Kimchi jjigae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kimchi jjigae
Korean stew-Kimchi jjigae-01.jpg
Jenis Jjigae
Tempat asal Korea
Bahan utama Kimchi, daun bawang, bawang, potongan tauhu, daging atau makanan laut
Cookbook: Kimchi jjigae di Wikibuku  Media berkenaan Media: Kimchi jjigae di Wikimedia Commons
Kimchi jjigae
Hangul 김치찌개
Perumian Semakan gimchi jjigae
McCune–Reischauer kimch'i tchigae

Kimchi jjigae (Sebutan bahasa Korea: [kimtɕʰi tɕ͈iɡɛ]) ialah sejenis masakan Korea berupa jjigae, atau stew, yang diperbuat daripada kimchi dan bahan lain, seprti daun bawang, bawang, potongan tauhu, daging babi dan makanan laut, namum daging babi dan makanan laut tidaklah digunakan pada masa yag sama. Ia merupakan jjigae yang paling lazim di Korea.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kimchi diketahui dimakan sebagai sayuran jeruk, dan menjadi kimchi yang diketahui kini pada era pertengahan Joseon, apabila cili mula diperkenalkan di negara tersebut. Kimchi jjigae dianggap mula diperkenalkan sekita zaman tersebut juga.[1]

Penyediaan dan sajian[sunting | sunting sumber]

Kimchi jjigae sering dimasak di rumah-rumah orang Korea dengan menggunakan kimci "masak" yang lebih lama tertapai atau dijerukkan, mewujudkan rasa yang lebih kuat dan kandungan bakteria "baik" yang lebih banyak seperti dalam yogurt. [2] Walau bagaimanapun, bakteria hidup yang wujud dalam kimchi segar yang tidak dimasak tetap tidak bertahan dalam proses masakan tersebut. Stew tersebut dikatakan lebih kuatrasanya dengan kimchi matang, manakala kimchi baru mungkin tidak menghasilkan rasa yang lebih. Kimchi merupakan bahan utama dalam kimchi jjigae, dan penggunaan bahan lain adalah bergantung kepada kehendak dan cita rasa masing-masing.

Potongan kimchi diletakan dalam periuk bersama daging lembu, daging babi ataupun makanan laut, tauhu, hirisan daun bawang, bawang putih, dan semuanya direbus dalam air atau stok ikan bilis. Stew diperisakan dengan doenjang (pes kacang), haszing duu (air pedas), atau gochujang (pes cili merah).[1]

Seerti kebanyakan masakan Korea lain, kimchi jjigae lazimnya diletakkan di tengah-tengah meja dan diiringi dengan pelbagai banchan (hidangan sampingan berupa lauk) dan nasi. Ia lazimnya dimasak dan disaji secara panas mendidih dalam periuk batu.

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

Selain bahan biasa iaitu daging lembu, babi, atau ayam, sesetengahnya dipanggil mengikut nama tersendiri.

  • Chamchi kimchi jjigae (참치 김치찌개) diperbuat daripada tuna, lazimnya yang ditin, ke dalam jjigae. Ia popular untuk perkhemahan atau perkelahan kerana mudah untuk disediakan.[3]
  • Ggongchi kimchi jjigae (꽁치 김치찌개) daripada ikan saury Pasifik.
  • Budae jjigae (부대찌개) diperbuat daripada campuran pelbagai jenis bahan - mi (lazimnya mi ramen), tuna, spam, sayur, dsb. - ke dalam kuah kimchi jjigae. Budae bermaksud “unit tentera” di Korea; jenis kimchi jjigae terkenal di kalangan askar yang mendapati adalah lebih sesuai untuk memasukkan apa sahaja bahan yang mereka ada ke dalam kuah jjigae.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b (Korea) Kimchi jjigae at Encyclopedia of Korean Culture
  2. ^ . (Korea) Bacteria in kimchi, Doctor's News, 2009-05-18. Retrieved 2010-06-24.
  3. ^ (Korea) Tuna in jjigae, Hankyung News, 2010-01-19. Retrieved 2010-06-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]