride Hikmet Atak|date=3 November 2018|format= |work= |publisher=[[Berita Harian]]|pages= |quote= }}</ref>


==Kerjaya==
==Kerjaya==

Semakan pada 00:42, 5 Ogos 2020

Nazeera Sardi
Kelahiran
Siti Nazirah binti Sardi

(1986-07-29) 29 Julai 1986 (umur 37)
Pendidikan
Pusat pendidikan
PekerjaanPelakon, model, penyanyi, pengacara, ahli perniagaan
Tahun aktif2011–kini

Siti Nazirah binti Sardi atau lebih dikenali sebagai Nazeera Sardi (lahir 29 Julai 1986) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi drama lakonannya termasuk Hanya Padamu, Demi Cinta Ain, Pembancuh Kopi Mr. Vampire dan Cinta Fatamorgana.[1][2]

Pada tahun 2017, Nazeera mula bergiat aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan single pertamamya, "Tetap Ada Cinta".[3]

Kehidupan peribadi

Nazeera merupakan anak bongsu daripada lapan beradik,[4] dilahirkan di Gemencheh, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kluang, Johor. Beliau mempunyai seorang abang dan enam kakak.[5] Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin dan kemudiannya di Sekolah Menengah Raja George V di Seremban dan memiliki ijazah dalam industri bioteknologi di Universiti Teknologi Mara Shah Alam.[6] Nazeera kemudiannya melanjutkan pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Putra Malaysia (UPM)[4][7] dan menerima graduan pada penghujung Oktober 2018.[8][9]

Kerjaya

Nazeera memulakan kerjaya lakonannya dengan membawakan peranan kecil yang tidak dinamakan dalam drama Jiwa & Lara dan telefilem Tasbih Cinta Qasidah yang kedua-duanya bersiaran di TV3. Namanya mula mendapat perhatian umum menerusi gandingannya bersama Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim dalam siri drama Hanya Padamu yang bersiaran di Slot Zehra TV3. Setelah itu, beliau berlakon dalam beberapa drama televisyen dan telefilem.

Beliau juga aktif menulis blog yang membincangkan tentang kehidupan peribadinya. Selain itu, Nazeera juga pernah muncul dalam iklan Burger King dan Zalora. Nazeera menjadi salah seorang peserta Grand Finale SimplySiti Star Search yang diadakan pada 20 Oktober 2012, anjuran SimplySiti.

Kerjaya filem Nazeera bermula pada tahun 2014 menerusi filem CEO arahan Razaisyam Rashid, dibintangi oleh Cristina Suzanne, Remy Ishak dan Beto Kusyairy. Beliau memegang watak sebagai Lily.

Selain itu, beliau menceburi bidang perniagaan dengan mengasaskan label pakaian Zeyra by Nazeera Sardi,[10] diikuti oleh produk penjagaan kulit Zeyra Beauty dan Zeyra Cosmetics.

Populariti beliau dalam bidang lakonan semakin melonjak menerusi lakonannya, Pembancuh Kopi Mr. Vampire yang mana Nazeera memegang watak sebagai Nuzul Filzah. Karya yang diadaptasi dari novel 2015 dengan judul sama menyaksikan Nazeera bergandingan dengan pelakon Ungku Ismail Aziz sebagai watak utama.[11] Nazeera mula berjinak-jinak dalam bidang muzik dengan muncul sebagai penyanyi dengan single pertama berjudul "Tetap Ada Cinta" ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatanna yang dikeluarkan pada November 2017.[12]

Dari 13 April 2018 hingga 22 Mei 2018, Nazeera memegang watak sebagai Delina dalam siri drama waktu perdana, Cinta Fatamorgana yang bersiaran di Slot Akasia TV3, drama ini turut dibintangi oleh Azar Azmi, Aeril Zafrel dan Syazuwan Hassan.[13]

Pada Jun 2020, beliau menjadi pengacara rancangan Semanis Cuka di TV1.[14]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2014 CEO Lily Filem pertama
2016 Warna Cinta Impian Nazeera

