Parti Maju Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sabah Progressive Party
Parti Maju Sabah
Ketua Yong Teck Lee (Presiden)
Diasaskan 21 Januari 1994
Ibu pejabat Kota Kinabalu, Sabah
Tapak web
Laman web SAPP
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Parti Maju Sabah (Bahasa Inggeris: Sabah Progressive Party, SAPP) ialah sebuah parti politik berbilang kaum yang bertapak di negeri Sabah, Malaysia. SAPP didaftarkan pada 21 Januari 1994 oleh pemisah dari Parti Bersatu Sabah pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee. SAPP asalnya pernah merupakan salah sebuah parti komponen Barisan Nasional yang memerintah Malaysia, sehingga 17 September, apabila SAPP secara rasminya meninggalkan Barisan Nasional untuk menjadi parti bebas.[1]

Keluar dari Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

SAPP meraih dua kerusi parlimen (Sepanggar dan Tawau) pada pilihan raya 8 Mac 2008. Semenjak itu, banyak parti politik dari Sabah yang menggesa kerajaan persekutuan memberi lebih autonomi kepada negeri berkenaan.

Presiden SAPP, Yong Teck Lee mengumumkan pada 18 Jun 2008 bahawa partinya akan mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat pada 23 Jun agar menggesa beliau meletak jawatan. Parti ini mendakwa kerajaan tidak peka terhadap isu-isu di Sabah ini berkata parti sedang mengambil kesempatan terhadap "peluang keemasan" demi kepentingan Sabah, termasuk autonomi, penyerahan semula Labuan dan royalti minyak kepada Sabah. [2]

Pada 20 Jun 2008, SAPP berjaya meraih sokongan kebanyakan daripada ahli-ahlinya untuk meneruskan usul tidak percaya itu. Dua ahli Parlimen SAPP akan menyokong mana-mana usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri yang dicadangkan atau salah satu dari mereka akan mengemukakan usul tersebut.[3]

Sebagai tindak balas kerana menggesa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Majlis Tertinggi Barisan Nasional mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap SAPP dan memberi tempoh 30 hari untuk SAPP menjelaskan sebab tindakannya sebelum Barisan Nasional mengambil tindakan terhadapnya.[4]

Pada 11 Julai, kedua-dua ahli Parlimen SAPP ini meluahkan sokongan mereka terhadap usul tidak percaya Pakatan Rakyat terhadap kepimpinan Abdullah. Sebelum itu, Datuk Yong Teck Lee berkata partinya sedang menangguhkan hasratnya untuk mengemukakan usul tidak percaya atas sebab diancam dan dihasut oleh sesetengah pemimpin kerajaan. [5]

Pada 17 September 2008, SAPP mengumumkan penarikan dirinya dari Barisan Nasional, menjadikannya pengunduran pertama yang terjadi dalam parti campuran itu semenjak pilihan raya Mac lalu. SAPP yang hanya terdiri dari dua ahli Parlimen tidak banyak memberi kesan tetapi ramai yang percaya bahawa peristiwa ini akan mencetuskan pemergian ahli-ahli lain secara beramai-ramai ke pihak pembangkang pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.[6]

SAPP mempunyai 2 ahli parlimen dan empat anggota dewan undangan negeri. Dua ahli parlimen SAPP ialah Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Dr Chua Soon Bui (Tawau), manakala Adun pula terdiri daripada Datuk Raymond Tan (Tanjong Papat, Timbalan Ketua Menteri Sabah), Melanie Chia (Luyang, Pembantu Menteri Kewangan negeri), Au Kam Wah (Elopura, Ketua Pemuda SAPP), dan Liew Teck Chan (Likas). Majlis Tertinggi SAPP telah bermesyuarat pads 17 September 2008. Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan kecewa dengan keputusan parti itu[7] dan mengumumkan peninggalannya daripada parti. Ketua Pemuda SAPP, Au Kam Wah, turut bertindak demikian. ADUN yang kekal dalam parti diarahkan supaya meletakkan jawatan mereka dalam kerajaan negeri Sabah.

Isu[sunting | sunting sumber]

  • Pada 13 Julai 2009, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah mendesak agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) lebih teliti memproses pendaftaran kelahiran yang lewat bagi mencegah pendatang tanpa izin mendapat kerakyatan mudah. Ini kerana ramai pendatang tanpa izin yang memperoleh sijil kelahiran melalui pengakuan bersumpah atau lebih dikenali sebagai Surat Akuan palsu. Pada 11 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sempena 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri, mengumumkan bahawa kerajaan akan mempercepatkan kelulusan permohonan kerakyataan, termasuk pendaftaran kelahiran yang lewat terutama di Sabah dan Sarawak.

Kebimbangan timbul kerana Populasi di Sabah mencatat peningkatan 328 % (daripada serendah 700,000 pada 1970 kepada hampir tiga juta pada 2005) berbanding Sarawak yang menunjukkan peningkatan sebanyak 130 %.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]