Putera Rayyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Putera Rayyan
GenreDrama
Ditulis olehWan Mahani Wan Hassan
PengarahMurali Abdullah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitA. Aida
Penyunting
  • Khairul Azly Basah
  • Zulfakri Abd. Wahid
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal31 Oktober 2012 – 1 Januari 2013

Putera Rayyan merupakan siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Murali Abdullah, terbitan A. Aida Production. Dibintangi oleh Kamal Adli, Nad Zainal dan Miera Leyana, ia mengisahkan cabaran yang diharungi oleh pasangan muda Putera Rayyan dan Arisa yang bercinta dan berkahwin namun tidak berupaya mengecapi saat manis dan kehidupan indah setelah berumahtangga dek campur tangan keluarga mertua serta kehadiran orang ketiga, siri ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 31 Oktober 2012 hingga 1 Januari 2013 menggantikan Saiful Nita.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Putera Rayyan (Kamal Adli) menyamar sebagai pekerja di syarikat Datuk Norman. Anak Datuk Norman, Arisa (Nad Zainal) dan Anisa juga bekerja di syarikat itu. Putera Rayyan terpikat dengan hati budi Arisa yang melayannya dengan baik, jauh berbeza dengan Anisa yang sombong dan mementingkan status.

Baru saja cinta berputik, Datuk Norman meninggal dunia akibat kemalangan yang dirancang isteri keduanya, Nora yang juga ibu Anisa. Sejak insiden itu, hidup Arisa dirundung malang. Rayyan berjanji mahu menjaga Arisa sebaik mungkin. Arisa dan Putera Rayyan berkahwin juga tetapi kehidupan rumahtangga mereka tidak bahagia seperti yang diharapkan. Hidup mereka suami isteri bergolak disebabkan campurtangan dari pihak mertua dan juga kehadiran orang ketiga, yang mahu memusnahkan hubungan mereka.

Arisa sering dianiaya oleh saudara tirinya Anisa. Dia didera secara fizikal dan mental hingga jiwanya tertekan, dan selalu menyalahkan dirinya atas kematian kedua ibu bapanya. Anisa sangat kejam tetapi kurang bijak, bertindak kasar serta sanggup berbuat apa saja ke atas Arisa. Ibu mertuanya Tengku Mariam yg tidak merestui perkahwinan dia dan Rayyan dan mahu menjodohkan Rayyan dengan Tengku Suraya. Nora pula mengatur rancangan mahu menjodohkan Rayyan dengan Anisa apabila sedar Rayyan adalah keturunan diraja yang kaya raya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Zila Bakarin sebagai Tengku Mariam
  • Aida Aris sebagai Nora
  • Lufya Omar sebagai Tengku Suraya
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato' Norman
  • Sakhee Shamsuddin sebagai Fauzi
  • Razali Hussain sebagai Zul
  • Lan Siro sebagai Haikal

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

  • Manja Dhaniyah sebagai Arisa (10 tahun)
  • Shierley Dira sebagai Anisa (10 tahun)

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Please Forgive Me" - Elly Mazlein
  • "Kau Telah Pergi" - Farahdhiya
  • "Lafazkanlah" - Rahayudean
  • "Jauh di Mata" - Min Yasmin
  • "Panah Asmara" - Min Yasmin
  • "Seperti Yang Lain" - Min Yasmin
  • "Bukan Untuk Sesaat" - Farlyana
  • "Refleksi Rindu" - Min Yasmin
  • "Harus Memilih" - Reen
  • "Meraih Cintamu" - Sri Dewi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (21 Oktober 2012). Drama Bersiri Putera Rayyan di TV3 Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 21 Oktober 2012.