Drama

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Jiwa & Lara TV3 Tidak dinamakan
2012 Hanya Padamu Adawiyah
2014 Bila Chacha Masuk Asrama Cikgu Mastura
Berlima Ramadan TV1
2015 Tabir Zulaikha Erin TV3
Memori Cinta Suraya Vanida Astro Prima
Cinta Si Wedding Planner Syakirin TV3
2016 Demi Cinta Ain Sakinah
Mr. Boss Miss Stalker Liza
Sweetie Nanie Kak Ja
Diaspora Cinta TV1
Catatan Seorang Da'i TV1
2017 Pembancuh Kopi Mr. Vampire Nuzul Filzah HyppTV
Menantu Bilal Marlisa TV3
2018 Cinta Fatamorgana Delina
Kalis Kasih Sandra
Tak Ada Cinta Sepertimu Abby Astro Ria
Pencuri Cinta Kelas Satu Jiha Astro Oasis
Cinta Maya Hashimah TV1
2019 Utusan Cinta Buat Adam Fazrin TV3
Skrin Sentuh Hati Eryna[15] Eryna TV1
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Aisyah TV3

Iklan

Tahun Iklan
Burger King
Zalora

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Tasbih Cinta Qasidah Didie TV3
2015 Siti Oh Siti Siti TV1
2016 Syurga Di Hujung Jalan Zaliya TV3
2017 Izinkan Aku Menebus Dosa TV9
2018 Wanita Di Hujung Kuala Nur TV Okey

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2020 Semanis Cuka TV1

Diskografi

Single
Tahun Tajuk
2017

Rujukan

  1. ^ Ardini Sophia Sina (25 April 2018). "Nazeera bangga sokongan peminat". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  2. ^ Ridzuan Abdul Rahman (30 Mei 2018). "Nazeera bangkit cari kejayaan". Harian Metro. Dicapai pada 22 Januari 2018.
  3. ^ Norhayati Nordin (5 Februari 2020). Tak peduli gosip Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  4. ^ a b "Kisah yang sudah lama ternoktah". Kosmo!. 5 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2018. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  5. ^ Amy Mohd (9 Mei 2020). ""Mak wanita terhebat! Apa jua saya lakukan demi mak. Saya tak akan berhenti untuk membahagiakannya" - Nazeera Sardi". Nona. Dicapai pada 25 Jun 2020.
  6. ^ Nor Akmar Samudin (1 Mac 2016). "Gadis 3 dalam 1". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mac 2016.
  7. ^ "Cinta Nazeera dianiaya". Utusan Malaysia. 14 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2019. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  8. ^ "Nazeera dedikasi ijazah buat ibu". Sinar Harian. 4 November 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2018. Dicapai pada 6 November 2018.
  9. ^ Feride Hikmet Atak (3 November 2018). "Keluarga, kekasih dorong kejayaan Nazeera". Berita Harian. Dicapai pada 6 November 2018.
  10. ^ Nor Akmar Samudin (10 Mei 2016). Nazeera ligat berniaga Harian Metro. Dicapai pada 25 Jun 2016.
  11. ^ "Tuah 'Jadi' Pembancuh Kopi". Malaysian Digest. 15 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2018. Dicapai pada 23 Mei 2017.
  12. ^ Norhayati Nordin (7 Mac 2018). "Gigih kejar impian". Harian Metro. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  13. ^ Kisah cinta yang dikorbankan Kosmo! (22 April 2018). Diarkib daripada yang asal pada 23 Jun 2018. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  14. ^ Siaran Media: Semanis Cuka Radio Televisyen Malaysia. 15 Jun 2020. Dicapai pada 18 Jun 2020.
  15. ^ Nazeera Sardi Rebut Hati Ustaz Dalam “Skrin Sentuh Hati Eryna” di TV1 RTM. Dicapai pada 12 Ogos 2019.

Pautan luar