Schnauzer kecil (Jerman: Zwergschnauzercode: de is deprecated ; bahasa Inggeris: miniature schnauzercode: en is deprecated ) ialah satu baka anjing kecil jenis schnauzer yang berasal dari Jerman pada pertengahan hingga hujung abad ke-19. Schnauzer kecil berkembang daripada silangan antara schnauzer piawai dengan satu atau lebih baka kecil seperti pudel dan pincer monyet, kerana peladang membiakbakakan anjing kecil yang merupakan anjing penangkap tikus cekap. Ia digambarkan sebagai "berani"[1] tetapi merupakan anjing suka bersendiri, dengan kecenderungan pengawalan baik tanpa sesetengah pembawaan anjing pengawal untuk menggigit. Schnauzer kecil diiktiraf dalam tiga warna pada peringkat antarabangsa: hitam pejal, hitam dan perak, dan warna yang dikenali sebagai "garam dan lada". Ada varian warna keempat yang dipertikaian pada schnauzer kecil, putih tulen, yang tidak diiktiraf di seluruh dunia.
Baka ini kekal sebagai salah satu yang paling popular di dunia, terutamanya kerana perangainya dan saiznya yang agak kecil. Setakat 2008, ia merupakan baka ke-11 paling popular di Amerika Syarikat.