Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran (Bahasa Inggeris: Inculcation of Islamic Values Policy) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada 1985[1] oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Dasar ini merupakan kesinambungan daripada usaha-usaha kerajaan Malaysia yang telah dilakukan seperti penubuhan sekolah-sekolah menengah agama berasrama penuh, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, Syarikat Insurans Islam dan pengukuhan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Dasar ini diperkenalkan bertujuan[1] untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat lain; menubuhkan sebuah 'negara bahagia'; menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan; dan menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.

Nilai yang diterapkan[sunting | sunting sumber]

Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:

  1. Amanah;
  2. Tanggungjawab;
  3. Ikhlas;
  4. Dedikasi;
  5. Sederhana;
  6. Tekun;
  7. Bersih;
  8. Berdisiplin;
  9. Bekerjasama;
  10. Berbudi Mulia; dan
  11. Bersyukur.

Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara.

Baca lagi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]