Jenderata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kereta api digunakan untuk mengangkut kelapa sawit di ladang Jenderata, Teluk Intan

Jenderata atau 'Jendarata' atau 'Jandarata' merupakan sebuah tempat berhampiran dengan Teluk Intan, Hutan Melintang dan Bagan Datoh di Perak, Malaysia.

[sunting] Sejarah

Pada masa dahulu ramai golongan perempuan yang telah menjadi janda yang tinggal di kampung ini. Mereka mengusahakan tanaman nanas dan kebun-kebun buah-buahan. Peladang-peladang British telah mengambil tanah-tanah hutan yang tidak diusahakan dan ditanam dengan getah dan membawa masuk pekerja dari India dan Seri Langka.

Jenderata asalnya sebuah ladang getah yang diusahakan oleh pihak British semasa zaman penjajahan British. Di sini telah dibina landasan kereta api bagi mengangkut getah dan kemudian kelapa sawit ke kilang pemprosesan kepala sawit iaitu milik Unitata dan United Plantation Sdn Bhd. Landasan kereta api ini bersambung terus ke waft / jeti Teluk Intan.

Di Jenderata juga ada sebuah lapangan terbang kecil bagi kapal terbang jenis Twin Otter mendarat. Peladang British lebih senang menggunakan jalan udara berbanding jalan darat.

Semasa darurat, ladang-ladang kepunyaan British ini terpaksa dikawal oleh pasukan Special Constable (SC). Pasukan SC ditubuhkan oleh penjajah British bagi mengawal ladang-ladang dan lombong daripada ancaman pengganas komunis sekitar tahun 1948-1960. Antara mereka yang pernah bertugas di sini ialah Allahyarham Haji Abdul Hanif bin Mohd Baki dari Kampung Air Mati, 43800 Kampung Gajah, Perak.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

[Peta Jenderata di Encarta.com]

[Album gambar tentang Jenderata]

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain