Kaum Dusun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Dusun (kaum))
Lompat ke: pandu arah, cari
Dusun
Kawasan ramai penduduk
Sabah Borneo: Sabah
Bahasa

Dusun, Melayu

Agama

Kristian, Islam, Animisme

Kelompok etnik berkaitan

Dayak, KadazanDusun,

Dusun merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada sekumpulan suku kaum peribumi dalam rumpun Dusunic yang berasal dari Sabah (dahulu dikenali sebagai North Borneo). Terdapat kelompok kaum yang juga dipanggil Dusun berasal dan menetap di negara Brunei. Di wilayah Kalimantan Indonesia terdapat masyarakat Dayak yang turut dipanggil sebagai kaum Dusun namun pertaliannya dengan kaum Dusun Sabah masih kurang jelas walaupun terdapat beberapa persamaan linguistik dengan Kaum Dusun Sabah. [1], [2]

Panggilan terhadap suku-suku dalam kumpulan masyarakat Dusun dimulakan dengan perkataan Dusun, sebagai contoh Dusun Dumpas, Dusun Kimaragang, Dusun Liwan, Dusun Lotud, Dusun Tindal dan banyak lagi, merujuk kepada kumpulan sub-etnik Dusun yang diwakili.

Pakaian Tradisional[sunting | sunting sumber]

Pakaian tradisi Etnik Dusun dahulu asalnya dibuat daripada kapas dan lain-lain.[3] Selalunya hanya satu bahan sahaja yang diguna namun kadangkala bahan-bahan tersebut digabungkan. Kain yang siap ditenun dicelup ke dalam nila asli dan kemudian dikeringkan lalu dijahit menjadi tudung(penutup kepala/sunduk), baju, skirt atau seluar[perlu rujukan].

Tarian Sumayau[sunting | sunting sumber]

Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun dari daerah Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam erti kata lain disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian dan sebagainya.

Persembahan tarian diketuai oleh seorang Bobolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan banyak serta dalam pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus juga dari keturunan Bobolian.

Mengahau adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima malam. Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi(sejenis tampian besar) yakni untuk menghormati atau memuja gusi-gusi. Majlis tersebut juga adalah untuk memperingati keluarga yang telah meninggal dunia iaitu sama seperti kenduri arwah yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu Islam.

Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mula menari dan terus menuju ke ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak kaki agak perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Penari bergerak berinsut-insut dan perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan daripada para penonton.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]