Mohamed Sukri Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustaz

Mohamed Sukri Omar
Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia
Memegang jawatan
2023
Didahului olehMohd Hafez Sabri
Ketua Pemuda PAS Selangor
Memegang jawatan
2021
Didahului olehHanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor
Memegang jawatan
2022
Didahului olehHanafi Zulkapli
Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam
Memegang jawatan
2023
Didahului olehDr Fuad Salleh
Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam
Memegang jawatan
2023
Didahului olehDr Fuad Salleh
Butiran peribadi
LahirPahang Beserah, Kuantan, Pahang
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional (2020-kini)
PasanganZainab binti Omar
Anak-anakSafiyya Mohamed Sukri & Muhammad Muaz Mohamed Sukri
Kediaman Selangor
Alma materUniversiti Teknologi Malaysia (MPhil)
PekerjaanGuru Agama, Pendakwah & Ahli Politik
Laman web rasmiwww.sukriomar.com

Ustaz Mohamed Sukri Omar (Jawi: محمد شكري بن عمر ) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau juga adalah Pendakwah dan Guru Agama Islam. Beliau merupakan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia (2023-2025), Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2021-2025), Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor (2021-2025), Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam (2023-Kini) dan Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam (2023-Kini).

Latar belakang Peribadi & Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mohamed Sukri Omar berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang. Permulaan beliau menuntut ilmu agama bermula di Sekolah Agama Masjid Jamek Beserah.

Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad, Kuantan. Seterusnya beliau menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan dan memperolehi Syahadah Diniyyah Khossoh dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian diperingkat Diploma dan berjaya menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Pengurusan Perniagaan dan Minor Pengajian Islam di Kolej Jamiah Islamiah Putra atau Kolej JAIPUTRA (kini Kolej Uniti Kota Bharu). Sewaktu menuntut di Kolej JAIPUTRA beliau mengambil kesempatan untuk menuntut ilmu di Pondok Pasir Tumboh dengan melazimi pengajian disana sewaktu lapang dan cuti semester .

Kemudiannya beliau melanjutkan pengajian ke Sana'a, Yaman selama 5 tahun dan berjaya mendapatkan Ijazah Pengajian Ilmu-ilmu Islam, Ijazah At-Tadris (Keizinan Mengajar) dan ijazah sanad kutub sittah daripada Syeikh Qassim Al-Bahr Al-Yamani di sana[1].

Seterusnya beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana dan berjaya memperolehi Sarjana Falsafah (MPhil) dari Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.

Guru-Guru[sunting | sunting sumber]

Antara guru-guru yang pernah lazimi sewaktu menuntut ilmu di Sana'a Republik Yaman

  • Sheikh Qassim Al-Bahr
  • Sheikh Sulaiman Al-Ahdal
  • Sheikh Dr Hassan Al-Ahdal
  • Sheikh Dr Ghassan Hamdun
  • Sheikh Dr Muhammad Mahmud As-Siyam
  • Sheikh Dr. Ali Jarisyah

Dan ramai lagi yang beliau pernah hadiri majlis ilmu mereka diantara Dr Abdul Majid Al-Zindani, Qodi Al-‘Amrani dan lain-lain

Beliau juga sempat menziarahi dan bertemu Dr Abdul Karim Zaidan

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi Eksekutif Almunir Group Travel & Tours Sdn. Bhd.
  • Pengarah Eksekutif Al-Munir Centre (Pusat kajian dan kelestarian turath)
  • Pernah bertugas sebagai Graduate Research Assistant (GRA), Universiti Teknologi Malaysia (2019-2022)
  • Mutawwif Umrah dan Haji
  • Ahli Perniagaan
  • Pendidik
  • Guru agama bertauliah

Aktivisme Sewaktu Mahasiswa & Pelajar[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Majlis Penasihat, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) (2011-2012)
  • Timbalan Presiden, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) (2010-2011)
  • Pengerusi Lembaga Disiplin, Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) (2010-2011)
  • Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kolej JAIPUTRA (2005-2006)
  • Ketua Pelajar, Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan, Pahang (2002)

Penglibatan Calon Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan raya negeri Selangor 2023 beliau bertanding di Dewan Negeri Kota Anggerik (kawasan negeri) mewakili Perikatan Nasional tetapi tewas.

Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau juga telah bertanding di Parlimen Pandan mewakili PAS tetapi tewas.

Pilihan raya umum Malaysia 2018: Pandan
Parti Calon Undian % ∆%
PH Wan Azizah Wan Ismail 64,733 75.47 +75.47
BN Leong Kok Wee 12,190 14.21 -15.57
PAS Mohamed Sukri Omar 8,336 9.72 +9.72
PRM Lee Ying Ha 442 0.52 +0.52
Bebas Mohd Khairul Azam Abdul Aziz 73 0.09 +0.09
Jumlah undi sah 85,774 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 517
Kertas undi tidak dipulangkan 223
Turun mengundi 86,514 85.34
Pengundi berdaftar 101,319
Majoriti 52,543 61.26
PH kekal Peralihan
Sumber

"His Majesty's Government Gazette - Notice of Contested Election, Parliament for the State of Selangor [P.U. (B) 239/2018]" (PDF). Pejabat Peguam Negara Malaysia. 3 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Julai 2019. Dicapai pada 2018-08-01. "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes, Parliamentary Constituencies for the State of Selangor [P.U. (B) 313/2018]" (PDF). Pejabat Peguam Negara Malaysia. 28 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Julai 2019. Dicapai pada 2018-08-01.

Penglibatan dalam parti politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan awal dalam politik bermula dengan pendaftaran beliau sah sebagai ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) pada 10 Oktober 2004. Beliau aktif dengan PAS dari remaja sehingga kini.

Jawatan terkini beliau di peringkat parti politik :

  1. Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia (2023-2025)
  2. Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2021-2025)
  3. Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor (2021-2025)
  4. Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam (2023-Kini)
  5. Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam (2023-Kini)
  6. Ahli Jawatankuasa, Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (2023-2025)

Beliau juga pernah di amanahkan sebagai :

  1. AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat (Sesi 2021/2023)
  2. Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Sesi 2021/2023)
  3. Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor bermula (28 April 2021 - 15 Febuari 2022)
  4. Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2019/2021)
  5. Ketua Sektor Sumber Manusia dan Latihan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sesi (2019/2021)
  6. Pemangku Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sesi (2019/2021)
  7. Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Selangor sesi (2017/2019)
  8. Ahli Jawatankuasa, Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor pada sesi (2015/2017)
  9. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Shah Alam sesi (2021/2023)

Pernah aktif di Parlimen Pandan dan dilantik untuk beberapa jawatan parti di Parlimen tersebut, antaranya:

  • Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2017-2019)
  • Ahli Jawatankuasa Kerja, PAS Kawasan Pandan (2015-2020)
  • Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Parlimen (JPRP) Pandan, PAS Kawasan Pandan (2017-2019)
  • Naib Ketua Urusan Ulamak, PAS Kawasan Pandan (2015-2017)
  • Pengerusi Tetap, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2019-2020)
  • Ahli Jawatankuasa, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pandan (2015-2017)
  • Ahli Jawatankuasa, Dewan Ulamak PAS Kawasan Pandan (2013-2020)
  • Ketua Cawangan PAS Taman Bukit Permai, Pandan. (2017-2020)

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

  • Parlimen
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Jumlah undi Majoriti
2018 Pandan Sukri Omar PAS 8,336 Wan Azizah Wan Ismail PH (PKR) 64,733 85,744 52,543
Leong Kok Wee BN (MCA) 12,190
Lee Ying Ha PRM 442
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz BEBAS (RUMAH) 73
  • Dewan Negeri Selangor
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Jumlah undi Majoriti
2023 Kota Anggerik Sukri Omar PN (PAS) 27,636 Najwan Halimi PH (PKR) 38,470 68,737 10,834
Azad Akbar MUDA 2,631

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Soal jawab dengan Ustaz Muhammad Sukri Omar, 13 Disember 2020.