Batu Gajah, Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 4°28′U 101°03′T / 4.467°U 101.05°T / 4.467; 101.05

Batu Gajah
Bandar
Istana Kellie terletak di Batu Gajah, Perak.
Motto: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu kebangsaan:

Negaraku
Peta Malaysia.
Batu Gajah, Perak yang terletak di Malaysia
Batu Gajah
Peta Malaysia.
Koordinat: 4°28′10″U 101°02′23″T / 4.469469°U 101.039689°T / 4.469469; 101.039689
Country  Malaysia
Wilayah/Provinsi  Perak
Daerah Batu Gajah
Kerajaan
 • Jenis Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
 • Perdana Menteri YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
 • Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin
Populasi ((1991))
 • Celik huruf ( lelaki, perempuan)
 • Pecahan menurut jantina % lelaki dan  % perempuan
Zon waktu GMT
 • Musim panas (DST) GMT (UTC)

Batu Gajah, Perak merupakan sebuah bandar di negeri Perak. Bandar Batu Gajah terletak berhampiran dengan bandaraya Ipoh, Tanjung Tualang, Tronoh, Keledang, Pusing, Simpang Pulai dan lain-lain.

Batu Gajah terletak kira-kira 24 km dari Ipoh dan terletak di dalam mukim Sungai Terap di dalam daerah Kinta. Sultan Perak sekarang lahir di sini. Di sini juga terdapat Kawasan Perusahaan Bemban.

Kedudukannya dalam peta ialah pada latitud 4.4666667 Utara dan longitud 101.05 Timur. Batu Gajah terletak pada ketinggian 144 meter dari aras laut. Ia terletak di tebing Sungai Kinta dan menghilir sedikit dari kuala Sungai Raya. Batu Gajah bermula sebagai sekelompok perkampungan kecil di dalam mukim Sungai Terap yang dibangunkan di bawah kepimpinan penghulu yang digelar Sri Amar Diraja semenjak awal kurun ke-19.

Pada asalnya, petempatan di Batu Gajah dicatatkan bermula di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Sungai Terap.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung Sungai Terap diasaskan oleh Toh Panjang Bongkok. Oleh kerana ia adalah kampung pertama di kawasan Batu Gajah yang mempunyai masjid, ia menjadi kampung utama dan nama mukim Sungai Terap di ambil sempena nama kampung tersebut. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Malik Mansur Shah (1806-1825), Dato' Panglima Kinta mengurniakan Toh Panjang Bongkok gelaran Sri Amar Diraja dan seterusnya hak untuk memungut cukai di Sungai Kinta. Sri Amar Diraja adalah gelaran diberikan bermula semenjak dari Tun Saban, namun semenjak dari kurun ke-19 ia adalah salah satu gelaran dari enam belas pembesar-pembesar negeri Perak.[2]

Selepas Toh Panjang Bongkok, pembesar di Batu Gajah diteruskan oleh Toh Amar Diraja Pandak 'Akal (meninggal pada 1859) dan kemudiannya diteruskan pula oleh Toh Amar Diraja Naam. Berkemungkinan, catatan sejarah terawal diperolehi melalui catatan diari J.W.W. Birch yang memudiki Sungai Kinta pada 30 April 1875.

kami tiba di Batugaja di tebing sebelah kiri sungai, sebuah kampung yang luas dan indah dengan tanahnya yang elok. Terdapat di antara 30 hingga 40 buah rumah dan sebuah kilang peleburan timah yang besar. Timah dikerjakan berdekatan sini pada sebelum ini, tetapi kini ianya semakin menganjak ke hulu dan semakin ke dalam. Ramai orang yang kebanyakannya orang awam turun ke sungai menaiki bot untuk pergi ke hulu sungai.[3]

Birch, yang belayar ke mudik, ada menyatakan tentang tempat-tempat seperti Ayer Mati dan Batu Gajah di sebelah kiri, dan juga Sungai Terap dengan lebih kurang 30 buah rumah di sebelah kanan. Ke hulu lagi di sebelah kanan terdapat Sayung dan Lambung Kuda di mana di situlah Sri Amar Diraja mengumpul ufti pada timah yang diangkut melalui sungai. Selepas melepasi Sungai Jerneh, Birch sampai ke Pengkalan Kaca, tempat tinggal Sri Amar Diraja.

