Simpang Ampat, Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Simpang Ampat (Cina: 新邦安拔) adalah sebuah bandar yang terletak di Jalan Persekutuan Malaysia, sempadan daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Malaysia terletak 25 km dari Butterworth. Nama Simpang Ampat bermaksud simpang empat jalan dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan penduduk yang tinggal di bandar ini adalah Cina, diikuti oleh Melayu, dan India. Simpang Ampat terletak di bawah kawasan parlimen Batu Kawan.

Ia bersempadan dengan bandar Bukit Mertajam di utara, Junjong (di Kedah) di timur, Sungai Bakap di selatan, dan Bukit Tambun ke barat. Bandar ini dihubungkan dengan Lebuhraya PLUS Utara-Selatan dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Terdapat juga simpang empat jalan boleh dilihat dekat sini di persimpangan Bandar Tasek Mutiara.

Bandar ini juga terdapat banyak sekolah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian yang ditadbir oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan cawangan sekolah bagi SMJK Jit Sin , iaitu SMJK Jit Sin II SPS, dan juga sekolah Boon Beng. Stesen keretapi Simpang Ampat juga terdapat dekat sini dan berkhidmat kepada penduduk di sekeliling Simpang Ampat dan juga Alma yang merupakan pinggir bandar bagi Bukit Mertajam.

SMJK Jit Sin II SPS

Infrakstruktur[sunting | sunting sumber]

Bandar ini dilengkapkan dengan:-

  • Pejabat Pos Simpang Empat
  • Ibusawat telekomunikasi Telekom Malaysia (kod ibusawat: SZ)
  • Stesen minyak: Petronas (2), Caltex (2), dan Shell (2)
  • Bank: Maybank dan Public Bank

Kawasan perumahan utama ialah: -

  • Taman Idaman
  • Taman Merak
  • Taman Merak Jaya
  • Taman Tangling
  • Bandar Tasek Mutiara
  • Taman Belibis
  • Taman Puteri Gunung
  • Taman Jentayu
  • Taman Cegar

Rujukan[sunting | sunting sumber]

5°17′N 100°29′E / 5.283°N 100.483°E / 5.283; 100.483