Batu Bersurat Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Batu Bersurat Terengganu muka 1.
Batu Bersurat Terengganu muka 2.
Batu Bersurat Terengganu muka 3.
Batu Bersurat Terengganu muka 4.

Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887,[1] (ada berpendapat 1899)[2].

Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO.[3][4]

Fakta penemuan Batu Bersurat Terengganu bermula apabila saudagar Arab bernama Sayid Husin bin Ghulam al-Bokhari secara tidak sengaja menjumpai sebutir batu bersurat di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu selepas berlakunya banjir. Ia dijumpai di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu Bersurat Terengganu ini menjadi bukti dan teks pada batu mengesahkan agama Islam sudah bertapak dan menjadi anutan masyarakat dan pemerintah di Terengganu sejak sekian lama. Selain itu, Islam merupakan agama rasmi di Terengganu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

pada tahun 1902, Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri.

Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.

Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.

Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum dipindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

Muka pertama[sunting | sunting sumber]

  1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
  2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
  3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
  4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
  5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
  6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
  7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
  8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
  9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
  10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
  11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus dua.

Muka kedua[sunting | sunting sumber]

  1. Keluarga di Benua jauh kan
  2. Datang berikan.keempat orang berpiutang.
  3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
  4. Kelima derma barang orang....(mar)dika.
  5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
  6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
  7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
  8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
  9. Seratus ratun jika merdeka beristeri.
  10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
  11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
  12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

Muka ketiga[sunting | sunting sumber]

  1. Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
  2. Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
  3. Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
  4. Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
  5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
  6. Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............

Muka keempat[sunting | sunting sumber]

  1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
  2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
  3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
  4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
  5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

Tarikh tepat[sunting | sunting sumber]

Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Namun begitu, mesej teks ini agak kabur dan menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarawan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303 M.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://museum.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/index_news.display.php?from=index&cid=43&nid=3574&fromfile=index.php
  2. http://www.visit-terengganu.net/memorial-batu-bersurat/
  3. Recognition for 700-year-old Batu Bersurat
  4. Batu Bersurat Terengganu (Inscribed Stone of Terengganu)
  5. The correct date of the Trengganu inscription: Friday, 4th Rajab, 702 A.H./Friday, 22nd February, 1303 A.C. Syed Muhammad Naguib Al-Attas. 1984. Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Sumber bacaan[sunting | sunting sumber]

  • H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258-263.
  • R.O. Winstedt, A History of Malaya, revised ed. 1962, p. 40.
  • J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975, p. 70-71.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]