Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan
(سكوله سأين س سلطان حاج احمد شاه فكن)
Lokasi
Jalan Sultan Abu Bakar, 26600, Pekan, Pahang Darul Makmur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)(High Performance School), Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
MotoWhere Excellence Is Created
Ditubuhkan (1989-03-01) 1 Mac 1989 (umur 35)
Autoriti pendidikanpekan
Nombor sekolah+6094224616
Kod sekolahCEA5072[1]
Pengerusi PIBGEn. Azaman
PengetuaPuan Narizan binti Mamat
Tenaga pengajar8+
Kelas25
SloganILMU AMAL BUDI
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Halimatu Saadiah binti Abdul Rahman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Lela Murad bin Abdul Rahman
Penolong Kanan KokurikulumEn. Harrie bin Ahmad Basri
Faks+6094225453
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan didirikan atas tapak seluas 72 ekar dan 20.8 hektar berhampiran dengan bandar Diraja Pekan,Pahang Darul Makmur. Kewujudan sekolah ini adalah daripada ilham Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al Muatain Billah Shah, Sultan bagi negeri Pahang Darul Makmur. Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang ke-31 di Malaysia, sekolah ini mempunyai ciri-ciri bangunan yang unik dan berbeza daripada sekolah sejenisnya yang lain. Segala kemudahan fizikal untuk pembelajaran kurikulum dan kokurikulum disediakan.Perletakan batu asas sekolah ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.1 Mac 1989 ialah tarikh permulaan pentadbiran sekolah ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, apabila pengetua dan timbalannya yang pertama tiba bertugas. Mereka ialah Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Rahim dan Tuan Haji Ibrahim Haji Ahmad dengan dibantu oleh dua orang pegawai kerani pendidikan.Pada 17 April 1989, kumpulan pertama guru yang bertugas di sekolah ini melapor diri.Logo sekolah, warna bas, corak kain samping dan nama sekolah telah diperkenankan oleh Sultan Pahang.Baginda juga telah berkenan mencemar duli dengan melawat tapak projek dan sekolah serta dipersembahkan taklimat kemajuannya. Majlis penyerahan bangunan oleh pihak pemborong melalui JKR kepada Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 1 Ogos 1989, pelajar-pelajar sulung Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan terdiri daripada 212 pelajar tingkatan 4 dan 201 tingkatan 1 putera dan puteri mendaftar diri dan memulakan hidup di kampus SHAH. Pada 21 Oktober 1989, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah telah dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang. Perletakan Batu Asas

Profil[sunting | sunting sumber]

  • Kod Sekolah: CEA5072
  • Tarikh Tubuh: 1 Mac 1989
  • Umur Sekolah: 35 Tahun
  • Jenis Sekolah: Sekolah Berasrama Penuh
  • Peringkat Sekolah : Menengah Rendah dan Atas
  • Alamat: Jalan Sultan Abu Bakar, 26600 Pekan, Pahang

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Judul: IMPIAN SHAH

Sekolah Kami Yang Berwawasan,

ILMU, AMAL, BUDI,

Kuning, Merah, Biru, Hijau,

Misi Sepadu kan,

Kami Menggarap Impianmu,


Setia Pada Ibu Ayah,

Taat Pada Guru,

Sayangi Diri Sendiri,

Tuhan Bersama Kami,


Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah,

Menjulang Namamu Megah,

Putera Puteri Gagah Perkasa,

Membina Impian Negara...

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perletakan batu asas

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan didirikan atas tapak seluas 72 ekar dan 20.8 hektar berhampiran dengan bandar Diraja Pekan, Pahang Darul Makmur. Kewujudan sekolah ini adalah daripada ilham KDYMM Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan bagi negeri Pahang Darul Makmur. Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang ke-31 di Malaysia, sekolah ini mempunyai ciri-ciri bangunan yang unik dan berbeza daripada sekolah sejenisnya yang lain. Segala kemudahan fizikal untuk pembelajaran kurikulum dan kokurikulum disediakan. Peletakan batu asas sekolah ini telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang. Sekolah ini juga pernah direkodkan sebagai sekolah yang terbesar di Asia Tenggara.

1 Mac 1989 ialah tarikh permulaan pentadbiran sekolah ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, apabila pengetua dan timbalannya yang pertama tiba bertugas. Mereka ialah Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Rahim dan Tuan Haji Ibrahim Haji Ahmad dengan dibantu oleh dua orang pegawai kerani pendidikan. Pada 17 April 1989, kumpulan pertama guru yang bertugas di sekolah ini melapor diri. Logo sekolah, warna bas, corak kain samping dan nama sekolah telah diperkenankan oleh Sultan Pahang. Baginda juga telah berkenan mencemar duli dengan melawat tapak projek dan sekolah serta dipersembahkan taklimat kemajuannya.

Majlis penyerahan bangunan oleh pihak pemborong melalui Jabatan Kerja Raya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 1 Ogos 1989, pelajar-pelajar sulung Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan terdiri daripada 212 pelajar tingkatan 4 dan 201 tingkatan 1 putera dan puteri mendaftar diri dan memulakan hidup di kampus SHAH. Pada 21 Oktober 1989, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Sultan Pahang dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang.

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah ialah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang rancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama bangsa dan negara.

Misi[sunting | sunting sumber]

“SHAH Pekan sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknorat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara menjelang alaf baru – 21.”

Wawasan[sunting | sunting sumber]

  • Mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi memberikan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
  • Memperbanyakkan pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
  • Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beramal dan berbudi sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
  • Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SHAH supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SHAH.
  • Mewujudkan warga SHAH yang mengamalkan budaya penyayang dan berkasih sayang.
  • Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SHAH.
  • Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja yang cekap, pantas tepat dan bijaksana.
  • Menjayakan program pendidikan Menengah yang berorientasikan sains dan teknologi bagi mewujudkan tuntutan Wawasan 2020.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]