Pergi ke kandungan

Sesawi putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sesawi putih
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. alba
Nama binomial
Sinapis alba
Sinonim

Brassica alba
Brassica hirta

Biji sesawi putih (kanan) berbanding dengan biji beras (kiri)

Sesawi putih (Sinapis alba) adalah tumbuhan tahunan keluarga Brassicaceae. Ia kadang kala juga disebut sebagai Brassica alba atau B. hirta. Ditanam untuk bijinya, mustard, sebagai tanaman makanan atau sebagai baja hijau, ia kini meluas di seluruh dunia, walaupun ia mungkin berasal dari kawasan Mediterranean.

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Sesawi putih adalah tanaman tahunan, mampu tumbuh sehingga 70 cm tinggi dengan daun menyirip tak bertangkai. Sama seperti Sinapis arvensis.[1]

Ia ditemui sebagai tumbuhan asing kasual dalam kawasan Belfast, Northern Ireland[2] dan dinaturalisasikan di seluruh Great Britain dan Ireland.[3]

Kegunaan kulinari

[sunting | sunting sumber]

Bunga kuning tumbuhan ini menghasilkan buah biji berbulu, dengan setiap buah mengandungi benih kira-kira setengah dozen. Benih ini dituai sejurus sebelum buah menjadi masak dan pecah.

Biji sesawi putih adalah biji bulat keras, biasanya sekitar 1.0 hingga 1.5 mm (0.039 hingga 0.059 in) diameternya,[4] dengan warna yang terdiri daripada kuning air atau kuning kepada perang cair. Ia boleh digunakan keseluruhan untuk penjerukan atau dibakar untuk digunakan dalam hidangan. Apabila dikisar dan dicampur dengan bahan-bahan lain, pes atau perasa lebih standard boleh dihasilkan.

Bijinya mengandungi sinalbin, yang merupakan tioglikosida yang bertanggungjawab terhadap rasa menusuk mereka. Sesawi putih mempunyai kurang minyak meruap dan aromanya dianggap lebih ringan daripada yang dihasilkan oleh benih sesawi hitam.

Di Yunani, daun tumbuhan ini boleh dimakan semasa musim sejuk, sebelum ia berbunga. Orang Yunani memanggilnya vrouves (βρούβα) atau lapsana (λαψάνα). Musim mekar tumbuhan ini (February–Mac) disambut dengan Festival Mustard, satu siri perayaan di kawasan wain California (Kaunti Napa dan Sonoma).

Sos mustard secara tradisinya disediakan dengan cara yang berikut:

  1. Ambil 9 sudu teh biji sesawi dan panggang dalam kuali (tanpa minyak)
  2. Tumbuk biji panggang dalam lesung dengan alu
  3. Ambil 3 kuning telur (rebus) dan dihancurkan. Campurkan dengan sesawi kisar.
  4. Tambah 10 ulas bawang putih (dihancurkan). Campurkan.
  5. Tambah 2 ½ sudu teh tepung gandum putih. Campurkan.
  6. Tambah 3/4 cawan cuka wain. Campurkan.
  7. Tambah jus lemon. Campurkan.
  8. Tambah 1 sudu teh garam
  9. Tambah madu (jika mahu)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Webb, D.A., Parnell, J. and Doogue, D. 1996. An Irish Flora. Dundalgan Press Ltd., Dundalk. ISBN 0-85221-131-7
  2. ^ Beesley, S. and Wilde, J. 1997. Urban Flora of Belfast. The Institute of Irish Studies and The Queen's University of Belfast. ISBN 0-85389-695-X.
  3. ^ Clapham, A.R., Tutin, T.G. and Warburg, E.F. 1968 Excursion Flora of the British Isles. Cambridge University Press. ISBN 0-521-04656-4
  4. ^ Balke, D. (2000). "Rapid aqueous extraction of mucilage from whole white mustard seed". Food Research International. 33 (5): 347–356. doi:10.1016/S0963-9969(00)00055-7.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]