Ahmad Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Guru Haji

Ahmad Ali
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Memegang jawatan
2015
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis
untuk Guar Sanji
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Arof Saad
Digantikan oleh Jafperi Othman
Butiran peribadi
LahirAhmad bin Ali
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
KediamanPerlis Perlis
PekerjaanAhli politik, Ulama

Tuan Guru Haji Ahmad bin Ali merupakan seorang ulama di Malaysia. Beliau merupakan pakar dalam usul fiqah. Dalam bidang politik, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak Parti Islam Se-Malaysia (PAS)[1]. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis di kawasan Guar Sanji, bertanding atas tiket PAS pada tahun 1999 hingga 2004.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Haji Ahmad pernah menjadi pensyarah di Universiti Malaya pada tahun 1980-an, sebelum berpindah menjadi pensyarah di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei pada 1989 hingga 1999. Beliau kemudiannya pulang ke Malaysia dan menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum pulang ke Perlis.

Beliau kemudiannya menjadi calon dalam pilihan raya umum Malaysia 1999 mewakili PAS di DUN Guar Sanji, dan menang.

Pada tahun 1950-an, beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Sekolah Agama Alawiyah, Arau. Antara anak murid beliau ialah mantan Penasihat Agama Istana Negara, Almarhum Abu Hassan Din Al-Hafiz.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Perlis 1999: Guar Sanji
DUN Bil. Calon Parti Undian Peratus Status Majoriti
Guar Sanji 1 Ahmad Ali PAS 3,318 55.00 Menang 603
2 Azib Saad BN 2,715 45.00 Tewas
Jumlah pemilih berdaftar: 7,302
Jumlah undian sah: 6,033
Jumlah undian ditolak: 123
Pilihan raya negeri Perlis 2004: Guar Sanji
DUN Bil. Calon Parti Undian Peratus Status Majoriti
Guar Sanji 1 Ahmad Ali PAS 3,233 48.90 Tewas
2 Jafperi Othman BN 3,378 51.10 Menang 145
Jumlah pemilih berdaftar: 6,611
Jumlah undian sah: 6,611
Jumlah undian ditolak: 97
Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

{{Reflist}

  1. ^ Mohd Hafiz Abd Mutalib (15 Disember 2020). "Hashim Jasin kekal Mursyidul Am Pas, Ahmad Timbalan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Disember 2020.
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021.