Kampung, taman dan ladang[sunting | sunting sumber]

  • Bandar Tasek Idaman, 31000 Batu Gajah
  • Changkat Larang, 31000 Batu Gajah
  • Jalan Pandak Akhat, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Air Mati, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Pisang, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Baru Chenderong, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Baru Kinta Valley, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Pasir Baru Sungai Terap, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Seri Jaya 1, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Seri Jaya 2, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Sungai Terap, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Baru M.T.D, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Tasek Permai, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Tersusun Sri Rahmat, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Tersusun Sentang, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Sri Mariah, 31000 Batu Gajah
  • Taman Bandar Tasek Idaman, 31000 Batu Gajah
  • Taman Lembah Permai, 31000 Batu Gajah
  • Taman Bemban Raya, 31000 Batu Gajah
  • Taman Melor, 31000 Batu Gajah
  • Taman Mewah, 31000 Batu Gajah
  • Taman Orkid, 31000 Batu Gajah
  • Taman Seri Wangsa, 31000 Batu Gajah
  • Taman Pinggiran Saujana, 31000 Batu Gajah
  • Taman Saujana, 31000 Batu Gajah
  • Taman Batu Gajah Perdana, 31000 Batu Gajah
  • Gopeng Estate, Batu Gajah
  • Kampung Paya Mat Insun, 31000 Batu Gajah
  • Kampung Redang Sawa, 3100 Batu Gajah
  • Kampung Ara Payung, 31000 Batu Gajah
  • Taman Changkat Jaya, 31000 Batu Gajah
  • Taman Puncak Anggerik, 31000 Batu Gajah
  • Taman Mutiara, 31000 Batu Gajah
  • Kuarter KTMB,Kampung Pisang 31000 Batu Gajah

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Tadika Islam Perak Batu Gajah
  • Tadika Pelangi, Batu Gajah
  • Tadika Islam Perak, Jalan Besar, 31000 Batu Gajah
  • SK ST. Bernadette's Convent, Batu Gajah
  • SMK ST. Bernadette's Convent, Batu Gajah
  • SK Sultan Yussuf, Batu Gajah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf
  • SK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah
  • SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah
  • SJK (C) Yuk Kwan, Batu Gajah
  • SMJK (C) Yuk Kwan, Batu Gajah
  • SK Seri Jaya, Batu Gajah
  • SK Tanjung Tualang, Batu Gajah
  • SK Bakap, Batu Gajah
  • SJK (C) Bemban, Batu Gajah
  • SJK (C) Thung Hon, Chenderong, Batu Gajah
  • SJK (T) Changkat, Batu Gajah
  • SJK (T) Kinta Valley, Batu Gajah
  • SMK Pusing, Batu Gajah

Rumah ibadat[sunting | sunting sumber]

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

  • Hotel Sunshine Batu Gajah
  • Hospital Batu Gajah
  • Tenaga Nasional Bhd
  • Pejabat Pos Bandar Baru Batu Gajah
  • Pejabat Pendaftaran Negara, Batu Gajah
  • Stesen Keretapi Batu Gajah
  • Telekom Malaysia Bhd Batu Gajah
  • Lembaga Air Perak Batu Gajah
  • Batu Gajah Sentral (Sedang Dibina)

Rekreasi dan tempat pelancongan[sunting | sunting sumber]

  • Clear Water Sanctuary Golf Resort
  • Istana Kellie
  • Taman Tasik SM Noor (telah ditutup)
  • Taman Alam Kinta

Bank[sunting | sunting sumber]

  • Hong Leong Bank Bhd
  • CIMB Bank Bhd
  • Maybank
  • Bank Simpanan Nasional
  • Am Finance

Perusahaan[sunting | sunting sumber]

  • Majuperak Properties Sdn Bhd
  • Stesen Minyak Petronas
  • Pertubuhan Peladang Kaw Kinta Selatan
  • Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Perak
  • Pernas Charter Management Sdn Bhd
  • Kicap Syarikat Zamani Hj Tamin Sdn Bhd

Rujukan[sunting | sunting sumber]