Batu Maung
Batu Maung | |
---|---|
Kejiranan dalam George Town | |
![]() | |
![]() | |
Koordinat: 5°17′5.0994″N 100°17′14.9″E / 5.284749833°N 100.287472°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bandar | ![]() |
Daerah | Barat Daya |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | Tidak diamalkan |
Poskod | 11960 |
Batu Maung ialah sebuah kawasan kediaman yang terletak di negeri Pulau Pinang dalam Malaysia.[1] Ia terletak kira-kira 15.7 km (9.8 bt) di selatan pusat bandar George Town, bersempadan dengan Bayan Lepas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Batu Maung menempatkan terminal pulau bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang), serta penghujung selatan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Ia juga dikelilingi beberapa perkampungan nelayan seperti Permatang Damar Laut dan Teluk Tempoyak.
Dahulunya merupakan sebuah kampung pertanian, pembangunan Batu Maung sebagai kawasan kediaman bermula pada penghujung abad ke-20.[2] Sebahagian daripada Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas juga terletak dalam kawasan ini, di samping menempatkan ibu pejabat WorldFish Center serta sebuah pelabuhan nelayan air dalam.[2][3][4][5]
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Batu Maung terkenal dengan industri perikanannya yang aktif. Ia mempunyai pelabuhan perikanan air dalam, serta menempatkan ibu pejabat WorldFish Center, sebuah organisasi penyelidikan perikanan antarabangsa tanpa keuntungan.
Selain itu, kawasan ini turut menjadi lokasi kepada Institut Penyelidikan Perikanan yang bernaung di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia.[6][7]
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Batu Maung dihubungkan dengan pusat bandar George Town melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, yang bermula dari hujung selatan di Batu Maung itu sendiri. Selain itu, Jambatan Kedua Pulau Pinang menghubungkan kawasan ini dengan Seberang Perai, bahagian tanah besar negeri Pulau Pinang. Dibuka pada tahun 2014, jambatan sepanjang 24 km (15 bt) ini merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara.
Jalan utama di dalam Batu Maung termasuklah Jalan Batu Maung dan Jalan Permatang Damar Laut. Akibat kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing, kerja-kerja pelebaran jalan telah dimulakan di beberapa bahagian jalan tersebut.[8]
Laluan bas Rapid Penang bernombor 302, 305 dan 307 turut berhenti di Batu Maung, menghubungkan kawasan ini dengan Bayan Baru, Sungai Nibong serta pusat bandar George Town.[9][10][11]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Batu Maung dilengkapi dengan dua buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah.
Sekolah rendah
Sekolah menengah
Infrastruktur
[sunting | sunting sumber]
Batu Maung merupakan pusat industri perikanan yang aktif dan mempunyai pelabuhan perikanan laut dalam.[3][4][14] Sebagai hab industri perikanan, Batu Maung menempatkan ibu pejabat WorldFish Center, sebuah organisasi penyelidikan perikanan antarabangsa bukan berasaskan keuntungan, serta Institut Penyelidikan Perikanan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia).[5][15]
Kerajaan Persekutuan Malaysia pernah merancang untuk membangunkan Batu Maung sebagai pelabuhan penangkapan tuna bertaraf antarabangsa.[3][14][16] Namun begitu, pembinaan pelabuhan tuna tersebut terbengkalai pada tahun 2011 dan sehingga kini masih belum disiapkan.[3][14][16][17]
Selepas siapnya Jambatan Kedua Pulau Pinang pada tahun 2014, harga tanah di Batu Maung meningkat dengan mendadak, menarik minat pemaju hartanah untuk melancarkan lebih banyak projek perumahan di kawasan ini.[18][19]
Tarikan pelancong
[sunting | sunting sumber]Terletak di Batu Maung, Muzium Perang Pulau Pinang pada asalnya merupakan kubu Tentera British semasa Perang Dunia Kedua yang dibina pada tahun 1930-an.[20] Namun begitu, apabila Tentera Imperial Jepun menyerang Pulau Pinang pada Disember 1941, pasukan Komanwel, yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Arthur Percival, telah mengundurkan diri dari Pulau Pinang tanpa sebarang tembakan dilepaskan.[21][22] Kubu yang ditinggalkan itu kemudiannya ditawan dan digunakan oleh pihak Jepun sepanjang Perang Dunia Kedua. Selepas tamatnya perang, kubu tersebut terbiar selama beberapa dekad sebelum diubah suai menjadi sebuah muzium perang pada tahun 2002.[20]
Muzium Perang Pulau Pinang masih mengekalkan struktur ketenteraan asal dan peralatan yang ditinggalkan oleh tentera British, seperti kubu bawah tanah, terowong dan tempat pemasangan mesingan. Muzium ini turut menjadi lokasi bagi aktiviti paintball.[23]
- ^ "George Town meliputi 'pulau', jelas Datuk Bandar" (PDF). Buletin Mutiara. 1 Mei 2015.
- ^ a b "Batu Maung Local Property & Real Estate Trends, News & Guides | PropertyGuru Malaysia". www.propertyguru.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-11.
- ^ a b c d "Fishing for the right answers - Business News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-02-11.
- ^ a b Lonely Planet: Malaysia, Singapore & Brunei. Lonely Planet. 2016. ISBN 9781760341626.
- ^ a b "WorldFish Headquarters | Penang, Malaysia". www.worldfishcenter.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-12. Dicapai pada 2018-02-11.
- ^ "WorldFish Headquarters | Penang, Malaysia". www.worldfishcenter.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-12. Dicapai pada 2018-02-11.
- ^ "Main page". Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2019. Dicapai pada 11 Februari 2018.
- ^ "Widening of Bayan Lepas-Teluk Kumbar stretch ready in December - Metro News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-02-09.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-02. Dicapai pada 2018-02-11.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-02. Dicapai pada 2018-02-11.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-07-02. Dicapai pada 2018-02-11.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "SK BATU MAUNG - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-02-11.
- ^ "SJK(C) WEN KHAI - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-02-04.
- ^ a b c "Corporate: Tuna port project all at sea". The Edge Markets. 2010-07-18. Dicapai pada 2018-02-11.
- ^ "Main page". Fisheries Research Institute Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-11-08. Dicapai pada 2018-02-11.
- ^ a b "Penang fishermen keen to revive failed tuna port". 2013-10-04. Dicapai pada 2018-02-11.
- ^ "DAP: Explain status of tuna port - Metro News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-02-11.
- ^ "Penang's second bridge boosts land prices - Business News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-02-11.
- ^ "Investors from Kedah, Melaka and Ipoh on the hunt for properties in Penang - Metro News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-02-11.
- ^ a b "Penang War Museum - Bayan Lepas Attractions". penang.ws. Dicapai pada 2017-01-01.
- ^ "Penang Evacuated - British Garrison Withdrawn NEW JAP THRUSTS IN MALAYA London, December 19 - Northern Times (Carnarvon, WA : 1905–1952) - 20 Dec 1941". Northern Times. 20 Disember 1941. Dicapai pada 15 Oktober 2016.
- ^ Barber, Andrew (2010). Penang At War : A History of Penang During and Between the First and Second World Wars 1914–1945. AB&B.
- ^ "Best things to do outdoors in Penang". Time Out Penang (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-11.