Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
Lebuhraya E28 | |
---|---|
Lebuhraya Jambatan Kedua Pulau Pinang Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah[1] | |
Maklumat laluan | |
Diselenggara oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) | |
Panjang | 23.37 km (14.52 mi) |
Wujud | 2006–kini |
Sejarah | Pembinaan bermula November 2008; asalnya dijangka siap Mei 2012, siap secara rasmi Februari 2014[2] |
Simpang utama | |
Hujung timur | Batu Kawan |
Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Jelas P10 Jalan Batu Maung LP 3113 Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu | |
Hujung barat | Batu Maung |
Lokasi | |
Destinasi utama | Bukit Tambun, Batu Kawan, Simpang Ampat, Juru, Bayan Lepas, Bayan Baru, Batu Maung, Teluk Tempoyak, Teluk Kumbar, Balik Pulau, Permatang Laut, George Town, Serdang, Bandar Baharu, Selama, Jelapang, Ipoh |
Sistem lebuh raya | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Jambatan Kedua Pulau Pinang جمبتن كدوا ڤولاو ڤينڠ | |
---|---|
Maklumat umum | |
Membawa | Kenderaan bermotor |
Disenggarakan oleh | Jambatan Kedua Sdn Bhd |
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | |
Gaya seni bina | Seni bina teknologi tinggi |
Panjang keseluruhan () | 24 kilometer (15 bt) |
Lebar () | 250 meter (820 ka) |
Rentangan terpanjang | 250 m |
Sejarah | |
Pereka bentuk |
|
Dibina oleh |
|
Mula dibina pada | 1r Mac 2014 |
Dibuka pada | 2 Mac 2014[3] |
Dirasmikan | 1 Mac 2014[3] |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Lebuhraya Jambatan Kedua Pulau Pinang |
Negara | Malaysia |
Menyeberangi | Selat Selatan |
5°14′59″N 100°21′05″E / 5.249791°N 100.351353°E | |
sunting · sunting di Wikidata |
Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah[4] ialah sebuah jambatan tol jalan raya kembar baharu di Pulau Pinang, Malaysia yang telah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung. Jambatan ini ialah jambatan kedua yang menghubungkan pula tersebut ke tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang. Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.[3] China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) pada awalnya dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan pada November 2007 dan dijangka siap pada 2012, namun ia hanya bermula pada November 2008 dan siap pada Februari 2014.[2] Jambatan ini dibina dengan pinjaman besar daripada kerajaan Republik Rakyat China.[5] Ia dirasmikan pada 1 Mac 2014 dan dinamakan bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.[3]
Jambatan Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong.
Pada 2014-2015, Larian Jambatan Pulau Pinang pun telah bertukar diadakan dekat Bayan Lepas ini.
Ciri-ciri
[sunting | sunting sumber]Empat lorong dengan dua lorong motosikal dibina di atas jambatan ini. Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai. 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan. Enam persimpangan lebuh raya akan dibina dalam projek ini. K. Preamakanthan dari UEM Construction Sdn Bhd merupakan pengarah projek yang bertanggungjawab ke atas projek ini.
Ia akan mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah. Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara. Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuh raya terapung pertama di Malaysia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada Ogos 2006, kerajaan persekutuan Malaysia mengatur pelan untuk membina Jambatan Kedua Pulau Pinang yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Pada 12 November 2006, majlis penanaman cerucuk besi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Selepas beberapa bulan, kerja-kerja menuang tanah dan penimbusan tiang berjaya dilakukan, China Harbour Engineering Co Ltd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM Group) mengumumkan projek ini akan disiapkan pada 2013. Kerja-kerja pembinaan bermula pada awal Januari 2008.[6]
Pada April 2008, kerajaan mengumumkan projek ini akan ditundakan selama 9 bulan disebabkan masalah perolehan tanah dan isu reka bentuk dan juga lonjakan kos bahan binaan[7]. Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru dilantik, Lim Guan Eng mencadangkan diskaun tol untuk setiap kelewatan projek ini[8] dan meluahkan kekecewaan ke atas kelewatan pembinaan projek ini[9].
Keruntuhan sebahagian binaan Jambatan
[sunting | sunting sumber]Pada pukul 6.50pm tanggal 6 Jun 2013, sebahagian dari binaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berada di bahagian Batu Maung telah runtuh menyembah bumi. Bahagian yang berukuran 30 meter panjang itu runtuh dan dipercayai menghempap sebuah kereta dibawah runtuhan debu.
Timbalan pengurus jabatan komunikasi dan hubungan awam Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah mengesahkan keruntuhan berlaku di salah satu seksyen di Pakej 3A Jambatan Kedua Pulau [10].
Seramai 4 orang dikenal pasti telah terbunuh akibat keruntuhan bahagian jambatan, 4 orang tersebut dipercayai berada dalam kereta ketika tragedi berlaku, mereka dihempap oleh batuan keatas kereta dan menyebabkan mereka mati serentak.
Menurut jurucakap polis, bahagian Peralihan Batu Maung yang menghubungkan jambatan dengan Jalan Tun Dr Lim Chong Eu yang runtuh itu telah menghempap sebuah kereta yang lalu diatas jalan dibawah struktur.[11]
Senarai Persimpangan
[sunting | sunting sumber]Kawasan Lebuhraya Batu Kawan
[sunting | sunting sumber]Km | Nombor | Persimpangan | Ke | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
EXIT 2201 | PERSIMPANGAN BATU KAWAN-PLUS | Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN JAJARAN UTARA UTARA Bukit Kayu Hitam Alor Setar Butterworth SELATAN Kuala Lumpur Ipoh Taiping |
Persimpangan Sistem Tertutup Trompet | ||
Plaza tol Batu Kawan-NSE
| |||||
P Plaza tol Batu Kawan-NSE | Sempadan barat | ||||
AH2 LEBUHRAYA UTARA-SELATAN ARAH UTARA JAJARAN UTARA Sempadan terhad Lebuhraya PLUS
| |||||
JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG
|
Kawasan jambatan
[sunting | sunting sumber]Km | Berhenti | Persimpangan | Ke | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
EXIT 2202 | PERSIMPANGAN BATU KAWAN | P-- Batu Kawan Kompleks Sukan Batu Kawan |
Persimpangan | ||
Plaza tol Batu Kawan-Jambatan Kedua Pulau Pinang (Memasuki jambatan sahaja)
| |||||
P Plaza tol Batu Kawan-Jambatan Kedua Pulau Pinang | Memasuki jambatan sahaja | ||||
R&R Kawasan Rawat dan Rehat Batu Kawan | Sempadan timur | ||||
R&R Kawasan Rawat dan Rehat Batu Kawan | Sempadan barat | ||||
Jambatan Kedua Pulau Pinang 24 kilometer |
Mula/Tamat jambatan | ||||
Jambatan Kedua Pulau Pinang R&R V Kawasan Rawat dan Rehat dan Platform Pemandangan |
V Platform Pemandangan Kawasan Rawat dan Rehat Bulatan-U |
Gerbang tengah Sempadan masing-masing | |||
Jambatan Kedua Pulau Pinang 24 kilometer |
Mula/Tamat jambatan | ||||
EXIT 2203 | PERSIMPANGAN TELUK TEMPOYAK | P10 Batu Maung P--- Teluk Tempoyak |
Dinaikkan tanjakan On/Off persimpangan Dari/Ke Jambatan Kedua Pulau Pinang sahaja | ||
JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG
| |||||
LEBUHRAYA BATU MAUNG
| |||||
EXIT 2204 | PERSIMPANGAN BATU MAUNG | Lebuhraya Senai–Desaru PERSIMPANGAN BATU MAUNG UTARA LP 1331 George Town P10 Batu Maung SELATAN P10 Bayan Lepas LP 6 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang |
Dinaikkan haluan-Y di persimpangan |
Kawasan Lebuhraya Batu Maung
[sunting | sunting sumber]Km | Berhenti | Persimpangan | Ke | Catatan | |
---|---|---|---|---|---|
UTARA LP 1331 LEBUHRAYA BAYAN LEPAS George Town |
|||||
LP 1331 LEBUHRAYA BAYAN LEPAS Sempadan terhad JKR
| |||||
JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG (LEBUHRAYA BATU MAUNG)
| |||||
EXIT 2205 | PERSIMPANGAN BAYAN LEPAS | P10 Batu Maung Akuarium Pulau Pinang |
Dinaikkan persimpangan | ||
EXIT 2204 | PERSIMPANGAN BATU MAUNG | TIMUR Lebuhraya Senai–Desaru JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG Batu Kawan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 JAJARAN UTARA LEBUHRAYA UTARA-SELATAN Ipoh Kuala Lumpur |
Dinaikkan haluan-Y di persimpangan | ||
EXIT 2206 | PERSIMPANGAN PERMATANG LAUT | P10 Batu Maung P10 Permatang Laut P10 Teluk Tempoyak |
Persimpangan | ||
JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG (LEBUHRAYA BATU MAUNG) Mula/Tamat lebuh raya
| |||||
P10 JALAN BATU MAUNG Sempadan terhad JKR
| |||||
BARAT DAYA P10 JALAN BATU MAUNG Bayan Lepas Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ KOSMO! (01 Mac 2014). "Jambatan Kedua Pulau Pinang rasmi dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah". Kosmo! Online. Dicapai pada 1 Mac 2014. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ a b c "Second Penang Bridge set to open in February 2014". The Star. 12 Disember 2013.
- ^ a b c d Bernama (1 Mac 2014). "PM rasmi Jambatan Kedua Pulau Pinang". Sinar Harian. Dicapai pada 4 Mac 2014.
- ^ "BM (brochure) - Jambatan Kedua Sdn Bhd" (PDF). Jambatan Kedua Sdn Bhd. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-06. Dicapai pada 4 Mac 2014.
- ^ Malaysia secures 800 mln usd loan from China for second Penang bridge - report - Forbes.com Internet Archive: Wayback Machine
- ^ Work on second Penang bridge begins
- ^ "Construction of Second Penang Bridge delayed". New Straits Times.
- ^ CHRISTINA CHIN and TAN SIN CHOW. "Discount 'punishment' for Second Penang Bridge delay". The Star.
- ^ ANDREA FILMER. "Penang CM disappointed over bridge delay". The Star.
- ^ http://my.news.yahoo.com/section-of-second-penang-bridge-collapses-124344704.html
- ^ http://my.news.yahoo.com/four-believed-dead-in-second-penang-bridge-collapse-153427748.html
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)
- Acara UEM: Jambatan Kedua Pulau Pinang Diarkibkan 2008-02-16 di Wayback Machine
- Acara Kumpulan UEM: Jambatan Kedua Pulau Pinang Diarkibkan 2007-01-04 di Wayback Machine
- Peta Jambatan Kedua Pulau Pinang :: Jambatan Kedua SDN BHD (JKSB) Diarkibkan 2014-02-22 di Wayback Machine
- Peta Google Maps Jambatan Kedua Pulau Pinang